Gambar Dua Lubang Di Pinggang Kiri
>> 26.1.09
Sebenarnya, bahagian luka tu tak sakit, malah segera sembuh. Yang agak terasa sikit ialah sentuhan terhadap buah-pinggang (menyedut keluar batu karang). Maklumlah, disentuh. Namun, rawatan awal lebih baik dari terlambat. Pada teorinya, jika tidak dilakukan pembedahan maka buah-pinggang itu akan membengkak dan menjadi rosak. Justerus, aku memilih supaya dilakukan pembedahan. Alhamdulillah, batu karang tu (lebih dari 10 butir) sudah dikeluarkan, selain dihancurkan.
17 comments:
Saya berdoa agar sembuh segera.
Salam Dr..
Tengok pada gambar tu pun macam dah kecutdah..kira dah nak baik dah tu.. alhamdulillah. Dah sehat nanti dah boleh lah pi tengok semaian-semaian tu..
Wa'alaikumussalam!
RadenJowo,
Terima kasih atas doa kesembuhan. Allah tidak menolak doa hambaNya yang beriman.
ManjungMari,
MSK dan Mamamat dah maklumkan semua semaian mereka. Saya tengah fikir bekalan seterusnya untuk CERIA.
Salam Dr..
Saya doakan semoga cepat sembuh, tapi hairan juga kenapa perlu bedah.
Saya pun menghidap batu karang juga, dah 2 kali masuk hospital tapi caranya berlainan.
Banyakkan minum air misai kucing.
Insyallah dalam pertemuan kami Bloggers Selangor pada Ahad 25/01/09 di Shah Alam, kami ada membuat perancangan untuk ke rumah tuan, tarikh akan ditentukan nanti..
Sila lawat http://satublogtotal.blogspot.com
Assalamualaikum Dr.
Moga tuan cepat sembuh biiznillah. Ceria selalu untuk CERIA.
salam dr,
semoga cepat sembuh dan sihat
wassalam
Dr Abdul Wahab Arbain
Ada pandangan baik perihal penggunaan Colloidal Silver dalam penyembuhan luka.
Maklum Lah bahan semulajadi dari-Nya.
Wa'alaikumussalam Semua!
Isa,
Terima kasih atas doa kesembuhan.
Saya dah minum air tu dan air pecah piring. Tapi doktor kata batu-batu tu unik. Dia dah hantar ke institut penyelidikan batu karang.
Kes batu karang Isa tu saya tak berani komen. Saya ni buta huruf pasal batu karang.
Nak datang ke rumah saya? Ahlan wasahlan, ahlan wasahlan.
Ciberboron,
Terima kasih atas doa kesembuhan.
Insya Allah saya terus menyokong CERIA supaya benar-benar terlaksana. Saya selalu kontek MSK dan Mamamat.
Asrol,
Terima kasih atas doa kesembuhan.
Saya masih terkilan sebab tak dapat hadir di Pasir Putih tempohari. Tapi saya gumbira dapat tumpang kejayaan kawan-kawan dan orang-orang muda tu.
Zubli,
Dah lama kita tak jumpa dan borak-borak. Saya percaya banyak idea dalam kepala Zubli tu. Maklumlah, kenal sejak Zubli student lagi, kemudian sama-sama dalam MasterPeace (?ejaan).
Kepada semua, terima kasih tak terhingga.
Dr Abdul Wahab Arbain,
InsyaAllah dalam masa terdekat kami akan ngatur lawatan Pengasas Taman Anggur, pelancong asing pun dah ramai lawati.
Agenda pekena udang galah perlu tangguh dulu nampaknya.
Harap Dr sudi kita bersama lagi, sementelah kita dah jumpa geng budak comot tapi baik.
Penat dah bersama orang kacak tapi penipu.
Sukar sekarang ini Dr. kerana bijak pandai terpinggir dek rencamnya politik masa kini.
Mungkin ada peluang di wilayah anugerah-Nya - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Tempoyak, dan Selangor.
InsyaAllah, kita bersama dan ada yang tak perlu rasanya hijrah ke Afrika.
Salam Doktor...
Moga2 Sembuh dengan cepat & selamat untuk terus berkonsi idea dengan kami anak2 muda yang perlukan tunjuk ajar Doktor...T.Kasih
Salam Doktor...
Moga2 Sembuh dengan cepat & selamat untuk terus berkonsi idea dengan kami anak2 muda yang perlukan tunjuk ajar Doktor...T.Kasih
Aloha2
Wa'alaikumussalam Aloha2,
Terima kasih kerana doa kesembuhan.
Saya percaya Zul semakin sebok sekarang ni. Rombakan kepimpinan negeri tentu menambah kerja. Tapi, Allah akan berikan ganjaran.
Selamat berjaya dengan cemerlang.
Salam Dr...
Doa dari rakan-rakan agar Dr cepat sembuh.
Semoga tabah.
Wa'alaikumussalam TopengPerak,
Terima kasih kerana doa kesembuhan.
Perak semakin jadi liputan berita nasional nampak! Bloggersnya pula semakin sebok.
Selamat berjaya.
salam Dr... Alhamdulillah syukur kerana selamat menjalani pembedahan..... semoga Dr sembuh dengan segera... banyak-banyak berehat....
salam dr
maaf sbb sya lambat ucap selamat...alhamdulillah nampak semakin sembuh...
semoga dr cepat sembuh dan dapat bersama kami semula
menggerakkan kamar......insyaallah!!
Wa'alaikumussalam!
Alhamdulillah doa Zul dan Sya serta kawan-kawan dimakbulkan Allah. Saya dah sehat.
Zul dan Sya untung dapat pergi Pasir Putih dan KT. Tentu banyak dapat pengalaman. Apa-apa pun masa muda ni lah peluang nak aktif banyak. Bila dah macam umur saya, macam-macam hal atau aral.
Selamat berjuang wahai orang muda!!!
Post a Comment