012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Kali pertama beli seluar

>> 31.3.11

Sebaik bersara tempohari, perkara pertama dilakukan
ialah tangan kosong. Maksudnya tak mahu pakai jam tangan.

Perkara kedua ialah tak mahu ada pen dalam poket.
Malas terikat dengan waktu yang ketat dan malas
menulis. Nak hidup cara baru.

Jam tangan, baju, seluar (kecuali seluar dalam),
kot, tali leher dan kasut kulit telah difaraidh oleh
anak-anak. Syukur kerana anak-anak tak memilih hal-hal
pakaian. Semua pakaian yang dianggap sesuai dengan
jawatan dan kedudukan sebelum bersara dah tak ada.
Yang tinggal dua-tiga seluar dan baju buruk sahaja.

Seluar-seluar lama pun dah reput. Dah koyak sana-sini.
Jadi, petang tadi, beli sehelai seluar berharga di bawah
RM25. Kali pertama beli seluar setelah bersara.
Baju? Masih boleh pakai.

Read more...

Apa yang anda nampak ...?

Apa yang anda nampak ...?

Read more...

Semai Zaitun, Tumbuh Epal, Berbuah Kurma

>> 30.3.11

Biji zaitun yang disemai, tetapi pokok epal yang tumbuh. Mungkin, akan berbuah kurma.
Hhhhmmm, inilah kesilapan me'label'.

Read more...

NyangNi pun sedaaappppp ...

>> 29.3.11

Sesiapa yang ada pohon anggur
boleh cuba resipi ni.
Sedaaappppp ....

Read more...

Sedaaappppp, sedap .....

>> 28.3.11

Sedaaappppp, sedap .....
Hampir setiap hari saya memakannya.

Sumber gambar di sini.

Read more...

Beristeri dua, jadi bankrupt ...?

>> 27.3.11

Beristeri dua, jadi bankrupt ...?
Di sini.

Read more...

Gambar ini membuat saya rindu ...

Sekarang, saya suka sarapan dan makan malam dengan roti nan atau pita. Ia diisi cis dan dipanaskan. Makannya berlaukkan jeruk buah zaitun. Cukup lazaattt.

Bila tengok gambar kat atas tu, teringat pula pada 'eish baladi. Rindu sangat padanya. Dah 34 tahun tak jumpa. Ada jual kat mana di Malaysia ni?

Read more...

Gambar Datin-datun ...?

>> 26.3.11

Isteri dan adik saya semasa melawat MakCik
di Hospital Putrajaya tempohari.

Read more...

Gambar Jumaat: Sejuuukkkkk mata memandang

>> 25.3.11

Kebun Apricot.
Sejuuukkkkk mata memandang.
Damaaaiii hati di dada.

Read more...

Kesiaannnn, Erra Fazira

>> 24.3.11

Kesiaannnn, Erra Fazira.

Di sini.

Read more...

Gambar Pertama RBK

>> 21.3.11

Maklumat lanjut di sini.

Read more...

Design TerCanggih, PengGuna TerBijak

>> 20.3.11

Design TerCanggih, PengGuna TerBijak.
Kaaahhhhh, kah kah.

Read more...

Gambar-gambar Malam Minggu

>> 19.3.11

No comment ...?

Read more...

Wanita jadikan anaknya sebagai suami

Wanita jadikan anaknya sebagai suami.

Sumber di sini dan di sini.

Read more...

Alhamdulillah, 70% sembuh

>> 17.3.11

Awal Januari 2011, Jamilah bawa Makcik ke klinik swasta di Sungai Besar. Doktor suruh serta-merta ke hospital. Kami pilih Hospital Sg. Buloh. Pada masa yang sama Anis (Dr.) uruskan ke Hospital Putrajaya. Besoknya, 4 Januari, Makcik dimasukkan ke wad selama dua hari. Disahkan mengidap breast canser tahap merbahaya. Menurut Zaki, doktor kata tahap empat. Urusan-urusan ke dan di hospital pun dijadualkan. Setiap tiga minggu.

Pada 20 Januari Makcik memulakan makan biji apricot
jenis pahit.

Tiga minggu yang lalu, selepas menjalani kimo, doktor beritahu proses pengecutan sel-sel cancer amat laju. Jika boleh diperatuskan, 60% dah kecut. Dan semalam, 16 Mac 2011, selepas menjalani kimo, doktor beritahu Zaki proses pengecutan sel-sel cancer amat drastik. Jika boleh diperatuskan, 70% dah kecut. Secara pandangan zahir, luka dulu seluas kotak rokok kini sudah kering dan mengecil macam sebutir kacang sahaja.

Namun, pembedahan terpaksa juga dibuat. Dan 90% kemungkinan Pembedahan Tanpa Tampal. Dalam bahasa orang awam, hanya dicungkil sedikit sahaja.

Maka doktor pun bertanya, ada usaha-usaha lain yang dilakukan?

Alhamdulillah dan subhanallah.
__________

Sekadar mencelah:
Anak-anak pokok apricot akan dipasarkan melalui
Pusat Pembenihan Maya.

Read more...

Gambar wanita dan tiga suaminya ...?

>> 16.3.11

Wanita bersuami tiga ...?
Betul ...?

Read more...

Gambar Indah dari Jepun

>> 15.3.11

Gambar Sawah Padi Di Jepun.

Read more...

Inikah Pinggiran Sayap Malaikat ...?

>> 14.3.11

Pagi, keluar berurusan di Meru. Tengahari, pergi cuci ViVa. Lepas zuhur tertidur. Hujan lebat turun secara tiba-tiba. Maka lencunlah pakaian di jemuran. Lepas asar, jumpa sepupu di Bukit Cerakah. Bincang sesuatu.

Malam, ronda tengok berbagai gambar dalam internet. Yang di bawah ini adalah antara yang menyentuh perasaan.

Inikah Pinggiran Sayap Malaikat ...?
Sumber.

Read more...

Lihatlah Gambar ini ... Nampaklah ALLAH ...?

>> 13.3.11

Tsunami di Miyako City, Jepun.
سبحان الله القوي الجبار

Read more...

Melayu adalah bangsa tersibuk di dunia

Hari-hari biasa kita sentiasa sibuk. Ada yang ke ofis dan ada yang ke kebun. Ada juga yang ke tempat lain. Urusan kerja, urusan rezeki. Ada yang dapat menabung dan banyak juga yang bayar hutang. Itu sebab kena kerja. Kena sibuk. Kerja, kerja. Sibuk, sibuk. Itu di hari-hari biasa.

Di hari-hari Sabtu dan Ahad, kita sentiasa sibuk lagi.
Sibuk ke sana dan sibuk ke situ. Kenduri kawin lah,
kenduri khatan lah dan macam-macam jenis kenduri lagi.
Tak cukup waktu siang, waktu malam pun banyak kenduri.
Kenduli arwah lah, kenduri tahlil lah dan ada
macam-macam jenis kenduri.

Yang menarik perhatian saya ialah kenduri arwah dan
kenduri tahlil. Rasul mana yang Melayu contohi dan
sunnah mana yang Melayu ikuti?
Melayu, Melayu. Bangsa tersibuk di dunia.

Read more...

Serampang Dua Mata

>> 11.3.11

Dua-tiga hari kebelakangan ini cuaca mendung.
Seronok buat kerja-kerja pembenihan. Hingga kini,
yang sudah hidup ialah Gold Kiwi, Red Globe,
Calmeria, Anjou Pear, Packham Pear, Red Pear,
Plum, Granny Smith, Red Delicious, Pisang Kaki
dan Apricot (Bitter).
Akan menyusul beberapa tumbuhan lain.

Sebahagian pokok-pokok itu akan ditanam di Kebun
dan yang lainnya akan dihantar ke Pasar. Kebun adalah
hak perseorangan dan Pasar adalah hak perkongsian
dengan seorang kawan.

Semoga dimakbul oleh Allah.

Read more...

Dimarah oleh isteri

>> 8.3.11

Empat-lima hari kebelakangan ini sungguh sibuk. Kawasan sekangkang kera depan rumah ibarat seluas 50 ekar. Terpaksa bekerja-keras siang dan malam.

Ceritanya begini: Saya menyimpan sejumlah biji benih berbagai tumbuhan dalam makmal klasik di bilik tidur dan di dapur. Niat di hati akan menyemainya beberapa minggu sebelum Ogos 2011.

Dengan kuasa Allah, banyak pula biji benih itu bercambah serentak dan sebelum masanya. Barangkali bahan pengawet yang saya gunakan sebagai sebab mereka bercambah. Jadi, terpaksalah saya mengubah setiap cambah ke dalam pasu-pasu kecil.

Cerita pasal BAHAN dalam pertanian ini memang banyak yang luar-biasa. Suatu ketika dulu, saya sedang mengkaji dan mencuba beberapa formula hormon. Maka saya pun mencuba kepada pokok kacang bendi yang baru ditanam oleh isteri. Tinggi pokok itu kira-kira 10 inci dan saiz batangnya sebesar lidi penyapu. Dua hari kemudian pokok bendi itu berbunga dengan lebat. Pokok itu pun tumbang. Tak larat menahan beban bunga yang banyak. Apa lagi, saya pun dimarahi oleh isteri. Jawab saya senang saja, "Takkanlah pokok kacang nak berbunga pun tak boleh?".
Kaaahhhh, kah kah.

Read more...

Percintaan seEkor Awek

>> 4.3.11

Percintaan seEkor Awek
Di sini.

Read more...

Red Deliciouce Apple

>> 2.3.11

7.25 pagi bergerak ke Putrajaya kerana ada urusan. Gedebuk-gedebak, sampai di rumah dah pukul 11.00 tengahari. Sambung tidur sampai masuk waktu zuhur.

Hari ini terlalu panas dan berkuap. Siram bumbung rumah barulah rasa selesa sikit. Di Akhirat nanti macam mana agaknya? Tak tergambar kepanasannya. Qur^an ada cerita betapa ngerinya kepanasan padang mahsyar dan api neraka. Na'uzu biLLah!

Petang, semai 10 biji benih epal Red Deliciouce. Insya Allah, dua-tiga hari lagi tumbuhlah.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP