012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Prihal Profesor Pencen ...? Kaaahhhhh, kah kah

>> 31.1.12

"Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari berkata, beliau tidak kisah gelaran sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya.

"UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya.

"Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.

Dr Aziz hari ini dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA.

Menjawab pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat UIA berkata, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Aziz berkata, beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor.

"Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya.

Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu."

Di sini ...
Berkaitan ...

Read more...

Ulam Rimba 3 Serangkai

>> 30.1.12

Antara ulam-ulam rimba ada juga yang khasiat mereka
berangkai. Maka dikatakan sebagai ulam-ulam berangkai.
Dan antara ulam-ulam berangkai yang dimaksudkan ialah
rangkaian Pegaga, Selom dan Ulam Raja.

Antara khasiat mereka seperti berikut ...

Read more...

Meronda di alam Maya

>> 24.1.12

Semalam ronda-ronda ke dalam blog beberapa sahabat maya.
Sampai dalam blog Moh Kembara terjumpa makanan yang saya minati
sangat-sangat.

Roti, keju putih (lebih masin dari keju biasa), jeruk buah
zaitun dan madu lebah. Nak lagi sedap, tambah ayam atau merpati
rebus yang dibakar tanpa garam. Fulamakkkk, nikmat dan lazat.

Tak dapat rasa makanan, rembat gambar pun kira ok lah.

Read more...

Lagi Ulam Rimba - Selom

>> 23.1.12

Antara ulam rimba yang enak lagi berkhasiat
ialah Daun Selom.

Ha ha, sambal belacan atau budu patut ada.
Memang kick punya ...

Khasiat Daun Selom

Read more...

Ulam-ulam Rimba

>> 20.1.12

Sumber gambar

Antara ulam-ulam rimba yang penting dan perlu ditanam
pokoknya di kebun ialah Ulam Raja dan Pucuk Janggus.

Khasiat Ulam Raja
Khasiat Pucuk Janggus

Read more...

Subuh-subuh sudah di kebun

>> 18.1.12

Pagi tadi, Rabu, pukul 7.00 lagi sorang kawan dah
sampai di kebun. Wow, tak terlalu awal ke tu. Semangat
berkubar-kubar.

Saya bergerak dari rumah jam 9.00. Singgah di IPD Kuala
Selangor ambil borang bantuan untuk bekas HG masa negara
dalam darurat dulu.

Kemudian, singgah di pejabat tanah. Bayar cukai kebun dan
ambil geran baru.

Sampai di kebun jam 12.22 tengahari.

Idea buat chalet di kebun mendapat sambutan dari beberapa
kawan. Hari ini tadi masih ada yang tanya mengenainya.
Jawapannya senang jer.

Chalet tu sebagai tempat rehat dan menginap. Masak-masak
cara zaman dulu. Guna periuk dan belanga yang diperbuat
dari tanah liat. Memasak guna kayu atau arang.

Makanan diletak atas daun pisang. Tumbuk sambal dalam
lesung kayu. Lauk ayam kampung dan ulam-ulam rimba.
Dan .... dan ..... dan ..... Fulamak ....

Read more...

Demam Chalet ... Kaaahhhhh, kah kah

>> 16.1.12

Petang semalam di kebun. Mulai rasa demam dan batuk.
Segera balik rumah. Demam semakin kuat. 10 malam kawan
ajak keluar minum-minum. Digagahi keluar hingga 11.55pm.

Sampai di rumah, demam semakin kuat dan batuk bertambah
teruk. Sepanjang malam tak selesa tidur.

Setelah subuh, pagi tadi, demam dan batuk mulai reda.
Hari ini berehat sepenuhnya. Semoga demam dan batuk akan
sembuh seluruhnya.

Besok, selesa, nak ke kebun lagi. Sebab, bahan-bahan
untuk buat sebuah chalet akan sampai. Tukang pun akan
memulakan kerja.

Niat di hati, sebelum Ramadhan, chalet dah siap.
Sesekali boleh berbuka atau bersahur di sana.
Suasana kebun yang sunyi, sepi tetapi segar.

Syukur, Demam Chalet!

Read more...

Selamat menjalani pembedahan

>> 13.1.12

Minggu lepas, Jumaat, bawa ayah ke Hospital Selayang.
Tangguh projek nak laser batu karang dalam buah pinggang.
Insya Allah, tiga bulan lagi pemeriksaan susulan.

Isnin, bawa Anas masuk wad di Hospital Putrajaya.
Selasa pagi, selamat menjalani pembedahan.
Rabu petang, dibenarkan balik ke rumah.

Rabu pagi, Fawzan selamat menjalani pembedahan kecil
pada pangkal gusinya di Hospital USM Kubang Kerian.

Khamis, lepas subuh, ke kebun. Kawan tolong buat tandas.
Kemaskini sekeliling beberapa pokok pisang.

Hari ini, Jumaat, berehat.

Read more...

Wow, nampak macam sedap lagi lazat

>> 8.1.12

Masakan tengahari ini.

Hari ini ada mood nak turut ke dapur. Tapi, nak masak apa
yer? Fikir punya fikir, minta tolong isteri belikan daging.

Setelah direbus seketika barulah dipotong dan dimasak
menggunakan resipe baru dicipta. Dalam gambar atas tu
ialah hasil masakan yang dimaksudkan. Tapi belum dirasa.

Wow, nampak macam sedap lagi lazat!

Read more...

Huh, tak sangka dah PJK ...?

>> 5.1.12

Gambar atas diambil pada 10 Disember 2011.

Melalui gambar itu dapat tengok diri sendiri yang dah jauh berubah.
Memang banyak yang dah berubah. Selain usia, bentuk badan juga berubah.
Sekarang dah gedempol, bukti ada berbagai penyakit.
Haa, badan pun dah PJK.
Kaaahhhhh, kah kah.

Read more...

Wow, merempit hari ni ...?

>> 3.1.12

Selasa, 3 Januari 2012. Usia bertambah setahun lagi, semalam.
Lepas solat subuh, pecut hantar Anas ke MCKK. Dari rumah ke sana
hanya memakan masa 2jam 14minit.

Lepas keluarkan barang-barang ke asrama, bawa Anas beli tiket bas
untuk balik pada hari Sabtu esok. Kemudian, ke Masjid Ridhwaniyah dan
makan-makan di gerai tepi sungai bandar KK.

Lepas tu hantar semula Anas ke asrama. Kemudian, pecut balik
ke Bukit Kapar. Ada dua tempat jerangkap had laju. Tak pasti
sama ada kena atau tidak. Dari MCKK ke Bukit Kapar hanya
memakan masa 2jam 12minit.

Wow, merempit hari ni ...?

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP