Benih Keratan Zaitun
>> 17.8.13
Semalam, Jumaat. Ke kebun hingga jam 4.30 petang.
Sempat buat beberapa semaian dan pangkasan. Sempat
juga buat keratan cabang-cabang pokok zaitun untuk
pembiakan benih. Dapat 14 keratan. Insya Allah,
setelah direndam dalam hormon selama seminggu
ia akan disemai. Semoga bertunas dan hidup.
Hari ini, Sabtu. Ada beberapa jemputan ke tempat
kenduri kahwin. Tak pergi, memang tak patut.
Esok, Ahad. Out-station selama tiga hari.
2 comments:
assalamualaikum......
boleh ke klu sy nak beli keratan zaitun tu? dan dulu ada terbaca pasal pokok fiq. masih ada untuk dijual?
W'salam Rini,
Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
Maaf, keratan zaitun yang ada masih untuk pembiakan peribadi. Anak pokok tin (fig) sudah habis. Insya Allah, saya akan menyemai lagi.
Post a Comment