012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

TerSegera Lepak

>> 31.10.11

10.40 pagi ke kebun di Sekinchan. Sempat tanam 1 pokok Plum,
1 pokok Red Delicious Apple dan 1 pokok Granny Smith Aplle.
Semua berhampiran 3 pokok kuini yang ditanam semalam.

8.30 malam, tersegera lepak dengan blogger WartaMaya di suatu
lokasi. Dah lama tak lepak dengan dia. Macam-macam topik. Jam
10.32 kami bersurai.

Read more...

Tunjuk Buah

>> 30.10.11

Sumber gambar.

12.00 tengahari, bersama Mohd. Akhir, sampai ke kebun di
Sekinchan. Kelihatan semua rumput yang diracun pada 25 Oktober
lepas dah layu dan kering. Oleh kerana terlupa bawa mancis
maka tak jadi nak membakar. Insya Allah, sehari dua nanti
akan ke sana lagi.

Sebelum balik, sempat tanam tiga anak pokok kuini. Insya
Allah, jika umur panjang dan ada rezeki maka merasalah buah
macam dalam gambar kat atas tu. Hmmm, sedaapppp ...

Read more...

Masalah Kesihatan

>> 27.10.11

Sumber gambar.

Selasa malam Rabu, lepak dengan blogger ISA, sebelum dia keluar
negeri. Balik, sampai di rumah, badan rasa macam nak demam. Waktu
subuh tersedar secara mengejut. Lepas solat sambung tidur.

Sepanjang siang Rabu, baring dan tidur. Memang tak sedap badan.
Perut pun tak selesa. Selalu buang air besar tapi tak banyak.
Banyak buang angin dan rasa macam muak. Ringkasnya, memang
tak selesa dan kurang bermaya. Hingga pagi tadi.

Pagi tadi, Khamis, berjumpa doktor cerita keadaan kesihatan.
Saya lebih merasai diri sendiri dari doktor. Terpaksa ECG.

Semasa balik ke rumah, beli air kelapa. Minum semua.
Beberapa jam kemudian, semua masalah dah hilang.

Khasiat Air Kelapa ....

Read more...

Kaaahhhhh, kah kah, blogger ISA ....!

>> 23.10.11

Ahad. 8.22 pagi. Bergerak bersama blogger ISA menuju ladang
di suatu lokasi. Sampai sana, sebahagian rumput yang diracun pada
2 Oktober lepas dah layu. ISA nyalakan api. Aduuuhhhhh, takut saya
kalau pondok buruk tu terbakar. ISA selamba jer ....

Hampir jam 2.00 petang, kami makan. Lepas makan, bergerak balik.
Dalam perjalanan, kami singgah minum nira nipah. Wow, sedap yer!
Lain kali kami minum lagi. Al-maklum, minuman berkhasiat.

Pada hari Khamis lepas, kami ke Teluk Intan. Semasa balik, cadang
nak minum nira nipah kat Hutan Melintang. Tapi terlajak. Malas nak
berpusing balik. Sampai Tanjung Karang, ISA pekena mi-udang banjir.
Saya pekena sup tulang. Macam budaya jin, sukakan tulang.

Read more...

Maka Terjatuh Kereta Tolaknyeerrr ...

>> 17.10.11


Maka Terjatuh Kereta Tolaknyeerrr ...
Kaaahhhhh, kah kah ...
Lain yang diajar, lain pula yang diucap ...
Tapi kira SAH juga ...

Read more...

Akad Nikah yang melucukan

>> 16.10.11


Kaaahhhhh, kah kah ...!


Kaaahhhhh, kah kah ...!

Read more...

Wow, sedap nyeerrrrr ...!

>> 12.10.11

Gambar hiasan. Google.

Semalam, balik kampung hantar makcik. Sebelum bergerak, call
adik di kampung minta belikan ikan sepat liar, macam kat gambar
hiasan tu. Tak mahu ikan sepat yang dipelihara. Alhamdulillah,
dapat 16 ekor dengan kos Rm50.00.

Sampai balik di rumah, waktu maghrib. Lepas solat call adik
yang duduk di Puncak Alam. Jemput dia sekeluarga makan malam
bersama. Sebahagian ikan sepat dimasak sambal dan yang lain
digoreng. Nasi putih seperiuk dan pulut seperiuk.
Wow, sedap nyeerrrrr ...!

Khasiat Ikan Sepat.

Read more...

Meleleh air liur

>> 10.10.11

Gambar hiasan. Google.

Semasa kecil dulu al-marhumah ibu selalu rebus labu manis.
Biasanya di waktu petang. Air untuk rebusan sikit sahaja. Bila
air dah kering, sira dengan sedikit gula dan padamkan api.
Kemudian, ambil beberapa ketul labu dan letakkan ke dalam
pinggan. Makan guna sudu. Wow, sedaaapppp ....

Bila-bila nak buat macam tu .....
Meleleh air liur .....

Read more...

Ada apa-apa yang best ...?

>> 1.10.11

Khamis. Petang, balik kampung. Tengah malam, balik rumah.
Jumaat. Tengahari, balik kampung. Petang, balik rumah.

Sabtu, malam balik kampung. Dijangka, Ahad petang atau
malam, balik rumah.

Ada apa-apa yang best ...?

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP