Alhamdulillah ... Mulai sihat dan segar
>> 1.5.13
Sabtu lepas, 27 April. Semasa berada di kebun, kira-kira
jam 3.30 petang, sedang mencabut beberapa rumpun ubi, tiba-
tiba saya diserang demam. Saya berehat dan tidur sebentar
di SantaiD'Rimba.
Sampai di rumah, demam terus meningkat. Isteri dan anak-
anak nasihatkan saya supaya makan ubat atau ke klinik.
Namun, jawab saya: Abah cuba bertahan tanpa makan apa
jua ubat. Kalau tak tahan nanti abah akan makan.
Hari Ahad, Isnin dan Selasa adalah waktu yang sungguh
berat. Ketika itu saya hanya makan buah betik, mangga
dan nenas. Minuman pula ialah air sup ikan dan air
kuah singgang ikan kembung. Nasi tak sentuh.
Alhamdulillah, mulai malam tadi dan hari ini Rabu,
badan mulai sihat dan segar. Khusus pada hari ini
semangat pun bertambah kuat kerana dapat berita
Fawzan dalam perjalanan pulang ke rumah.
2 comments:
Semoga Allah terus bagi kesihatan untuk pakcik sekeluarga. Suka baca blog pakcik. May Allah bless you:)
Terima kasih Um. Insya Allah pakcik mulai sihat.
Post a Comment