012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Abby Abadi ... Sebuah video penshare ...

>> 31.5.12


Tahniah ... Tahniah ...!!!

Sumber:http://btmmari.blogspot.com/2012/05/videoabby-abadi-forum-di-cheneh-30-mei.html

Read more...

Cara mera'ikan besan ...

Petang Isnin, besan dari Kuala Kerai sampai
di rumah anak. Kami tak sempat ziarah kerana
masih bercuti di SantaiD'Rimba. Balik malam.
Cadang nak jumpa pada hari Selasa. Tapi tak
jadi jumpa kerana bapa-sedara (paktih) saya
meninggal dunia di kampung.

Alhamdulillah, hari Rabu dapat jumpa.
Selepas borak dan makan, saya bawa mereka
ke kampung saya dibesarkan. Meninjau juga
kawasan sawah padi Tanjong Karang, Sungai
Panjang dan Sungai Besar. Akhir sekali,
melawat kampung saya di lahirkan.

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke
SantaiD'Rimba. Kemudian, singgah pula di
tempat menjamu selera.

Insya Allah, bila-bila, kami akan ke
Putrajaya dan ke Negeri Sembilan.
Hari ini, saya perlu berehat.
Di rumah.

Read more...

Gambar Membawa Keinsafan

>> 27.5.12

Gambar Membawa Keinsafan

Read more...

Cantik laa gambar ni ...!!!

>> 26.5.12

Bila meneliti gambar kat bawah ni, teringin
kalau dapat sebuah. Boleh pusing Semenanjung. Hmmm,
berapa agak-agak kos sebuah?

Read more...

Gambar Kenangan. Setahun Berlalu

>> 25.5.12

Soh seh soh seh, genap setahun, mengikut
kalendar Masihi. Pada 25 Mei 2011, saya menjalani
pembedahan mata kiri.

Alhamdulillah. Dah sembuh.

Read more...

Wow, makwer tanam kelaperrr

>> 24.5.12

Semalam, Rabu. Isteri dan Wah tanam 12 pokok
kelapa Matak dan dua pokok kelapa Pandan. Insya Allah,
minggu depan akan tanam kelapa Rambai pula.

Read more...

Sistem Tadahan Air SantaiD'Rimba diBom

>> 23.5.12

SantaiD'Rimba menggunakan sistem tadahan air
untuk pelbagai guna. Namun, sistem tersebut belum
beroperasi sepenuhnya di musim kemarau ini.

Semalam, sistem tersebut terpaksa ditukar kepada
sistem paip biasa. Sebab, dua ekor cicak telah
menjatuhkan bom masing-masing tepat pada alat
tadahan. Hmmm, macam mana nak berwudhuk, nak
minum, nak mandi, etc.

Hari ini hanya kemas-kini peralatan sekitar
paip yang baru dipasang.

Read more...

Dua hari punya kerja

>> 22.5.12

Semalam, jam 10.45 sampai di SantaiD'Rimba.
Tengahari, sorang kawan datang berborak. Lepas
zuhur, lagi sorang kawan datang borak-borak.
Sempat kerja sekejap sahaja.

Malam, menginap di Chalet Abu Nawas. Seronok.

Hari ini, Selasa. Pagi dan petang dapat buat
kerja dengan selesa. Cuaca mendung sepanjang
hari. Gambar bawah adalah sebahagian dari
hasil kerja dua hari.

Read more...

Tak larat

>> 19.5.12

Sabtu. Hari anak-cucu dan orang kenduri-kendara.
Tapi, anak-cucu tak datang dan orang kenduri pun tak ada.
Maka kami pun ke SantaiD'Rimba.

Di sana, saya berbincang dengan tukang untuk besarkan
chalet. Cadang nak luaskan 15x15 kaki lagi. Lepas tu akan
luaskan lagi hingga jadi sebuah rumah kampung yang baru;
dan mampu menempatkan beberapa keluarga dalam
satu-satu masa.

Sebelah petang, sediakan kawasan untuk tanam sayur.
Hanya dapat seluas macam dalam gambar bawah tu sahaja.
Tak larat nak buat kerja lebih.

Read more...

Rimpi oooohh Rimpi

>> 18.5.12

Saya masih ingat semasa kecil-kecil dulu
selalu tolong ibu buat Rimpi.

Caranya ialah Pisang Awak dibelah dua atau tiga.
Disusun dalam nyiru dan dijemur. Setelah dua atau
tiga hari dijemur jadilah Rimpi.
Alaaahhhh, macam Pisang Salai tuuuu ...

Jadi, minggu depan ni, saya bercadang nak cari
dua-tiga tandan Pisang Awak untuk dibuat Rimpi.
Wwwooowwwwww, lazatnyeerrrrr ....!!!!
Boleh dimakan segar atau digoreng.
___________________
Kemaskini:
Cayer ker harga Rimpi kini RM18.00/1kg...?
Cara Buat Rimpi ...

Read more...

Eh, Botol ker Botor ...?

>> 17.5.12

Semalam, Rabu. 11.35 bergerak ke Hospital
Tanjong Karang. Ziarah suami ibu-sedara sakit.

2.00 petang, singgah di SantaiD'Rimba. Solat.
3.00 petang, bergerak ke Sg. Besar. Ziarah pakngah,
adik almarhumah ibu.

5.50 petang, ke SantaiD'Rimba semula. Tanam
tujuh rumpun kacang botor. Isteri tanam
kacang panjang dan limau purut.

Read more...

Berehat sambil main golf

>> 16.5.12

Senja di SantaiD'Rimba

Isnin. Jam 11.55 siang, kami sampai ke SantaiD'Rimba.
Petang, sempat buat kerja-kerja sekitar chalet.

Malam, menginap di Chalet Abu Nawas. Adik, bersama
suami dan anak serta seorang lagi anak buah kami
ikut menginap di situ.

Selasa, pagi, sambung sedikit kerja. Tengahari,
ronda seluruh kampung cari orang jual ikan sepat.
Petang, sambung sedikit kerja.

Rasanya, dalam usia begini, kerja kebun satu jam
sehari dah kira ok lah tu. Berehat sambil berkebun
sebagai ganti kepada berehat sambil main golf.

Read more...

Wowww, SubhanaLLAH, indahnyeerrrr

>> 11.5.12

Wowww, SubhanaLLAH, indahnyeerrrr

Read more...

Video berilmu

Read more...

First Lady tanpa nikah

>> 8.5.12

First Lady tanpa nikah
Ceritanya di sini ...

Read more...

Wow, Wajahmu sungguh Indah ...!

>> 7.5.12

The full moon rises behind a mosque as
birds fly in Amman May 5, 2012. Saturday will see
the rise of a full moon called the "Super Moon" when
it arrives at its closest point to the Earth in 2012.
(REUTERS/Ali Jarekji)

Sumber:http://photos.mercurynews.com/2012/05/super-moon-shines-on-as-brightest-and-closest-of-2012/10379/

Read more...

Majlis Perkahwinan

>> 6.5.12

Sabtu. Ke rumah besan di Bandar Seri Putra.
Dia buat kenduri kahwin anak ketiga.

Dari kiri: Bapa pengantin perempuan (masih Kristian),
pengantin lelaki (anak ketiga besan), pengantin perempuan
(dah lama menganut Islam) dan nenek pengantin lelaki.

Semoga keluarga pengantin perempuan mendapat
Taufiq serta Hidayah dari Allah ... Amiin.

Read more...

Kesihatan bertambah baik

>> 4.5.12


Jumaat. Jam 6.28 pagi terima SMS dari Fawzan.
Dia dah sampai di Klang Sentral dari KB. Dia nak
solat subuh di terminal.

Hari ini public holiday di wilayah SantaiD'Rimba.
Namun, saya tak ke sana sejak Selasa lepas.

Walaupun tidak hari-hari ke SantaiD'Rimba tetapi
kesihatan terus bertambah maju dan baik. Pada 3 Mac,
berat badan ialah 77.9kg. Pada 3 April, berat dah kurang,
iaitu 75.7kg. Pada 3 Mei semalam, timbangan badan lagi
kurang, iaitu 73.8kg.

Keadaan perut juga bertambah baik. Kini sudah
mengempis kira-kira 3 inci. Semua seluar ketika muda
boleh dipakai semula. AlhamduliLLAHI ...!!!

Read more...

Wow, bermotosikal dalam kebun ...?

>> 3.5.12


Seorang sahabat datang ke SantaiD'Rimba.
Dari jauh, dia nampak saya macam sedang bermotosikal.
Secara pantas dia meneka projek baru yang sedang saya
usahakan.

Apabila sampai di lokasi, dia terkejut kerana
saya sedang memotong rumput dan bukan sedang
bermotosikal.

Hah ha, begitukah persepsi ....?
Apakah puncanya ...?

Read more...

Wajah sebenar ...

>> 2.5.12

Isnin. Bersama isteri ke SantaiD'Rimba. Malam,
menginap di Chalet Abu Nawas. Kali pertama Stesyen Letrik
SantaiD'Rimba beroperasi. Malam ini, hilang keaslian bunyi
dan suasana SantaiD'Rimba. Suara generator mengatasi semua
bunyi. Dengan itu hilanglah keseronokan 'back to the nature'
yang dirancang.


Wajah sebenar Stesyen Letrik SantaiD'Rimba

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP