012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Jordan River kurma dari Israel

>> 31.7.11

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Sempena Ramadhan ini juga che'GuBard dan SAMM sekali lagi memperbaharui desakan untuk Malaysia menghentikan segala bentuk hubungan dengan negara haram Israel.

Dalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Sepenuhnya ...

Read more...

Fulamak, syiook nyeerrrrrrrr ...?

Nak tiru 100% boleh, nak ikut setakat 80% sahaja pun tak per.
Sekadar pembuka idea pun OK.

Read more...

Siapa kenal atau tahu yang dalam Gambar ini ...?

>> 29.7.11

Siapa kenal atau tahu yang dalam Gambar ini ...?
Mungkin ada yang tak pernah jumpa ...?

Bila tengok gambar-gambar ini teringat semasa
bulan Ramadhan ketika kecik-kecik dulu.
Hanya tinggal kenangan.

Read more...

Kenduri kawin

>> 28.7.11

Semalam saya dan kawan-kawan sembang mengenai
kenduri pengantin. Dan malam tadi sembang perkara
yang sama dengan kawan yang lain pula.

Mereka ingin kepastian adakah saya benar-benar tidak
akan mengadakan kenduri kawin anak saya selepas raya
nanti. (Posting berkenaan).

Jawaban saya ialah: Benar. Tak ada kenduri.
Kenduri bukanlah syarat ataupun rukun dalam sesuatu
perkahwinan. Islam hanya tuntut dua saksi sebagai satu
dari rukun-rukun kahwin. Apakah tuntutan itu tidak
mencukupi atau tidak sempurna? Adakah tuntutan itu
tidak hebat atau tidak sesuai?

Akhir perbualan, mereka kata:
Kalau begitu, mudahlah. Selamatlah saving!

Yes, memang mudah kalau kita ikut pesanan Rasulullah
yang bermaksud: Permudahkan urusan perkahwinan ...
Saving, jika ada, boleh biaya pengantin memulakan
penghidupan baru mereka.

Awas!!! Ini mazhab Wahabi???

Read more...

Gambar terbaru kembar

>> 26.7.11

Nasrul Farhan (kiri) dan Fathul Farhan.

Sejak balik dari Kelantan, tiba-tiba rindu pada cucu-cucu.
Cari gambar terbaru mereka, hanya jumpa gambar kembar Farhan.
Gambar Muhammed Naufal dan Muhammed Dzakuan tak ada yang baru.

Hhmmm, masa muda rindukan pasangan. Semasa dah berumahtangga
rindukan anak-anak. Bila dah tua rindukan cucu-cucu pula.
Begitulah lumrah dan fitrah manusia.

Read more...

Baru dalam pengalaman

>> 25.7.11

Sabtu, 7.45 pagi bergerak ke Kelantan. 2.34 petang sampai di
destinasi. Jam 6.00 petang meneruskan safar ke Kota Bharu.
Dan berehat.

Ahad, pagi, ada beberapa urusan. Tengahari bergerak balik
ke Selangor. Jam 6.12 petang sampai di rumah.

Semua urusan mengenai anak-anak kami dipermudahkan oleh Allah.
Secara syara', mereka telah dikahwinkan. Hanya sedikit urusan
dengan pentadbiran kerajaan dan adat kekeluargaan akan diuruskan
kemudian, lepas raya puasa.

Kami tidak akan mengadakan kenduri seperti adat orang lain.
Di pihak perempuan hanya akan mengadakan sedikit makan-makan
hari raya untuk keluarga terdekat pada 5 September 2011.
Saya dan isteri akan ke sana untuk ta'aruf.

Di pihak lelaki pula akan mengadakan sedikit jamuan
untuk jiran di kiri-kanan rumah sahaja.

Baru dalam pengalaman saya ialah:
Perbincangan dan rundingan hanya di antara
ibu-ibu pihak lelaki dan perempuan; dan lelaki
serta perempuan yang akan berkahwin.

Read more...

Menantu dari Kelantan

>> 22.7.11

Gambar hiasan. Google.

Petang tadi cuci dan periksa kereta.
Besok dan lusa, Sabtu dan Ahad, kami akan berada
di Kelantan. Ada urusan mustahak. Janjitemu di sana
sudah lama diatur. Secara terus terang, kami akan
mengadakan perbincangan untuk mengahwinkan anak lelaki
kami di Kelantan dalam bulan Syawwal nanti.

Ini adalah menantu kami yang kedua dari Kelantan.
Semoga mereka berbahagia buat selamanya ...!

Insya Allah, kami juga akan melawat besan kami
yang pertama di Tumpat.

Read more...

Teringin di malam Jumaat

>> 21.7.11

Sumbar gambar hiasan.

Pagi lusa, Sabtu, akan bergerak ke Kelantan. Ada urusan mustahak.
Mungkin balik hari atau bermalam di sana. Tengok keadaan.

Sebelum pergi, perlu fikir nak cari makanan yang jarang jumpa di
tempat sendiri. Isteri, dia dah ada senarai makanan kegemarannya
di Kelantan. Saya, fikir punya fikir, teringat nak makan sayur
buah pisang muda. Aik, macam mengidam pulak?
Kaaahhhhh, kah kah ...!

Read more...

Cermin Mata Baru

Gambar hiasan. Google.

Petang tadi ke pekan Meru. Cadang nak makan mee goreng kering.
Sampai di sana, kensel. Singgah di kedai cermin mata.

Sementara tunggu cermin mata baru disiapkan saya berborak dengan
para pekerja di situ. Semua pekerja perempuan Melayu dan Cina.
Perbualan banyak berkisar pada maklumat dalam surat kabar dan tv.
Dalam perbualan itu, semua mereka kata: Pakcik, jangan percaya
pada surat kabar dan tv. Terutama utusan, TV3 dan RTM1.

Saya: Aik ...? Kenapa ...?
Mereka: Semua propaganda BN, pakcik. Penipu. Maklumat palsu.
Saya: ....?

Read more...

Dapur Arang, Belanga Tanah

>> 20.7.11

Gambar hiasan dari Google.

Malam tadi, semasa berborak dengan isteri, saya bagitahu dia nak
beli sebuah lagi dapur arang. Yang diperbuat dari tanah. Macam yang
kat dalam gambar atas tu.

Selain itu, nak beli sebuah lagi belanga tanah. Dalam bulan Ramadhan
nanti cadang nak masak beberapa jenis sayur cara lama. Guna dapur
arang. Nak tiru masakan al-marhumah ibu semasa dulu-dulu. Masa hidup
dalam belukar hutan pada awal 50han. Huuhhh, meleleh air liur ...!

Read more...

Acai ...? Macam-macam nama ada ...!

>> 19.7.11

Tengahari 11 Julai lepas sahabat saya, Dr. Fisol, datang ziarah dan
bawa tiga biji benih acai. Sebiji, dia dah semai dan bertunas. Yang dua
lagi belum disemai. Baru sebentar tadi saya menyemainya.

Lepas menyemai biji acai mengubah beberapa semaian benih gold kiwi.
Lepas raya haji nanti mungkin boleh dipasarkan kepada ramai.
Semoga sihat wal afiyat.
Sumber gambar ....

Read more...

Terharu ... dek Gambar ini ...!!!

>> 18.7.11

Saya bukanlah pelukis dan bukan juga juru foto. Jauh sekali seorang
seniman mahupun insan sufi. Justeru saya amat menghargai gambar
di atas. Ia mencuit saya ke suatu destinasi silam yang tidak
mungkin ditemui kini.
Sumber gambar ...

Read more...

Kenduri Pulut Kuning ...? Kaaahhhhh, kah kah ...!

>> 17.7.11

Kenduri Pulut Kuning ...? Kaaahhhhh, kah kah ...!
Gambar dan cerita, saya rembat
dari sini ...
Maaf Halima ...! Tak mohon izin terlebih dulu.
Terlalu bersemangat nak makan PuLuT.
Kaaahhhhh, kah kah ...!

Read more...

Jumaat dan Sabtu

>> 16.7.11

Jumaat. Cadang nak ke klinik pergigian untuk
cabut gigi. Namun, gigi dah tak sakit. Rasa sayang kalau
dicabut.

Hari ini keputusan UPU mengenai kemasukan ke IPTA. Fawzan
kekal dapat tawaran ke kursus Ijazah Doktor Perubatan (MD)
di USM Kubang Krian. Alhamdulillah.

Malam, kira-kira jam 11.37, call dari Dr. Mujaini, kawan
lama sejak muda-muda dulu. Dia ajak keluar minum.

Hari ini Sabtu. Tiada sebarang rancangan di luar rumah.
Kerja dan perancangan dalaman masih banyak tertunda.

Petang nanti mungkin cucu-cucu akan sampai.

Read more...

Lagi sakit GiGi

>> 14.7.11

Malam Selasa sakit gigi. Terpaksa makan ubat tahan sakit.
Malam Rabu sakit lagi. Lagi terpaksa makan ubat tahan sakit.
Rabu pagi, gi klinik minta doktor cabut. Dia kata tak boleh cabut,
sebab gusi sedang bengkak. Kena makan dua jenis anti-biotik
selama tiga hari. Hmmm, macam pelik jer ...? Tapi, kena akur.

Khamis pagi, ke Hospital Selayang. Ada janjitemu dengan doktor
pakar. Katanya, keadaan mata saya dah OK. Dua bulan akan datang
dia nak periksa lagi.

Besok nak ke klinik pergigian kerajaan. Kalau tak ada masalah
nak minta doktor cabut gigi yang sakit itu.

Read more...

Gambar semasa di HS

>> 12.7.11

Malam tadi masuk FB, ruangan Keluarga Arbain, dan jumpa gambar
sendiri. Gambar dirakam oleh Salwa sebaik saya keluar dari bilik
pembedahan mata pada 25 Mei 2011.
Kelihatan uzur kan?

Salwa ...! Mana gambar paklong sedang makan ubi rebus?
Mekasih tolong paklong.

Read more...

Benih Kuini

>> 10.7.11

Gambar hiasan.

Kira-kira dua tahun lepas Cikgu Zaid, Teluk Intan, ada bagi beberapa
biji benih kuini. Saya minta biras tolong semai dan tanam. Mungkin, tak
lama lagi berbuah. Tapi dia tanam di kebun dia.

Petang Jumaat, dulu semalam, saya ubah dan kemaskini tiga pokok benih
kuini lagi. Dalam bulan Ogos nanti nak tanam di kampung, kebun sendiri.
Mudah-mudahan sempat rasa buahnya nanti.

Semalam dan hari ini, Sabtu dan Ahad, full-time rehat.

Read more...

Sabar menunggu cik ZaitunKu

>> 8.7.11

Pada 10 Disember 2010 saya menyemai 83 biji Zaitun baka dari UK.
Alhamdulillah, pada 27 Jun 2011, satu darinya telah tumbuh
(gambar atas). Yang lain dijangka mulai tumbuh pada Oktober 2011.

Sesetengah biji Zaitun akan tumbuh kira-kira 20 - 50 tahun
dari mula disemai. Anda percaya? Sabarlah menunggu Zaitun ...!

Read more...

Selamatkan pokok dan semaian

>> 6.7.11

Isnin petang mulai buat kerja-kerja depan rumah.
Selamatkan pokok-pokok kiwi yang terbiar beberapa bulan.

Selasa pagi, selamatkan semaian beberapa pokok epal red
delicious. Petang, selamatkan beberapa pokok anggur yang
berjenama.

Petang nanti, insya Allah, akan selamatkan semaian pokok-
pokok pisang kaki, durian belanda dan plum. Semua pokok ini
akan ditanam dalam kebun di kampung.

Read more...

Ramai keluarga, anugerah Allah

>> 2.7.11

Tengahari Khamis ke UiTM Shah Alam ambil barang-barang Fawzan
dan Faiz. Dia orang dah selesai ikuti kursus dan exam PreMedic.
Lepas lepak dengan kawan-kawan, besok dia orang balik.

Hari ini Sabtu. Lepas zuhur, adik dari Pahang akan sampai. Anaknya
dari UIA akan menyusul. Petang nanti, ayah dan makcik akan sampai.
Anak-anak, para menantu dan cucu-cucu juga mungkin sampai petang
atau malam nanti.

Besok, akan ramai dan penuhlah rumah kami. Hiruk pikuk dengan
telatah para cucu adalah hiburan yang terasli. Alhamdulillah,
Allah anugerahkan kami ramai keluarga.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP