Kita makan pisang pun, tak apa .......
>> 3.6.10
Kali kedua, jam 2.45, hantar dia ke Kolej. Katanya, pukul 4.00 ada lecture. Pukul 5.30 petang dia call bagitahu semua duit tadi dah habis beli buku. Malah, dah terhutang pada kawan RM1.00. Nak makan dah tak ada duit (makan adalah tanggungan sdn bhd). Kad ATM dia ada masalah.
6.00 petang, kami terpaksa masuk kampus lagi. Tak kan nak biar anak tak makan?. Sampai sana, dia kata nak beli dua buah buku lagi dan bla bla. Ratusan RM lagi. Huh! Sampai licin dalam poket. Saya cakap pada isteri: Tak apalah! Kita makan pisang pun tak apa, asalkan anak dapat belajar.
Semasa balik, terfikir akan mereka yang tiada pendapatan dan yang berpendapatan rendah. Bagaimana mereka nak sara anak-anak mereka belajar?
7 comments:
You are a good father
cheers
Salam RJ,
Ibu-bapa anda pun begitu. Anda sendiri pun begitu. Mana ada ibu-bapa sanggup biarkan anak mereka kelaparan?
Maksud saya, bagaimana ibu-bapa yg. tidak berada hendak sekolahkan anak mereka?
Ada AMNO kesah
nasib dekat rumah prof, mungkin juga kerana dekat rumah jadi begitu...apa pun moga berjaya
Salam Aa,
AMNO mana ada otak dan hati ....?
Salam APU,
Betul tu. Kalau jauh, alamat terpaksa berhutang atau berlapar.
malaysia negara yg kaya raya penuh dgn hasil mahsul tapi semua kena bayar buat masa ni kentut belum kena bayar
Post a Comment