012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Maaf, ini juga bukan pokok impot

>> 30.1.15

Alhamdulillah, dah jenguk SDR dan bawa
balik enam jenis pokok kurma yang terbiar
untuk pemulihan di PTL. Beberapa anak pokok
blackberry dan sepokok pohon bitter Apricot
juga dibawa pulang.

Read more...

Maaf, ini bukan pokok impot

>> 29.1.15

Pokok zaitun ini lahir pada 12 Mac, 2013,
hasil dari semaian biji. Saya fikir, pokok
ini perlu di-repair sikit supaya kelihatan
lebih hebat. Beberapa waktu kemudian,
mungkin akan diperkenalkan kepada
berbagai jenis hormon. Maaf, ini
bukan pokok impot.

Read more...

Oooo, zaitun ku sayang ...

>> 27.1.15

Pokok zaitun ini dilahirkan pada 03 Disember, 2013.

Hari ini bertugas di PTL lagi. Khusus untuk
memeriksa dan kemaskini kesihatan pokok-pokok
zaitun dari semaian biji dan keratan batang.
Dah cukup untuk dua buah taman. Cuma tapak
taman belum bersedia. Alhamdulillah ...

Read more...

Belimbing Buah Sarapan

>> 25.1.15

Petang semalam, jenguk SDR. Kemaskini pokok
Acai dan beberapa pokok lain yang terabai. Sebelum
pulang sempat petik buah belimbing kampung yang
sedang berbuah lebat. Sempat kira-kira 30kg.
Pagi ini, sarapan sebiji belimbing dengan
secawan kopi-o. Subhanallah wal-
hamdulillah ...

Read more...

Cita-cita KampunganKu

>> 24.1.15

Balik kampung jenguk tapak untuk Taman Tin
Dan Zaitun (TTDZ). Baru tambah 6 lori tanah
yang dipercayai sesuai untuk pokok-pokok tin
dan zaitun. Perlu dibiar tanah itu mendap dan
akan ditambah beberapa lori tanah lagi yang
lebih subur. Kemudian, tanam pokok-pokok
yang dimaksudkan. Pokok-pokok dah ready,
hanya tapak belum sempurna.

Read more...

Tanpa Gambar

>> 23.1.15

Jumaat. Full-time lepak di rumah.
Rehat-rehat kembalikan tenaga. Besok,
kenduri anak-sedara kawinkan anaknya.
Lusa, Ahad, jiran di belakang rumah
kenduri dapat menantu pertama.

Isnin, nak lepak di SDR dan menung-menung
di tapak Taman Tin dan Zaitun di kampung.

Read more...

Za'faran atau Saffron

>> 20.1.15

Gambar Google

Tayang gambar dulu.
Cerita mengenainya akan
menyusul.

Sedikit info ...

Read more...

Tunas Benih Cranberry

>> 15.1.15

Di PTL. Mengubah 9 rumpun tunas benih
Cranberry. Inilah semaian yang paling
lama dalam pengalaman saya. Ia disemai
pada 12 April, 2014 dan mulai bertunas
pada 10 Januari, 2015. In sya Allah,
beberapa bulan lagi pokok Cranberry
akan menemui para peminatnya.

Sedikit info ...

Read more...

Jus Buah Belimbing

Sumber gambar dan info ...

Entah bila saya tanam pokok belimbing
keturunan kampung. Sekarang, buahnya sungguh
banyak. Berbaldi-baldi, walaupun sepokok sahaja.
In sya Allah, besok bermulalah tradisi jus minuman
baru iaitu jus belimbing kampung. Khasiatnya?
Allah tidak mencipta sesuatu tanpa manfaat.

Read more...

Biji Zaitun Kalamata

>> 13.1.15

Alhamdulillah, kira-kira jam 8.26 pagi,
seorang sahabat dari hujung dunia datang
serahkan biji benih zaitun yang ditunggu-
tunggu.

Selepas menunggu dan menanti ketibaan
biji benih, tiba pula masa menunggu dan
menanti semaian bertunas. Kemudian,
menunggu dan menanti ....???

Read more...

Kunyit Putih

>> 11.1.15

Hari ini Ahad. Jadual sungguh padat.
Antaranya, tetamu nak datang bincang
mengenai Pokok Kurma Ajwa, ada juga
yang nak tengok Pokok Kiwi, etc.

Pagi ini, in sya Allah, cucu kembar dari
Bandar Baru Nilai akan sampai. Besok mereka
mulai bersekolah. Tengahari, nak buat tapak
semaian Kunyit Putih di PTL. Bla, bla,....

Read more...

Ulam Cegah Denggi

>> 10.1.15

Hahhaaaa, sebiji buah betik.

Kulit akan diperam ke dalam suatu
bekas bersama kulit buah-buah lain.
Dicampur dengan pucuk-pucuk segar
rumput-rumputan. Buat baja.

Isinya dimakan sebagai alas perut.
Biji, ditabur pada suatu zon di SDR.
In sya Allah, mereka akan tumbuh rapat-
rapat. Produk yang diharapkan ialah pucuk-
pucuknya. Dipetik, dicelur dan dicicah
pada sambal belacan atau pada sambal
pecal. Untuk cegah sakit denggi dan
untuk khasiat-khasiat lain.

Hanya sebiji buah betik. Subhanallah ...

Read more...

Ke SDR hari ini

>> 8.1.15

Jam 5.43 petang bergerak pulang dari SDR.
Sempat bawa pulang tiga anak pokok Gold Kiwi,
lima anak pokok epal Royal Gala, tiga anak
pokok epal Red Delicious dan sepuluh
anak pokok Blackberry.

Read more...

Semaian Pokok Kurma

>> 7.1.15

Isteri bersihkan tapak semaian benih
pokok kurma di SDR. Tapak ini terbiar
kira-kira tiga minggu semasa musim
hujan baru-baru ini.

Read more...

Jenis-jenis Anak Pokok Kurma

>> 3.1.15

Minggu depan jadual kemaskini anak-anak
pokok kurma. Setakat ini ada jenis-jenis
Ajwa, Lulu, Barari, Dabbas, DN (tangkai),
Fardh, Sofawi, Mabrum, Mariami, Nastaran
Honey, Anbara, Barni, Khalas, Fars, Masr,
Madjul, Khenaizi, Lamary, Moshkan Honey dan
Lubna. Pesanan suatu pihak dari Perak. Adapun
pesanan suatu pihak dari Kelantan telah
dibatalkan kerana banjir besar.

Read more...

Pokok Zaitun 6,000 tahun?

>> 2.1.15

Sumber di sini ...;
di sini ...; dan
di sini ...

Read more...

Usia Zaitun

>> 1.1.15

01.01.2015. Sejak pagi beberapa sahabat
yang meminati pokok datang berselisih-ganti.
Kata orang-orang tua dulu, itu tanda rezeki
akan melimpah-ruah. Tengahari, ziarah janazah
jiran belakang rumah. Lepas zuhur, menyemai biji
zaitun yang dibeli dari Canada. Khabarnya,
berasal dari Sepanyol.

Pagi tadi juga, berita dari seseorang di luar
negara. 1,000 biji benih zaitun terbaik telah
dibeli bagi pihak saya. Khabarnya, biji dari
pokok yang berusia lebih dari 200 tahun. Dan
harganya kira-kira enam kali ganda mahal
dari yang biasa. In sya Allah, saya akan
membuat pesanan lagi bagi mendapatkan
biji benih dari pohon yang berusia
2,500 tahun lebih.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP