Kesihatan bertambah baik
>> 4.5.12
Jumaat. Jam 6.28 pagi terima SMS dari Fawzan.
Dia dah sampai di Klang Sentral dari KB. Dia nak
solat subuh di terminal.
Hari ini public holiday di wilayah SantaiD'Rimba.
Namun, saya tak ke sana sejak Selasa lepas.
Walaupun tidak hari-hari ke SantaiD'Rimba tetapi
kesihatan terus bertambah maju dan baik. Pada 3 Mac,
berat badan ialah 77.9kg. Pada 3 April, berat dah kurang,
iaitu 75.7kg. Pada 3 Mei semalam, timbangan badan lagi
kurang, iaitu 73.8kg.
Keadaan perut juga bertambah baik. Kini sudah
mengempis kira-kira 3 inci. Semua seluar ketika muda
boleh dipakai semula. AlhamduliLLAHI ...!!!
0 comments:
Post a Comment