Hah haaa, selepas Subuh
>> 22.7.12
subuh terus ke kebun sorang diri. Wow, seronok musafir
pada waktu begini. Pengguna jalanraya tak ramai.
Sampai di Sekinchan, beli dua kg. ikan haruan. Dapat
sembilan ekor. Cadang nak dikeringkan. Kami suami-
isteri memang geraguk haruan kering sejak kecil.
Ahad. Lepas solat subuh, kami ke kebun lagi. Isteri
tinjau pokok-pokok yang ditanam. Saya menyemai kurma
mega. Cadang nak tanam lima pokok jenis ini.
Selepas solat zuhur, petik pucuk ubi kayu putih,
peria katak dan kacang panjang. Hhmmm, kami dah
dapat berjimat. Ramadhan adalah bulan berjimat.
0 comments:
Post a Comment