012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Siri semaian terakhir keratan Pokok Zaitun (Olive)

>> 30.8.13

Jam 9.53 pagi dah sampai ke SantaiD'Rimba.
Semai dua keratan batang pokok zaitun (gambar atas).
Ini adalah keratan terakhir tahun 2013. Jumlah semua
dalam semaian kini ialah 22 batang (gambar bawah).

Read more...

Lagi semai benih Pokok Zaitun (Olive)

>> 26.8.13


Kira-kira jam 11.00 tengahari sampai ke kebun. Setelah
meninjau persekitaran, terus buat kerja. Kerja pertama ialah
menyemai enam batang keratan pokok sayur turi atau geti. Ini
ialah tambahan kepada semaian-semaian yang lepas. Kemudian,
menyemai enam batang keratan pokok zaitun (gambar bawah).

Sebelum pulang, kira-kira jam 4.15, buat dua lagi keratan
batang benih pokok zaitun (gambar atas).

Read more...

Semai benih pokok zaitun (olive)

>> 23.8.13


Semalam, Khamis. Jenguk SantaiD'Rimba sekejap.
Sempat semai 14 keratan batang benih pokok zaitun yang
dibuat pada 16 Ogos, minggu lepas (gambar atas).

Kemudian, buat enam keratan lagi untuk disemai pada
minggu hadapan, insya Allah. (Gambar bawah).

Read more...

Pergi dan balik solat di Masjid yang sama

>> 21.8.13


18 Ogos 2013, jam 10.28 pagi, bergerak menuju
Kota Bharu, Kelantan. Tujuan kami ialah menghantar
Fawzan ke USM Kubang Kerian dan ziarah cucu termuda,
Sofiyyah, di Kuala Kerai.

Dalam perjalanan, kami berhenti solat di Masjid Paloh
(kalau tak silap), Gua Musang. Di situ juga kami buka
bekal makanan yang kami bawa. Semasa pulang ke Selangor
kami berhenti di masjid itu lagi untuk solat.

Read more...

Benih Keratan Zaitun

>> 17.8.13

Kenapa gambar ni tumbang?

Semalam, Jumaat. Ke kebun hingga jam 4.30 petang.
Sempat buat beberapa semaian dan pangkasan. Sempat
juga buat keratan cabang-cabang pokok zaitun untuk
pembiakan benih. Dapat 14 keratan. Insya Allah,
setelah direndam dalam hormon selama seminggu
ia akan disemai. Semoga bertunas dan hidup.

Hari ini, Sabtu. Ada beberapa jemputan ke tempat
kenduri kahwin. Tak pergi, memang tak patut.
Esok, Ahad. Out-station selama tiga hari.

Read more...

Khasiat Pokok Cili Padi

>> 15.8.13

Khasiat Pokok Cili Padi

Rabu, ke kebun bersama cucu kembar, Nasrul dan Fathul.
Kurang selesa bekerja dengan ragam cucu-cucu yang sedang
lincah. Jam 3.20 bergerak pulang.

Khamis, di PTL mengubah semaian petola dan menyemai cili
padi. Kemaskini beberapa semaian lain.

Read more...

Beberapa Sudut PTL

>> 13.8.13

Selasa. Setiap kali hendak bergerak ke kebun call
masuk beritahu tetamu hendak datang beraya. Akhirnya,
terpaksa batalkan hasrat. Utamakan tetamu raya.

Sementara menunggu ketibaan tetamu rakam gambar
beberapa sudut PTL. Maaf, tanpa ulasan.

Read more...

Tuai Semaian Tumpang (Edited)

>> 10.8.13

Jumaat. Lepas solat subuh, terus buat
aktiviti-aktiviti PTL di depan rumah. Semai benih
kacang buncis, petola, bunga matahari dan lain-lain.
Jam 11.00 tuai kangkung hasil Semaian Tumpang.

Gambar atas: Anak pokok sweet cherry dalam sebuah pasu.
Sekelilingnya ada enam pokok kangkung (semaian tumpang).
Pucuk kangkung baru sebentar dituai. Setiap tunggul
kangkung ada dua pucuk yang baru bertunas.

Maksudnya:

Tuaian pertama (kali ini):
6 pucuk x 5 pasu tumpang = 30 pucuk.
Tuaian kedua (akan datang):
12 pucuk x 5 pasu tumpang = 60 pucuk.
Wow. Alhamdulillah!!!!!!!

Read more...

Dah siap sedia

>> 6.8.13


Lepas solat subuh terus kerja PTL depan rumah.
Kebanyakan benih sayur yang disemai mulai bercambah.
Insya Allah, kami dapat mengurangkan pembelian
sayur dan ulam-ulam dari pasar.

Anak-anak, menantu serta cucu-cucu yang
dijadual raya bersama sudah pun berkumpul.
Mereka memulakan cuti sejak hari Sabtu.

Tahun (raya) ini adalah kali kedua saya
dan isteri tak balik kampung.

Read more...

Kupas Kelapa dan Asah Parang-Pisau

>> 5.8.13

Pagi-pagi dah buat kerja depan rumah.
Mula-mula kupas lima biji kelapa. Buang sabut.
Guna parang sahaja. Selesai kupas kelapa, asah
parang besar, pisau besar dan pisau kecil. Besok
nak potong tulang lembu tak perlu kapak atau
mesin. Maksudnya, untuk potong memotong
dah siap sedia.

Dua anak, dua menantu dan empat cucu dah sampai
di Kelantan. Mereka beraya di sana. Insya Allah,
saya dan isteri akan ke sana setelah selesai
puasa enam. Lepas beraya di Kelantan nanti
kami akan beraya di Pahang, insya Allah.

Kepada semua pengunjung blog ini:
Selamat Hari raya. Maaf salah-silap,
zahir dan batin.

Read more...

Ubah dan Pindah

>> 1.8.13


Antara aktiviti di SantaiD'Rimba pagi tadi
ialah mengubah anak-anak pokok plum yang mulai
tumbuh pada 23 Julai ke dalam bekas yang lebih
besar. Selasa, kelmarin, ia telah dipindahkan
dari PTL. Sebulan-dua lagi, insya Allah, ia
boleh dipasarkan.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP