012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Isteri dapat rezeki

>> 31.5.13

Gambar hiasan. Google.

Alhamdulillah, sekarang ini semakin seronok berkebun.
Terutama isteri saya. Kami bukan sahaja dapat melakukan
aktiviti kesihatan tetapi dapat juga menambah kewangan
keluarga. Ubi kayu (kuning, putih & merah), pucuk ubi,
ulam raja, jantung pisang, serai, pegaga, cili padi,
daun kunyit dan lain-lain semua laku dijual.
Peria katak, pucuk pokok betik dan terung
pipit liar pun ada harga oooo. Hanya
barang yang tak cukup.

Read more...

Wow. Banyaknya khasiat

>> 30.5.13

Gambar hiasan. Google.

Selain dari serai wangi saya ada tanam serai biasa.
Serai biasa ini ada dua jenis. Satu jenis, rumpunnya
terlalu rimbun dan berserabut. Sejenis lagi, rumpunnya
agak kemas dan tidak berserabut. Batangnya kelihatan
lebih besar dan mantap. Segak dan tampan.
(Gambar disiarkan suatu masa nanti).

Khasit Serai .....

Read more...

Alhamdulillah. Kira dah selesai

>> 29.5.13


Alhamdulillah, pada dasarnya, urusan-urusan Anas
untuk sambung belajar sudah siap dan sudah settle pada
tengahari tadi. Borang-borang, surat-surat agreement, pematian
setem, laporan pemeriksaan kesihatan, bayaran yuran pengajian,
akaun bank, berbagai fotostet, barang-barang keperluan
semasa di kolej pun sudah siap sedia. Hanya tunggu
tarikh pendaftaran sahaja lagi.
Semoga Allah permudahkan ...!

Read more...

Tapai ubi kayu kuning

>> 28.5.13

Hari ini, ke kebun bersama isteri dan Anas. Saya
buat kerja-kerja remeh sekitar SantaiD'Rimba. Anas tolong
emaknya cabut ubi kayu kuning. Cadang, nak dibuat tapai.
Mungkin lebih dari 50kg. yang dicabut (gambar bawah).


Khasit Tapai Ubi .....

Read more...

Lagi Rezeki dalam Semak

>> 25.5.13

Minggu ini cucu-cucu tak datang. Jadi, saya dan
isteri berihat di kebun. Semasa meninjau semak-semak
di sekitar SantaiD'Rimba terjumpa lagi beberapa pokok
kacang bendi, pokok letup dan pohon peria katak.

Minggu depan, nak sedia tapak untuk tanam sayuran yang
sudah pupus. Sekurangnya lima jenis sayuran.

Read more...

SantaiD'Rimba: Pagi dan Petang

>> 24.5.13

Sampai ke SantaiD'Rimba, jam 10.44 pagi.
Memang semak dan memang rimba (gambar atas).

Lepas Jumaat, beli mesin potong rumput RM270.00.
Belum sempat saya guna, isteri dah pintas dahulu
(gambar bawah). Saya dapat giliran terkemudian.

Insya Allah, minggu depan, akan bersih.

Read more...

Pokok Pisang disimpan dalam rumah

>> 23.5.13

Gambar hiasan. Google.

Barang-barang di kebun yang baru hilang ialah penyorong
barang dan penggali tanah. Pencuri seperti seronok ke kebun
semasa ketiadaan saya di sana. Mulai sekarang, semua barang
mesti disimpan dalam rumah. Kalau boleh, pokok pisang juga
disimpan dalam rumah (90% buah pisang telah dicuri).

Insya Allah, minggu depan, saya akan beli mesin rumput dan
wheel-barrow baru. Semuanya akan disimpan dalam rumah. Selain
itu nak semai dan tanam beberapa jenis sayuran dan ulaman
yang telah lupus musim. Aamiin ya Rabb.

Read more...

Betul ke asal-usul ulam ni dari ...?

>> 22.5.13


Tengahari tadi balik kampung. Tengok keadaan tambak
rumah yang ditinggalkan oleh emak dan ayah. Cadang nak
dikemaskini dalam bulan Julai nanti. Selain itu, tinjau
kawasan tapak surau yang ayah wakafkan. Cadang nak
dikemaskini sebelum menjelang Ramadhan.

Semasa balik, singgah sebentar di kebun. Isteri sempat cari
jantung pisang dan buah peria katak (gambar kat atas).

Khasit peria katak .....

Read more...

Semangat belum berkubar-kubar

>> 19.5.13

Alhamdulillah, badan semakin sihat dan segar.
Semangat berkebun pun dah pulih. Cuma belum berkubar-kubar.

Semalam dan hari ini, masih berihat di rumah. Nak hilangkan
letih dan kesan-kesan demam. Cadangan, Rabu atau Khamis
nanti mulai ke kebun. Mungkin ada idea baru.

Isnin dan Selasa nak tolong Anas buat persiapan melanjut
pelajaran. Ke Ireland? Belum pasti. Setakat ini, dia dah
dapat ASASI SAINS UiTM. Semoga cita-cita dia nak jadi
doktor macam abang-abangnya akan tercapai. Amiiin!

Read more...

Dalam semak ada rezeki (Edited)

>> 18.5.13

Semalam, kali pertama ke kebun selepas demam.

Badan sihat pun tak boleh berkebun kalau tak ada
semangat. Jadi, semalam tu, kira pungut dan suntik
semangat untuk berkebun. Mudah-mudahan minggu depan
boleh berkebun semula. Ramadhan pun dah nak tiba.
Beberapa jenis tanaman perlu disemai sekarang.
Contoh, timun Suri atau timun Cendol.

Keadaan sekeliling SantaiD'Rimba sungguh semak.
Yang banyak ialah rumput israel. Kepalang racun
dia semakin subur. Hmm, israel, israel.

Gambar atas contoh semak depan SantaiD'Rimba.
Namun, dalam semak tu ada rezeki. Antaranya
pokok terung pipit dan kacang bender liar.
SubhanaLLAH ....!!!!!!

Read more...

Sehat tapi belum pulih

>> 9.5.13


Sejak 27 April, saya demam beberapa hari dan berikutnya
sembuh untuk beberapa hari sebelum demam kembali. Keadaan
begitu hingga semalam. Dan saya tidak makan sebarang ubat.

Namun, petang semalam saya terpaksa ke klinik menemui doktor
dan minta beliau periksa kandungan darah saya. Sah, darah saya
telah dijangkiti kuman. Jika pemeriksaan begitu di hospital,
pasti saya dah berehat dalam wad. Sekarang saya kena
ambil ubat antibiotik.

Read more...

Lepaskan Rindu

>> 4.5.13

Petang semalam jenguk kebun. Dah seminggu tak ke sana.
Isteri, Fawzan, Anas, Radhi dan Fadhil bergotong royong
cabut ubi. Saya hanya memerhatikan.

Hari ini berehat. Selewat-lewatnya pagi besok, semua
anak akan balik. Mereka mengundi di Bukit Kapar. Saya
dan isteri akan balik kampung. Kami mengundi di sana.

Dalam perjalanan balik mengundi memang seronok.
Akan melalui beberapa kelompok perayu undi. PRU yang
dulu-dulu kami tak tunjuk bendera. Semua parti merayu.
Namun, PRU besok kami akan pasang bendera parti pada
kereta. Besok, khabarnya, PRU paling meriah dalam
sejarah Malaysia.

Read more...

Alhamdulillah ... Mulai sihat dan segar

>> 1.5.13

Gambar hiasan. Saya beberapa tahun lalu.

Sabtu lepas, 27 April. Semasa berada di kebun, kira-kira
jam 3.30 petang, sedang mencabut beberapa rumpun ubi, tiba-
tiba saya diserang demam. Saya berehat dan tidur sebentar
di SantaiD'Rimba.

Sampai di rumah, demam terus meningkat. Isteri dan anak-
anak nasihatkan saya supaya makan ubat atau ke klinik.
Namun, jawab saya: Abah cuba bertahan tanpa makan apa
jua ubat. Kalau tak tahan nanti abah akan makan.

Hari Ahad, Isnin dan Selasa adalah waktu yang sungguh
berat. Ketika itu saya hanya makan buah betik, mangga
dan nenas. Minuman pula ialah air sup ikan dan air
kuah singgang ikan kembung. Nasi tak sentuh.

Alhamdulillah, mulai malam tadi dan hari ini Rabu,
badan mulai sihat dan segar. Khusus pada hari ini
semangat pun bertambah kuat kerana dapat berita
Fawzan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP