012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Wow .. Bonzai Pokok Tin

>> 29.4.14

Sumber ...

Malam ini study asas nak buat bonzai
pokok tin (fig). Di kebun ada beberapa
pokok yang mungkin boleh dimanfaatkan.
Khabarnya, pokok dari semaian biji
lebih mudah untuk dibentuk. Apa
pun, saya belum pernah bermain
dengan apa jua jenis bonzai.

Read more...

Pokok Zaitun: Lagi kurniaan Allah

>> 28.4.14

Lepas Subuh, lepak-lepak di PTL.
Bermesra dengan hasil tanaman serta
tumbuhan. Kemudian, mengubah sebatang
anak pokok Zaitun ke dalam pasu. Ini
ialah anak Pokok Zaitun ke-10 dalam
tahun 2014. Alhamdulillah, syukur
yang tidak terhingga ....

Read more...

Video mengenai pokok zaitun ini sungguh informatif

>> 26.4.14


Selamat menonton.

Read more...

Inna LiLLAHI: Suatu kematian

>> 25.4.14

Pagi ini di PTL. Lepas Jumaat nanti
akan, in sya Allah, ke SDR.

Sebentar tadi saya dapati sebatang anak
pokok zaitun di PTL telahpun mati. Saya
amat yakin bahawa "Allah akan menggantikan
sesuatu yang terbaik untuk saya." Dia Amat
Pengasih lagi Maha Kaya. Alhamdulillah!

Read more...

Fikir dan kaji Gambar ini (Edited)

>> 24.4.14

Pagi ini hujan lebat. Hanya beberapa
minit di PTL. Masuk dalam rumah fikir
dan kaji gambar ini. Huh, hhmmmm.
Macam dalam kelambu jer?

Read more...

Ronda dan beli

>> 23.4.14

Petang semalam ronda di beberapa supermarket.
Meninjau produk baru baja dan hormon. Akhirnya,
beli yang kat dalam gambar tu. "Seaweed Booster"
namanya. Nak cuba gunakan kepada pokok-
pokok zaitun dan berries.

Read more...

Mengurus kehidupan Zaitun

>> 22.4.14

Semalam ke SDR. Tak sempat berehat. Banyak
buat kerja tertangguh. Cambah-cambah semaian
banyak yang belum dikemas-kini.

Hari ini, Selasa. Sepanjang pagi di PTL.
Memerhati semua pokok zaitun. Tujuannya
untuk merumuskan apa yang perlu dilakukan
supaya mereka cepat membesar dan segera
melahirkan zuriat.

Yang penting sekarang ialah supaya mereka
mampu melahirkan banyak zuriat. Bila ramai
bilangan mereka maka kita rancang pula agar
mereka banyak mengeluarkan buah.

Read more...

Zon Zaitun Muda

>> 16.4.14

Aktiviti hari ini, Rabu. Di PTL.
Kemas-kini semua pokok zaitun muda serta
pindahkan mereka ke zon baru yang dinamakan
Zon Zaitun Muda (gambar atas). Di kiri dan
kanan diletakkan dua pasu anak pokok tin.
Adapun pokok-pokok zaitun induk belum
dikemas-kini. Mereka akan dikekalkan
di zon lama, dinamakan Zon Zaitun
Veteran. Wow, alhamduliLLAH ..!
SubhanaLLAH ..!

Read more...

Gambar sebahagian anak-anak PTL

Hari ini batal untuk ke SDR. Ada orang
betulkan saluran paip bocor dalam rumah.

Kemaskini beberapa anak pokok di PTL.
Antaranya dalam gambar di atas (tin,
zaitun, blackberry dan raspberry).

Read more...

Wow, anak pokok Cranberry

>> 15.4.14

Ahad lepas benih Gold Kiwi mulai bercambah.
Hari ini benih Cranberry pula mulai bercambah
(gambar atas). Cambah-cambah ini menyebabkan saya
akan sibuk dalam bulan Mei akan datang. Cambah-
cambah sekecil dan selembut helaian benang
akan dipindahkan ke dalam bekas berasingan
supaya mereka terus hidup membesar.

Hhmmm, seronok dapat pokok dari benih sendiri.
Antara Khasiat Jus Cranberry ...

Read more...

Sudut Terpilih PTL pagi Isnin

>> 14.4.14

Sudut terpilih PTL pagi ini merujuk kepada
beberapa pasu pokok tin yang juga terpilih
untuk tanaman di zon terpilih SDR. Ini termasuk
dalam program penstrukturan semula SDR.

Read more...

Anak Pokok Gold Kiwi

>> 13.4.14

Pagi semalam di PTL. Menjelang tengahari ramai
kawan datang berkunjung. Semua sukakan pelbagai
jenis pokok, termasuk pokok-pokok temperate.

Hari ini banyak aktiviti yang boleh dilakukan di
PTL. Semaian benih gold kiwi pun mulai bercambah
(gambar atas). Dalam bulan Mei, setiap cambah patut
dipisahkan ke dalam bekas tersendiri. Kerja yang
sungguh rumit. Tapi, seronok dan berbaloi.

Antara Khasiat Buah Kiwi ...

Read more...

Wow, plum kuning

>> 8.4.14

Hari ini ke SDR. Sekejap sahaja. Tak
cukup semangat. Namun, sempat melayan
peminat pokok tin yang datang.

Semasa balik, singgah beli tujuh buah plum
kuning. Isinya untuk dimakan dan bijinya
untuk disemai. Inilah untung bertani.

Antara Khasiat Plum

Read more...

Video terbaik hari ini

>> 5.4.14


Selamat menonton
___________
Para pengunjung yang ingin membeli pokok
tin boleh hubungi saya di talian 012 363 5658.
Tiada sistem SMS dan tiada perkhidmatan pos.

Read more...

Wow, sedapnyer Kunyit Muda

>> 4.4.14

Antara Khasiat Kunyit

Hari ini Jumaat. Makan tengahari ketika di SDR.
Cukup sedap dan amat berselera. Makan nasi berulam
kunyit muda hasil tanaman sendiri. Bila-bila nak
buat kerabu daun selom campur daun kunyit dan
pegaga pula. Memang lazat dan sedap rezeki
yang Allah kurniakan. Alhamdulillah!!!

Read more...

Sungguh Comel Si Zaitun ini

Semalam Khamis. Aktif di PTL. Dan, mengubah
sebatang lagi anak pokok Zaitun ke dalam pasu.
Ini ialah anak Pokok Zaitun ke-9 dalam tahun
2014. Alhamdulillah atas kurniaan tersebut.

Read more...

Menyemai Pokok Sutera (Mulberry)

>> 2.4.14

Rabu. Ke SDR. Kemaskini pembiakan pokok kunyit.
Tengahari, berehat. Sebelum pulang sempat menyemai
42 keratan batang pokok mulberry. Minggu depan
sambung menyemai beberapa pokok lagi. Pucuk
mulberry untuk buat tea kesihatan dan boleh
juga dibuat ulam atau sayur. Daun mudanya
boleh dijadikan jeruk, pembungkus anika
jenis masakan dan digoreng sebagai
rempeyek.

Daun-daun boleh dijadikan makanan yang berkualiti
untuk pelbagai ternakan, eg. lembu, kambing atau
ikan. Buahnya boleh dijadikan jem, jus dan juga
halwa (RM60/kg). Sedap juga dimakan segar.

Read more...

Kembar tapi berbeza layanan

>> 1.4.14

Anak pokok tin (figs) dalam gambar kat atas adalah
kembar. Malam yang sama mereka bertunas dari baka yang
serupa. Namun, dalam masa beberapa hari sahaja mereka
sudah berbeza dari segi saiz fizikal dan berlainan
dari aspek reproduktif fakulti. Demikian kesan
layanan yang tidak sama di kalangan mereka.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP