012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Makanan Keraasss ... Kah kah kaahhh .......!!!!!

>> 31.8.10

Petang nanti, lepas berbuka, makan nasi dengan sup tulang, ikan pekasam dan kangkung celur. Hhuuhhhh, insya Allah menyelerakan.

Semasa makan sup tulang, pada masa-masa lepas, selalu saya tertanya dalam kepala kenapa saya suka masak sup tulang? Sedangkan, saya sendiri tahu yang tulang itu tidak akan lembut dan saya sendiri sedar yang saya tidak akan makan tulang itu?

Sumber gambar di sini.

Read more...

Suka tengok gambar ini ...

Saya tertarik pada gambar ini. Para petani di sebuah kampung di India. Mereka bijak.

Read more...

Rayau punya rayau terjumpa gambar ......

>> 30.8.10

Hari ni tak keluar rumah. Sepagi suntuk tidur. Isteri shopping cari tulang lembu segar pun tak ikut. Memang tak ada tulang hari ni.

Tengahari merayau di alam maya. Rayau punya rayau terjumpa gambar anak, menantu dan cucu-cucu semasa mereka melawat Queensland, Australia bulan Jun lepas.

Read more...

Awal lagi dah siap ...

>> 29.8.10

Jam 6.09 petang dah siapa masak untuk isteri dan anak-anak selepas berbuka nanti. Kali ini, masak daging segar dari kampung. Resipi masakan adalah ciptaan sendirian berhad. Pada pandangan mata dan bau (cium bau makanan tak batal puasa) macam sedap dan sungguh menyelerakan. Kah, kah kaahhh .... Dah masuk bakul ooiiii.

Sayur, hanya tumis kacang bendi. Kacang bendi lagiii. Harganya murah dan lembut ketika dikunyah. Amat sesuai untuk saya yang dah tak cukup gigi. Secara cakap masjidnya, kacang bendi dan apa jua kacang amatlah baik. Boleh memanjangkan waktu kenyang hingga empat jam.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Read more...

Lepak-lepak bloggers

Lepas berbuka petang tadi terlalu letih. Bukan kerana makan banyak tapi sebab kurang tidur. Lepas solat terlelap.

Jam 10.01 terjaga dan bangun. Badan dah segar. Jam 10.15 call rakan blogger. Dia tak jawab. Sah, belum balik tarawih. 10.25 dia pula call. Kami janji nak keluar lepak di suatu tempat jam 11.00.

Lepak sambil borak hal politik. Sedar-sedar dah jam 1.24 pagi. Jam 1.37 kami bersurai. Demikianlah lepak bloggers. Sorang baru bangun tidur dan sorang lagi baru balik tarawih.

Read more...

Soalan-Jawapan Peperiksaan A-Level ...?

>> 28.8.10

Hiasan dan contoh sahaja.

Walaupun pernah belajar di barat tetapi saya berpendapat sistem pendidikan dan pelajaran barat kini sudah jauh ketinggalan zaman. Jika untuk ke universiti, anak kita akan ketinggalan zaman sekurang-kurangnya 24 bulan berbanding sistem kemasukan ke universiti negara kita.

Read more...

Tak tidur, terlalu letih ....

>> 27.8.10

Rabu malam Khamis tak tidur. Lepas subuh start baring nak tidur. Baru mula terlelap, call masuk melalui hp. Lepas cakap, mula nak lelap. Orang sesat datang tanya rumah si anu kat mana.

Mula lagi cuba nak lelap, budak-budak entah dari mana bakar mercun. Cuba lagi nak lelap, isteri pulak bagitahu dia nak keluar bayar bil dan ansuran kereta. Terlelap sekejap, isteri buka pintu, terjaga lagi. Tengok waktu dah hampir zuhur. Bangun dan mandi.

Lepas zuhur ke Tesco, shopping. Beli itu beli ini, tengok sana tengok sinun, sorang budak dengan emaknya menghampiri saya, "Maaf, pakcik sorong troli kami." Bila pulak saya dah tersalah troli. "Pakcik minta maaf. Maaf ye!" Saya berlalu dengan tersipu-sipu.

Beli juga sekor ikan besar. Cadang nak masak macam kat dalam posting sebelum ini. Bincang punya bincang, akhirnya tak jadi masak macam tu. Keputusannya masak kukus sahaja.

Lepas berbuka dan solat terus tidur. Terlalu mengantuk dan terlalu letih. Jam 11.00 malam barulah segar semula.

Read more...

Ikan Bakar - Hari Khamis .... Kah kah kaahhh ...

>> 26.8.10


Selamat mencuba!

Read more...

Sedap kerana ada selera .....

>> 25.8.10

Lepas berbuka petang tadi makan nasi dengan pejeri terung. Hhmmm, pajeri terung lagi. Lauk pekasam ikan belanak dan pucuk ubi celur dengan kuah pecal.

Hhmmm, punya lah sedap. Sedap kerana ada selera. Syukur kerana Allah bekalkan selera supaya sedap menikmati apa jua makanan.

Read more...

Lepak bersama Wanita Arab .... For Ladies only ...




Mungkin ada yang tak berapa jelas dengan bahasa mereka
tetapi boleh difahami dengan melihat apa yang mereka lakukan.

Saya sukakannya kerana ada daun anggur tu.

Read more...

Tarikh Hari Raya tahun ini .....

>> 24.8.10

Beberapa sahabat, termasuk anak saya sendiri, bertanya mengenai tarikh kita mulai berhari raya tahun ini. Sebab, ada orang kata raya tahun ini bertepatan dengan 11 September.

Saya tak mahu sebut tarikh sebenar. Yang saya nak sebut ialah "kita berpuasa tahun ini hanya 29 hari sahaja." Itupun kalau kita ikut kiraan dan panduan ilmu. Kalau ikut kiraan dan panduan lain mungkin jadi 30 atau 31 hari.

Wallahu a'lam.

Read more...

Cadang nak ikut ayah dan makcik ......

Rabu besok ayah dan makcik datang ke rumah sebelum ke Kuala Trengganu ziarah adik. Rasa teringin juga nak ikut.

Setelah difikirkan secara masak, saya tak jadi ikut. Sebab ayah dan makcik ke sana dengan kapal terbang. Saya cadang nak pergi dengan kereta. Boleh bebas ronda-ronda. Semasa pulang, boleh rehat-rehat di Cherating. Kemudian singgah ke rumah adik di Temerloh.

Atau, jika dengan kereta, dari Kuala Trengganu terus ke Tumpat ziarah besan. Dah hampir empat tahun tak ke Kelantan.

Read more...

Betul-betul rehat dan tidur .....

>> 22.8.10

Malam tadi, jam 12.30, kejutkan isteri dan ajak anak ke McDonald. Wow, ramainya orang lepak. Kira-kira 40% sambil layari internet. Macam mana bila Kerajaan Selangor sediakan Wi-Fi di seluruh negeri nanti?

Hari ini, Ahad. Tak keluar rumah. Betul-betul rehat dan puas-puas tidur. 1.28 tengahari Anis call emaknya beritahu dah sampai KLIA. Dia kata, dia tak sedar bila hari Sabtu dan amat keletihan.

Read more...

SMS kejutkan supaya berSahur .....

>> 21.8.10

Malam tadi, jam 4.18 pagi,
sedang nyenyak tidur SMS masuk:
Anis ada di airport ni. Lagi 12 jam baru brtolak
(Sabtu 2 pagi waktu Canada). Sampai 12.30 tgh Ahad.

Nasib baik ada SMS. Kalau tak, mungkin kesiangan
tanpa bersahur.

Kesihan juga pada Anis. Belum dua minggu balik dari
Australia (8 minggu di sana) dah kena pergi ke Canada.
Lepas ni entah ke mana pula. Begitulah adat bekerja.
Kalau nak berehat kenalah macam saya.
Bersara awal. 24 jam lepak di rumah.
______________

2 pagi Sabtu di Canada ialah
5 petang Sabtu di Malaysia.
______________

Read more...

In pictures: Ramadan in Cairo

>> 20.8.10

Di sini.

Malam ini terkenang saya semasa buat master's di Cairo awal tahun 1970an yang silam. Teringin rasanya nak makan عيش بلدى, iaitu roti termurah (kira-kira tiga sen sahaja) yang berbentuk seperti roti canai dalam gambar 3, 6 dan 8.

Selain itu teringin juga nak makan طعمأية.

Read more...

BerBuka Tabi'ah, Sunnah dan Khurafah ... Kah kah kaahhh ....

Berbuka di rumah itu Tabi'ah (nature);
Berbuka di masjid (lelaki) itu Sunnah; dan
Berbuka di hotel itu Khurafah (karut).

Berkaitan di sini.

Read more...

Nak Tanggal Kasut Terbuka Seluar ....

Pagi ini sungguh tenang. Udara dingin kerana hujan renyai-renyai. Teringat saya kesibukan semasa bertugas sebelum bersara.

Sebenarnya, tugas hakiki sebagai ahli akademik taklah terikat atau berat sangat. Selalunya, jadual lecture antara empat hingga tujuh jam dalam seminggu. Lain-lain tugaslah yang banyak dan memberatkan kepala. Sebagai akademia yang paling senior dalam jabatan saya menganggotai berbagai jawatankuasa, peringkat jabatan dan peringkat pusat. Out-station pun selalu.

Pernah suatu petang, balik dan sampai di depan pintu rumah, saya berniat menanggalkan kasut tetapi tangan membuka seluar. Anak bungsu saya tanya, "Eh abah! Kenapa abah buka seluar di depan pintu?" Barulah sedar yang kepala saya sebelum ini masih mengenai tugas atau di tempat kerja.

Read more...

Bubur Lambuk berUlam Sate .....

>> 19.8.10

Hari ini makan selepas berbuka agak mahal dari biasa. Kali pertama dalam bulan Ramadhan tahun ini makan bubur lambuk berulam sate. Kami anak beranak khusu' menikmatinya. Itu tanda tak ada masalah tentang resipi yang simple dan sederhana.

Agak lucu, saya sorang sahaja yang dah empat kali berulang ke bilik air. Isteri dan anak-anak tak ada masalah pun. Sahur nanti ...? Belum pasti nak makan apa ...? Sedang cari ilham ... Allah itu ada dan pastinya rezeki kita juga ada.

Read more...

Kita baru nak buat, orang dah jual ... Kah kah kaahhh ...

>> 18.8.10

Kita baru tanam dan
baru nak buat,
orang lain dah jual pun ...
Kah kah kaahhh ...

Di sini.

Read more...

Makanan Para Nabi dan Para Rasul ....

>> 17.8.10

Hari ini, Selesa. Lepas berbuka, makan nasi dengan pajeri terung panjang, tumis kering kacang bendir dan ikan goreng kembung. Hhhmmm, ikan kembung lagi. Ia adalah ikan kegemaran saya.

Saya kurang berminat ayam daging, kecuali dimasak cara masakan Arab. Adapun yang amat saya gemari ialah daging kambing, kerana ia adalah makanan para Nabi dan para Rasul.

Saya tak berminat kuih-muih semasa berbuka puasa.

Read more...

Minuman berAroma Ketiak ......?

>> 16.8.10

Petang tadi ke CIMB masukkan duit untuk Anas. Semasa balik, menyusur tepian Pasar Ramadhan. Kelihatan sungguh hebat.

Antara yang hebat ialah bid'ah jenis-jenis minuman yang berwarna-warni. Kalau ikutkan nafsu tentu nak beli dua-tiga warna. Pernahkan kita fikirkan dari aspek khasiat?

Gambar hiasan.

Minuman beraroma ketiak.

Read more...

Hikmah Ramadhan mula diRasai ....

>> 15.8.10

Belum sampai seminggu bulan Ramadhan tetapi, alhamdulillah, hikmah darinya sudah dirasai. Antaranya ialah penjimatan belanja makan-minum dalam seminggu. Memang terasa amat jimat. Dalam bulan-bulan biasa, makan tiga kali sehari. Tetapi, dalam bulan Ramadhan hanya dua kali sehari.

Hari ini, berbuka seperti makan pada hari-hari biasa. Tiada perubahan, tiada berlebihan dan tidak mengada-ngada. Malah tidak terpengaruh dengan pasar Ramadhan.

Berbuka hari ini ialah nasi berlaukkan ikan kembung bakar yang dibungkus dengan daun Sutera (Mulberry) dan daun anggur. Fuhhh, empat ekor ikan kembung sudah cukup untuk lima beranak. Lepas makan, minum air perisa laici. Alhamdulillah, kenyang dan sungguh memuaskan. Berjaya berpuasa dan berjaya melawan nafsu gelojoh makan.

Di sini dan di sinun.

Read more...

Tolong memasak .....

>> 14.8.10

Petang tadi turut di dapaur. Fawzan tolong potong daging. Saya masak lauk. Daging dimasak mengikut inovasi sendiri. Banyakkan kuah. Tujuannya, kalau ada yang tak sempat cekoh daging, ha, cedoklah kuah.

Macam cerita burung Hudhud menjamu Nabi Sulaiman dan para tenteranya. Belalang seekor dihancurkan dan dicampakkan ke dalam laut. Kemudian, Hudhud pun mempersilakan para hadirin makan. "Siapa yang tak dapat belalang tu, cedokklah kuahnya." Nabi Sulaiman dan para tenteranya pun senyum sahaja.

Read more...

Dah samapi HongKong .....

>> 13.8.10

Jumaat. Lepas subuh baru boleh tidur. Tengahari, hujan ribut. Sungguh kuat. Jam 4.00 call Anis. Dia jawab: Dah sampai Hongkong. Transit sampai pukul 6.00 sebelum ke Vancouver, Canada.

Lewat petang buat ubat pesakit patah tulang belakang. Sambung ubat yang lepas. Dia dah boleh bangun dan semakin sembuh.

Berbuka puasa dengan kurma dan karipap sardin. Nasi, seperti biasa.

Read more...

Air Zamzam ....

>> 12.8.10

Alhamdulillah, petang tadi berbuka dengan air Zamzam dan buah pisang. Kemudian, makan nasi seperti biasa.

Lepas solat, terlalu letih dan tertidur. Beberapa minit kemudian dikejutkan oleh panggilan dari Anis memberitahu dia akan berlepas ke Kanada pada siang besok.

Kemudian, Eri dan Nizam datang ziarah.

Zamzam.

Read more...

Sehari sudah berlalu ....

>> 11.8.10

Alhamdulillah, sehari Ramadhan telah berlalu. Sehari Ramadhan telah ditunaikan.

Semasa berbuka, saya menikmati sebutir buah kurma, sebiji buah pisang emas dan kuew tiau goreng. Sebak dada bila terkenang mereka yang tidak bernasib baik.

Teringat saya berpuasa dan berbuka semasa kecil-kecil dulu. Sebak dan mengalir air mata terkenang ibu yang telah pergi. Allahumma ghfir laha, ya Allah!!!

Read more...

Hah haa, Resipi Daun Anggur ....!!!!!

Jika anda memilikki banyak pohon anggur mungkin anda boleh buka restoran istimewa seperti di US, Eropah dan Timur Tengah. Atau, sekurang-kurangnya anda boleh buat hidangan istimewa untuk berbuka puasa. Antara sajian:


Read more...

Rabu, bermula 1 Ramadhan ....

>> 9.8.10

Berdasar kiraan astronomi, saya akan memulakan puasa Ramadhan pada hari Rabu (lusa), 11 Ogos 2010. Tak kira sama ada mufta Malaysia nampak atau tidak nampak anak bulan Ramadhan pada petang Selasa, besok.

Saya berpuasa atas dasar penyaksian (شهادة) wujud bulan Ramadhan dengan ilmu dan bukan atas dasar rukyah (رؤية) atau melihat dengan mata kepala. Sama dengan penyaksian wujud hari akhirat, malaikat dan lain-lain.

Saya ucapkan kepada semua muslim-astronomers dan muslimin-muslimat: Selamat menyambut Ramadhan dan semoga mendapat rahmat dari Allah.

Read more...

Patah dan hancur tulang belakang ....

>> 8.8.10

Semalam, petang Sabtu, buat ubat orang sakit resdung kronik dan ubat orang patah serta hancur tulang belakang. Khabarnya, dah dua minggu terlantar di hospital.

Hari ini, Ahad. 10.00 pagi hantar Anas ke Kuala Kangsar di Klang Senteral. Dari situ ke Shah Alah ambil Wah baru balik dari lawatan ke Johor.

Petang, tidur sekejap. Lepas tu buat cangkokan pada lima ranting pokok zaitun. Memantau pohon-pohon PTL-1 yang sungguh memuaskan.

Subhanallah walhamdulillah ...!!!!!

Read more...

Rinduku pada .......

>> 7.8.10

Malam ini terkenang dan rindukan cucu-cucu. Nasrul dan Fathul sekarang berada di Kelantan. Ikut ummi mereka siapkan tesis MSc.

Naufal dan Dzakuan di airport pada 25 Mei 2010 sejurus sebelum berangkat ke Australia.

Read more...

Dua hari Dua malam yang meletihkan

>> 6.8.10

11.08 pagi Rabu bergerak ke Kuala Kangsar. Menyusur ikut jalan sebelah pantai. Dari situ terus ke USM, melalui PLUS. Lepas solat jama' terus ke hotel badget berhampiran warong Line Clear. Sebelum sampai sempat sesat jalan, tapi tak jauh.

Cerita pasal sesat jalan, teringat saya semasa sesat jalan di London waktu muda-muda dulu. Oxford Street yang tidak boleh dilalui oleh kereta biasa, selamba saya lalui dengan kereta. Berselisih pula dengan kereta polis. Tapi mereka tak ambil tindakan. Sebaliknya mereka ketawakan saya. Kalau di Malaysia, mungkin saya ditengking dan ditangkap.

Lepas maghrib, borak sekejap dengan awek-awek dari Canada. Entah kenapa mereka suka ketawa besar. Mungkin kerana ungkapan saya seperti Grand-uncle dan You came from other side of earth and bla bla .... Kemudian kami anak beranak ke warong budget Line Clear.

Khamis, lepas sarapan jus orange dan setengah keping roti, terus ke USM. Lepas konvo nak ambil gambar dengan Dzul. Masa tu baru tahu yang kamera tertinggal di hotel. Bergegas ke sana, alhamdulillah, pihak hotel tolong simpankan.

Jam 3.38 petang bergerak balik. Sampai di rumah jam 7.20 petang. Lepas solat 'isak terus tidur. Tak sedar langsung, hingga terkesiangan pagi ini, Juma'at.

Letih sangat sangat ooooooo!

Read more...

Aktiviti hari ini ....

>> 3.8.10

Hari ini buat kerja-kerja pematangan pohon-pohon PTL-1. Pohon anggur memerlukan bantuan pengurus dalam proses pematangannya. Tanpa bantuan, proses pematangan adalah lambat.

Selain itu, buat 3 cangkuk pada pokok zaitun dan menyiram cambah golden kiwi. Huh, semua cambah stabil dan progres. Tiada yang layu atau mati.

Read more...

Qari Pilihan Saya ....

>> 2.8.10

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP