Pagi lagi sudah disapa rezeki
>> 27.4.13
oleh nombor yang tidak dikenali. Setelah memberi
salam, wanita itu memperkenalkan diri sebagai
usahawanita tapai ubi. Dia minta isteri saya
bekalkan kepadanya ubi kayu kuning setiap
dua hari. Dia perlukan bekalan ubi.
Alhamdulillah! Tapi, manalah ada ubi sebanyak
itu. Kami tanam ubi sekadar bersuka dan bersyukur
kepada Allah sahaja.
Namun, insya Allah, kami akan bekalkan sekadar
yang ada di kebun. Sebagai tidak menghampakan.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi
Maha Pemurah. Maha Suci Allah!
0 comments:
Post a Comment