Gambar hiasan. Google.
Pagi tadi ziarah rumah kawan di Jeram. Semasa balik, singgah
di Pantai Remis. Beli mentarang dan kerang XL.
Harga mentarang Rm6.00 sekilo dan kerang XL Rm3.50 sekilo.
Wow, tengahari ni, rebus mentarang dan bakar kerang. Puhhh,
sedapnyeerrr. Blogger ISA mungkin jaki nii ....
Read more...
Sepanjang bulan Syawwal penuh dengan jemputan ke rumah terbuka.
Ramai sungguh yang buat rumah terbuka. Mereka ini jemput
ramai sanak saudara dan rakan taulan supaya datang. Kalau
tak datang tak patut. Kita yang dah tua ni pun terpaksa
terhegeh ke sana terhegeh ke situ menunaikan jemputan.
Kebanyakan rumah terbuka menyediakan makanan biasa sahaja.
Seperti soto, nasi impit dan sedikit lauk-lauk. Lepas makan,
bersalaman, kemudian bersurai, balik. Tujuan mengadakan
rumah terbuka tak begitu jelas. Seolah-olah mengadakan rumah
terbuka itu sebagai tiru-tiru sahaja atau saja-saja nak buat.
Mungkin ada orang yang lapar soto atau geraguk nasi impit.
Paling menyampah, ada juga tuan rumah sedang berpuasa enam.
Tak hormat langsung pesanan Rasulullah.
Read more...
Sumber gambar dan cerita
Hari ini, Selasa, bersama blogger ISA. Sarapan di Alam Jaya.
Kemudian, ke nurseri anggur di Bukit Cerakah.
Jam 10.45, ke Sekinchan untuk berurusan. Singgah di kampung
saya sekejap. Kemudian ke Selera Rimba di Sungai Panjang.
Kami rasa ayam hutan goreng dan landak masak rendang.
Wow, memang sedap, nikmat dan lazat.
Semasa balik, singgah pula di restoran kedua Selera Rimba
iaitu Lembah Bernam di kampung saya. Kami order masakan
yang sama untuk keluarga di rumah.
Selera Rimba: 016 3160 344 (Hamka Jaafar)(Abang)
Lembah Bernam: 017 285 8603 (Karim Jaafar) (Adik)
Read more...
Jumaat, balik kampung ziarah ayah dan makcik.
Pergi ke rumah adik dan ke rumah kakak ipar.
Petang, ke rumah terbuka anak sedara sebelah isteri.
Malam, ke rumah terbuka jiran di belakang rumah.
Sabtu, 9.31 pagi bergerak ke MCKK. Tanpa henti. Sampai di
sana saya mohon izin guru bertugas untuk bawa Anas keluar
makan tengahari bersama. Semasa makan bagi sidikit motivasi
dan beberapa kritikan.
Sebelum begerak pulang, sekali lagi hubungi guru berkenaan,
berbincang dan ucap terima kasih.
Dalam perjalanan pulang berhenti di dua pusat hentian.
Hentian pertama, buang air dan minum-minum. Hentian kedua,
terima anugerah dari Allah iaitu solat jama' dan qasar.
Read more...
Semalam buat sidang video dengan Fawzan di USM Kubang Kerian.
Sebelum tu hanya SMS dan calling-calling sahaja. Zaman sekarang
dah canggih. Zaman dulu tak ada semua tu.
Kata Fawzan, lebih dari 200 students yang daftar kali ni. Yang
menariknya, dia telah dipilih menjadi ketua batch. Macam mana boleh
menang? Kempen tak ada dan manifesto pun tak ada. Kenal pengundi
pun tidak. OK lah tu. Asal jangan menang kerana pengundi hantu
atau pengundi PATI dah laa ...
Saya mungkin akan ke Kelantan lagi selepas 22 September ini.
Ada beberapa urusan segera mengenai Fawzan, terutama mengenai
perjanjian biasiswa JPA, untuk diselesaikan.
Sebelum ke Kelantan perlu ziarah Anas terlebih dulu.
Read more...
Bulan September ini sibuk pasal raya, daftar anak belajar dan
kawinkan anak di Kelantan. Jadual jumpa doktor mata di HS.
Mulai bulan Oktober nanti jadual aktiviti baru. Ada dua perkara penting
akan ditumpukan. Perkara kesatu ialah mengenai lawatan ke MCKK. Kami
akan melawat Anas setiap bulan dari Oktober 2011 hingga selesai
peperiksaan SPM 2012.
Perkara kedua ialah mengenai lawatan ke USM Kubang Kerian. Kami akan
melawat Fawzan setiap tiga bulan sekali mulai Oktober 2011 hingga
dia masuk ke semester lima atau enam. Jadual lawatan semasa dia dalam
semester tujuh hingga semester sepuluh, belum pasti bagaimana.
Semoga lawatan-lawatan kami akan menambah semangat mereka,
Anas dan Fawzan, semasa belajar. Semoga mereka terus cemerlang.
Amiin ya Rabb!!!
Read more...
Jam 9.05 pagi, 4 September 2011, kami bergerak ke Kelantan.
Sampai di Bentong, kenderaan dari arah hadapan (bertentangan)
dah mula penuh. Banyak yang tak boleh bergerak. Kesesakan kenderaan
dari arah hadapan berterusan hingga ke Gua Musang. Saya fikir,
kenderaan di jalan Bentong - Gua Musang, semasa perayaan, lebih
banyak dari kenderaan di Plus KL - Pulau Pinang.
Sampai di Kuala Kerai kami anak-beranak menginap dalam kampus Pusat
Latihan RISDA. RM150 untuk 4 bilik dengan 12 katil. (Gambar atas).
Anis anak-beranak dan Farid anak-beranak juga menginap di sini.
Pada 5 Septembar, dari sini kami ke rumah pengantin perempuan.
Jam 5.00 petang, kami berempat sahaja bergerak ke Kubang Kerian.
Farid, isteri dan anak-anak mereka bergerak ke Tumpat. Anis, Lily
dan anak-anak balik ke Selangor.
Kami berempat sewa hotal bersebelahan USM dan HUSM. Wow, sungguh
murah. RM69 untuk empat tilam. Saya tanya kaunter kenapa murah?
Dia jawab: Tok Guru surah sewa murah untuk orang yang berhajat.
Semasa ke Kota Bharu dalam bulan Julai lepas kami sewa hotel
bersebelahan padang Masjid Kota Bharu. Di situ pun murah juga.
Bila saya tanya kenapa murah? Jawapan kaunter di situ serupa,
iaitu: Tok Guru surah sewa murah untuk orang yang berhajat.
Fahamlah saya inilah yang dikatakan:
Niaga, Tolong dan Beribadat. Dapat Berkat.
6 September, pagi, ke USM. Daftar Fawzan belajar perubatan.
Siap daftar jam 11.00. Kami terus bergerak pulang ke Bukit Kapar.
Tak tunggu taklimat. Bukanlah menyombong, tapi taklimat itu
biasanya untuk ibu-bapa yang mendaftar anak pertama dan
mengenai kehidupan di universiti.
Dalam perjalanan, kami berhenti solat jama' dan qasar di Masjid
Pekan Bentong. Sampai di rumah jam 8.32 malam.
Read more...
Solat raya dengan anak dan menantu di rumah. Anis tak balik.
Dia, isteri dan anak-anak beraya di Melaka. Sebelah mertua dia.
Dzul kena kerja. Tak cuti.
Lepas solat kami balik kampung. Dari rumah ayah kami bergerak ziarah
para bapa-sedara dan ibu-sedara. Antara mereka lebih muda dari saya
tapi berpangkat tinggi dalam keluarga. Mereka semua adalah adik-adik
almarhumah emak. Emak saya adalah yang sulung.
Maghrib, kami balik ke rumah.
Raya kedua, Farid bergerak ke Kelantan. Ke rumah mertua dia. Tahun
lepas dia tak cuti. Saya melayan tetamu di rumah. Keluarga dan kawan-
kawan yang muda datang ziarah. Begitu juga di hari raya ketiga.
Raya ke empat, sedara-mara dari jauh bagitahu nak datang. Saya kena
tunggu di rumah. Begitulah adat orang yang dah tua. Tunggu orang-orang
muda datang. Masa kita muda dulu, kita yang ziarah orang-orang yang
lebih tua.
Besok, raya ke lima, ipar kenduri kahwinkan anak. Lusa, kami pula
ke Kelantan. 10 September ada kenduri kawin di kampung. 11 September,
sepupu pula kenduri kawinkan anak.
Hhmmmmmmmmm, bila nak rehat ni?
Demikianlah adanya!
Read more...