012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Begedil Daging Putar

>> 26.8.11

Lepas Jumaat gi bank, keluarkan duit. Kemudian gi Klang, masukkan
duit ke akaun USM Kubang Kerian. Bayaran yuran Fawzan.

Sementara tunggu Fawzan berurusan, perut dah meragam. Tengok jam,
wow, kira-kira empat jam lagi waktu berbuka. Jampi sana jampi sini,
perut dah ok. Sampai rumah, Anas dah balik dari MCKK.

Jam 5.30 petang, ambil tugas masak lauk untuk anak-anak berbuka.
Antara lauk berbuka petang ini ialah Begedil Daging Putar ala-Arab.
Resepinya senang sangat. Daun sup, daup bawang, bawang putih,
serbuk ketumbar, cili besar, sedikit tepung, sedikit garam dan
daging putar (minted). Minyak untuk menggoreng.

Gambar atas diambil sebelum berbuka. Lepas berbuka, licin.


Read more...

Cerita mengenai Gambar-gambar

>> 25.8.11

Sumber gambar.

Gambar-gambar dalam
Gambar Dulu, Cerita Kemudian - 1 ialah
gambar طعمية yang belum digoreng dan yang sudah digoreng.

Adapun gambar-gambar dalam
Gambar Dulu, Cerita Kemudian - 2
ialah gambar طعمية yang siap sedia untuk dimakan
(Awas, gambar tak boleh dimakan).

Ini ialah antara makanan yang amat saya minati ketika
belajar di Kaherah tempohari. Sekarang, dah lebih dari
35 tahun tak pernah makan. Saya amat rindu kepadanya.

Saya cuba search melalui Google Arab dan dah dapat resepinya.
Insya Allah, lepas raya nanti nak buat. Hhmmm, nyam, nyam.

Kepada yang nak tahu resepi umumnya adalah sebagai berikut:
Kacang kuda, daun parsley, daun ketumbar, daun dill, daun bawang,
daun sup, bawang besar, bawang putih, cili besar, jintan manis,
biji bijan, baking powder dan sedikit garam. Minyak sayur
untuk menggoreng.

طعمية disebut juga sebagai فلافل.

Read more...

Gambar Dulu, Cerita Kemudian - 2

>> 23.8.11

Cerita mengenai gambar-gambar di atas
akan menyusul melalui posting selepas ini.

Read more...

Gambar Dulu, Cerita Kemudian - 1

>> 22.8.11

Cerita mengenai gambar-gambar ini, insya Allah,
dalam posting akan datang.

Read more...

Sunnah dan Sains

Oleh: DR Abdul Basith Jamal & DR Daliya Shadiq Jamal

"Jika Nabi Muhammad Saw mengatakan ini, maka sangat layak untuk kita ikuti." (Oreintalis Bernand Shou)

Dari sekumpulan sabda-sabda Rasulullah SAW yang terdapat kandungan ilmu pengetahuan, adalah sabdanya:

"Rumah yang tidak terdapat kurma melaparkan penghuninya." (HR Ibnu Majah)

"Sesungguhnya pada kurma Aliyah terdapat penawar penyakit." (HR Muslim dan Ahmad)

Kalimat-kalimat yang sangat singkat namun mengandung makna yang sangat mendalam dari sisi ilmu pengetahuan. Dan riset telah membuktian keistimewaan hadits Nabi ini.Bahwa kurma mengandung unsur-unsur gula yang sangat tinggi hingga mencapai 70 persen, juga mengandung 3 persen protein dan 1 persen lemak. Kurma juga mengandung unsur potasium dan magnesium hingga buah ini sangat ampuh untuk pertahanan tubuh dari penyakit kanker.

Maksud dari kurma mengandung 70 persen gula, bahwasannya prosentase aliran panas akibat memakan kurma sangat besar. Sehingga energi yang dihasilkan oleh kurma pun sangat besar.

Energi yang terkandung dalam sel-sel tubuh manusia akan memberikan daya dan rasa hangat yang lebih, sebagaimana energi tersebut akan membuat kenyang pemakannya karena kurma memberikan aliran panas yang cukup.

Seterusnya di sini ...

Read more...

Sikap Rasulullah ... (Suatu Pendedahan)

>> 21.8.11

Dalam sejarah, Rasulullah SAW dikisahkan punya kedekatan hubungan dengan orang-orang miskin, termasuk anak-anak. Bahkan, ketika masuk ke dalam suatu majelis, Rasulullah memilih duduk dalam kelompok orang-orang miskin.

Rasulullah bersabda, “Siapa yang memakaikan seorang anak pakaian yang indah dan mendandaninya pada hari raya, maka Allah SWT akan mendandani/menghiasinya pada hari kiamat. Allah mencintai terutama setiap rumah, yang di dalamnya memelihara anak yatim dan banyak membagi-bagikan hadiah. Barang siapa yang memelihara anak yatim dan melindunginya, maka ia akan bersamaku di surga.”

Suatu ketika, pada Hari Raya Idul Fitri, Rasulullah seperti biasanya berkunjung ke rumah-rumah warga. Dalam kunjungannya itu, Rasulullah melihat semua orang bahagia. Anak-anak bermain dengan mengenakan pakaian hari raya. Namun, tiba-tiba pandangan Rasulullah tertuju pada seorang anak kecil yang sedang duduk bersedih.

Anak kecil ini memakai pakaian penuh tambalan dan sepatu rusak. Rasulullah lalu bergegas mengham pirinya. Melihat kedatangan Rasulullah, anak kecil itu menyembunyikan wajahnya dengan kedua tangannya dan menangis tersedusedu. Rasulullah lantas meletakkan tangannya di atas kepala anak kecil itu dan dengan penuh kasih sayang, lalu bertanya, “Anakku, mengapa kamu menangis? Hari ini adalah hari raya bukan?”

Seterusnya di sini ...

Read more...

Kari dan Kuah Air ZamZam ...?

>> 19.8.11

Semalam ke Klang urusan di pejabat eletrik. Dapat surat
'bekalan akan dipotong'. Bayar bil kat mesen selalu pun
ada masalahnya. Yang jadi mangsa ialah pengguna.

Kemudian, ke Tesco. Cari ikan besar nak masak kukus. Keciwa,
tak ada ikan besar. Dah habis. Kalau ikan kecil dah selalu
sangat. Urusan masak pun agak cerewet. Nak beli daging dan
tulang kambing pun tak ada. Akhirnya beli daging lembu.

Sampai di rumah, isteri masak nasi minyak kukus. Saya kontrak
masak lauk-lauk dan sayur. Daging dimasak dengan dua cara atau
jenis. Semua itu adalah ciptaan sendiri semasa bujang-bujang
dahulu. Ketika makan, seorang anak bertanya:
Kari yang abah buat ni guna Air ZamZam ke?.

Menu petang hari ini ialah nasi putih, pucuk paku masak lemak
dan gelama masin goreng. Ya salaam, alhamdulillah ...!

Read more...

Maksud Gambar Ini ...?

>> 18.8.11

Maksud Gambar Ini ...?

Gambar: TopengPerak.

Read more...

Silap silap ... Puding Serbuk Kari ...?

>> 17.8.11

Gambar hiasan. Google.

Minggu pertama Ramadhan, menantu dari Bandar Baru Nilai datang
dan bawa Puding Gula Hangus. Saya minta resepinya. Saya sangka
resepi mazhab Kelantan jauh berbeza. Rupa-rupanya lebih kurang
jer dengan mazhab Selangor.
Kalau ada pembaca lelaki yang kali pertama nak cuba buat puding
petang ini boleh cuba cara saya sebagai berikut:

Bahagian A.

1. Sediakan pelengat (loyang) yang hendak dimasukkan ke dalam
pengukus. Ukuran pelengat antara 20 - 25 cm. Masukkan 10 sudu
besar gula biasa. Ratakan. Usah biar terkumpul seperti busut.
2. Nyalakan api di dapur. Minimumkan nyalaan. Letakkan pelengat
yang sudah berisi gula tadi. Biarkan hingga semua gula menjadi
cair. Segera angkat pelengat dan letak di tempat selamat. Awas
dari anak kecil atau cucu.
3. Padamkan api dapur. Jimatkan gas.

Bahagian B.

1. Masukkan air ke dalam pengukus dan letakkan ke atas dapur
yang belum dinyalakan api.
2. Nyalakan api dapur. Maksimumkan nyalaan. Bila air mulai
mendidih, minimumkan nyalaan. Pendidihan air dalam pengukus
pun jadi minimum.
3. Masukkan 9 biji telur ayam ke dalam blender. Kulit telur
hendaklah dibuang ke dalam bekas sampah.

4. Masukkan pula sedikit (kira-kira 1 sudu kecil) garam halus.
Tujuannya untuk menghilangkan hanyir telur.
5. Masukkan juga 3 kuntum bunga cengkih yang telah ditumbuk
dalam lesung sambal yang dibasuh. Kalau lesung tidak dibasuh
nanti puding terasa pedas atau belacan. Tujuan memasukkan
bunga cengkih ialah untuk menghilangkan hanyir telur.

6. Masukkan pula 3 sudu besar tepung jagung atau kastad. Awas,
usah tersilap ambil bungkusan serbuk kari. Kecuali kalau anda
nak cuba puding pedas.
7. Masukkan pula susu pekat 1 tin.

8. Masukkan pula 2 cawan air bersih.
9. Tutup blender dan blend semua tu kira-kira 15 saat.
10. Buka tutupan blender dan masukkan isinya ke dalam pelengat
yang ada gula (Bahagian A.) tadi.

11. Masukkan secara berhati-hati pelengat itu ke dalam pengukus.
Tutup pengukus. Kalau suka, usah terlalu rapat. Biarkan kira-kira
40 - 45 minit.
12. Tutup api dapur. Keluarkan pelengat dari pengukus.
13. Tutup pelengat dengan pinggan nipis yang lebih besar.
Kemudian, terbalikkan. Haa, maksudnya pinggan penutup tadi
berada sebelah bawah dan pelengat pula berada sebelah atas.

14. Angkat pelengat secara perlahan. Puding pun sudah berada
dalam pinggan nipis tadi.
15. Sejukkan.

Read more...

Perihal BerSuami Ramai ...!

>> 16.8.11

Antara yang menggesa supaya Hukum Negara Islam membenarkan
seorang perempuan bersuami lebih dari seorang ialah Nadin Al-Badir.
Sesiapa yang mengikuti media Arab dan Inggeris tahu yang
dia ini sering berada di beberapa buah negara, selain dari
negara asalnya Saudi Arabia.

Itu satu hal. Hal kedua ialah mengenai seorang wanita MP yang
menjadi menteri (sekarang dah tersingkir) sebuah negara Islam
(bukan Malaysia) khabarnya bersuami dua dalam satu masa.
Seorang suami dalam negara dan seorang lagi di Italy.

Perihal ketiga ialah mengenai mantan seorang presiden sebuah
negara Islam. Dia berpoligami dengan seorang penjawat awam yang
masih bersuami. Hal ini terbongkar apabila mereka merujuk suatu
masalah ke hadapan mahkamah.
__________

Dukacitanya, hal-hal begini berlaku di kalangan muslim
yang bermazhab ahlis sunnah wal jama'ah.

Read more...

Wanita oh Wanita ...!

>> 15.8.11

Gambar hiasan. Wanita sedang jadi imam.

Pada 18 Mac 2005, Dr. Amina Wadud menjadi wanita pertama
yang mengimamkan solat Jumaat bagi para makmum lelaki dan wanita
di New York.

Pada 11 Jun 2010, Ms. Raheel Raza pula menjadi imam solat Jumaat
bagi golongan makmum lelaki dan perempuan di Oxford.

Dalam bulan Ramadhan sekarang ini, sebuah negara Islam di benua
Arab telah melantik beberapa imam wanita untuk solat Isyak dan
Tarawih di beberapa surau (musallayat) untuk para makmum wanita.
Namun, di beberapa buah surau, beberapa orang lelaki turut
menjadi makmum.

Sebelum ini, wanita menjadi imam solat kepada ahli keluarga
(lelaki dan perempuan) memang diamalkan di beberapa negara Islam
di Asia Barat.

Read more...

Gambar khas hari Ahad ... (Maaf sedikit sensasi)

>> 14.8.11

No comment ...!!!
Hanya fikir ...!!!
Khabarnya golongan pengemis di Russia ...?

Read more...

Semangat Ramadhan Golongan Melayu

>> 13.8.11

Gambar hiasan. Google.

Dalam bulan Ramadhan, ada golongan tertentu yang tidak suka
berjamaah di surau atau masjid yang terdekat dari rumah. Mereka
suka pergi ke surau atau masjid yang jauh-jauh. Khabarnya,
imam di sana itu sedap dari segi bacaan; atau, pergi ke masjid
yang jauh dari rumah akan dapat banyak pahala; dan bla bla ...

Saya cuba meninjau sumber-sumber syar'iy jika ada dalil mengenai
Rasulullah atau para sahabat yang selalu atau, sekurang-kurangnya,
pernah pergi ke surau atau masjid yang jauh-jauh dari rumah.
Setakat ini, tinjauan saya belum menemui sebarang dalil.

Read more...

Aik, wanita Iran sama macam wanita Melayu ...?

>> 12.8.11

Wanita Iran bertelekung macam wanita Melayu.

Dalam bulan Ramadhan, muslim Shi'ah tidak bertarawih seperti
muslim Sunniy. Tarawih mereka hanya beberapa malam dan beberapa
raka'at sahaja. Itupun solat bersendirian. Mereka mengikut apa
yang dilakukan oleh baginda Rasulullah dan dilakukan oleh para
sahabat baginda semasa pemerintahan Abu Bakr as-Siddiq.

Muslim Shi'ah berbuka puasa hanya memakan beberapa butir buah
kurma dan sedikit air kosong atau hanya menjilat sedikit garam
sahaja. Kemudian mereka terus solat maghrib tanpa bertangguh.
Cara mereka ini, menurut kepercayaan Shi'ah, adalah mengikut
perbuatan (sunnah) Rasulullah.

Ada juga golongan dalam aliran Sunniy dan Shi'ah berpendapat
tidak disunatkan tarawih dalam bulan Ramadhan di tempat awam.
Contoh alasan mereka di sini ...

Read more...

Amat memilukan (Gambar)

>> 10.8.11

Di Somalia ...?

Sedar-sedar dah beberapa hari tak buat posting.
Nak tulis posting pun mesti ada perkara yang boleh dibuat
celoteh. Nak celoteh hal ibadat, dilarang oleh syara' dan
memang tak ada ibadat luarbiasa. Yang wajib-wajib pun
tak setulin mana. Cacat dari berbagai sudut. Puasa Ramadhan
kurus jer. Gi supermarket, mata tak boleh tutup.

Antara yang boleh dicelotehkan sikit-sikit ialah pasal
makan. Makan bukanlah ibadat pada asalnya; tetapi boleh
jadi ibadat jika cukup syarat dan betul rukunnya. Hhmmm,
apa syarat dan rukun makan yang jadi ibadat?

Sedar-sedar dah masuk 10 hari berpuasa. Ada 19 hari lagi.
Kepada kebanyakan orang mungkin ada 20 hari lagi. Sebab,
kebanyakan orang berpuasa 30 hari; dan jarang berpuasa
29 hari.

Tak kiralah puasa 29 hari ke atau 30 hari. Yang pasti kita
berpuasa tapi masih sedap dan mewah makan-minum. Apa hal
dengan yang kat dalam gambar atas tu? Insan yang berada di
Somalia kini? Macamana kita nak bantu mereka?

Read more...

Rindu yang terkabul

>> 6.8.11

Nasrul dan Fathul.

Minggu nak puasa baru-baru ni, Naufal dan Dzakuan ada datang.
Walaupun tak bermalam namun OKlah, terubat rindu kami pada cucu.
Minggu ini mereka tak dapat datang. Kejap tadi Anis confirmed.

Sekejap tadi juga Farid hubungi emaknya bagitau mereka akan
sampai selepas asar nanti. Maksudnya, dua cucu kami yang kat dalam
gambar atas tu akan sampai. Dengan kehadiran mereka petang nanti
maka terkabullah rindu kami pada Nasrul dan Fathul.
Dah dua minggu tak jumpa mereka.

Read more...

Kaaahhhhh, kah kah ... Seronok memang seronok

>> 4.8.11

Kejap tadi merayau dalam YouTube.
Akhirnya jumpa yang dicari:



Ini lagi dan ini juga.

Patut dicuba. Jangan tak dicuba.
Sedap ooooooo ...
Seronok memang seronok ...

Read more...

Kari daging basi

Gambar hiasan. Google.

Semalam kami cuba beli lauk-pauk untuk berbuka. Kami beli
Sup Tulang dari seorang peniaga dan Kari Daging dari peniaga
lain. Nasi, kami masak sendiri.

Yang sedihnya, bila dah sampai di rumah, Kari Daging jadi
basi sebasi-basinya. Bau basi merayap ke seluruh rumah, sampai
ke tingkat atas. Anak dalam bilik atas tanya bau luar biasa apa
ni? Itulah kari entah berapa zaman. Kalau dimakan kari itu
memang sakit seluruh keluarga.

Hhmmm, masalah kejujuran dan kebersihan peniaga muslim?
Kari entah berapa zaman yang dipanaskan kemudian dijual.
Yang kami pula kenapa beli lauk-pauk dari pasar?
Sedangkan selalunya masak sendiri.
Nasib baik tak sempat dimakan.

Read more...

Resepi puding ciptaan baru

>> 3.8.11

Kuih akuk hiasan. Google.

Kalau nak ikutkan perasaan, nak tulis posting ini pun dah tak larat.
Letih sangat rasanya hari ini. Kalau masa budak-budak dulu mungkin
dah minta izin dari emak untuk berbuka.

Pagi tadi memproses beberapa jenis ubat. Hampir asar, ke Pejabat Pos.
Kemudian, temankan isteri ke pasar. Dia nak beli Kuih Akuk. Semasa ke
Kelantan baru-baru ini dia tak sempat beli kuih Akuk Kelantan. Macam
kempunan pulak dia. Begitulah halnya kalau dah jadi penagih kuih Akuk.

Sampai di pasar, tak ada kuih akuk. Saya cadangkan beli lauk-pauk
untuk berbuka nanti. Nasi masak sendiri. Beli juga air tebu. Nak tambah
tenaga. Di rumah, saya dah masak puding resepi ciptaan terkini.
Belum ada nama dan belum boleh cerita panjang.
Di hotel mungkin belum ada.

Read more...

Ikan Siakap Kukus, Kaaahhhhh, kah kah

>> 2.8.11

Isteri saya demam selama tiga hari.
Ramadhan pertama, saya suruh dia minum. Jika tidak,
saya akan bawa ke hospital untuk masuk air dalam
badan. Sekarang, Ramadhan kedua, dia dah sihat.

Dia tanya, berbuka nanti makan apa yang sedap?
Saya cadangkan yang di bawah ini:


Saya, tambah sebatang serai dan dua-tiga keping
asam keping (gelugur).

Read more...

Demam cabut gigi

Gambar hiasan. Google.

Isnin. Awal puasa Ramadhan. Kerajaan pun berpuasa pada hari yang
sama. Namun, raya kerajaan belum pasti. Mufti perlu pergi mencerap
terlebih dahulu. Saya dan astronomers lain akan beraya pada 30 Ogos.

Hari pertama, dan hari-hari berikutnya, berpuasa tiada masalah.
Kerana puasa itu bukan masalah. Ia adalah ibadah. Yang jadi masalah
ialah perkara-perkara lain. Isnin, saya sakit gigi dan berpuasa.
Lepas zuhur, pergi ke pusat kesihatan Bukit Kuda. Minta doktor
cabut gigi.

Lepas cabut gigi, balik dan tidur. Azan asar, terjaga. Bila hampir
waktu berbuka dah terasa demam pula. Semasa berbuka memang demam.
Solat maghrib pun secara duduk sahaja. Lepas solat, masuk bilik dan
tidur. Jam 3.15 pagi terjaga dan, alhamdulillah, demam dah sembuh.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP