Kasut Baru
>> 23.12.10
dan semaian depan rumah. Berehat bukan
bererti tidur 24 jam.
Kegumbiraan pertama hari ini ialah kira-kira pada jam
9.20 pagi. Anas, anak bungsu kami, yang belajar di MCKK
dapat semua A dalam PMR. Sepupu dia di Temerloh pun
dapat semua A. Sepupu di Alam Budiman dapat 8A dan 1B.
Yang di Kelantan dapat 8A dan 1C. Yang di Ipoh pula,
khabarnya, tak banyak dapat A. Namun, semua itu
wajib disyukuri.
Anas dah tuntut hadiah. Dia nak beli kasut pakai dan
kasut sukan yang berjenama lagi berharga. Selama ini,
dia hanya dibelikan kasut murah tidak berjenama. Pernah
suatu hari guru dia panggil dan cadangkan supaya mohon
bantuan untuk ganti kasutnya yang patah dan terkopak.
Hmmmm. Saya bersetuju dengan tuntutan Anas. Saya
kira dia sudah lulus ujian dan dugaan. Latihan untuk
hidup sederhana, tawadhu^ dan qana'ah amat perlu
untuk menjadi Manusia Muslim.
Syukurku kepadaMU wahai ALLAH.
6 comments:
Salam Dr Wahab,
Alhamdulillah... Gumbira mendengar berita kejayaan yang dicapai oleh bebudak tu.
Mum doakan, semoga mereka terus sukses di masa akan datang, insyaAllah.
Salam,
Ucapan tahniah buat Anas dan Doktor juga dari saya sekelurga....
salam tuan..
alhamduliLLAH...syukur kepada ALLAH dan pujian juga kepada mak abahnya yang menyumbang dalam kejayaan tersebut.
zaman kini, saingan dan cabaran hidup amat sukar, sedih tengok anak bangsa kita tak sama dengan bangsa yang lain, leka dengan anasir yang tak sihat. tahniah sekali lagi untuk Anas
W'salam M3M,
Terima kasih kerana mendoakan.
Antara faktur kejayaan Anas ialah kebijaksanaan para guru yang mengajar. Tahniah kepada semua guru.
W'salam ISA,
Terima kasih kerana tahniah. Untuk anda sendiri saya ucapkan Happy InaiBerseri dan Happy BirdDay.
W'salam JinKamen,
Terima kasih kerana tahniah.
Memang betul kata tuan tu. Mudah-mudahan mereka sadar jua akhirnya.
Post a Comment