012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Genap 61 Tahun

>> 2.1.09


Hari ini genaplah usiaku 61 tahun. Kalau nak dikira, dosa semakin banyak. Tapi, Allah bagi masa yang panjang untuk bertaubat dan seterusnya berbuat baik. AlhamduliLLAH, semoga dapat memperbaikki diri.

Sepanjang hari berehat dalam rumah, sambil bermutala'ah perjalanan hidup yang lalu. Cuba mengingati dosa terhadap Allah dan kesalahan terhadap manusia. Mengingati bagaimana RasuluLLAH memohon keampunan dari Allah.

Malam ke Klang Central ambil Wah dari Sri Iskandar. Semasa balik, singgah beli satey. Semasa makan teringat anak-anak yang sedang berjauhan. Lusa, Ahad, hantar Wah ke UiTM Perak dan Anas ke MCKK. Mulai hari itu hingga ke suatu masa tertentu, yang bersama kami hanya Fathul, cucu kami. Mulai hari itu, rumah kami akan sunyi dan sepi dari anak-anak. Namun, alhambulillah, kami mempunyai cucu-cucu dan seorang daripada mereka bersama kami.

Itu kehidupanku di dunia. Itu sudah 61 tahun atau itu baru 61 tahun. Aku bermohon daripada Allah agar kekalkan imanku terhadapNya dan senaraikan diriku ke dalam golongan husnil-khatimah اللهم أحيني وأمتني بالإيمان وأكتبني بحسن الخاتمة.

11 comments:

Anonymous,  January 2, 2009 at 11:32 PM  

Salam Prof,

Alhamdulillah pada usia 61 tahun ALLAH swt masih memberi rahmat dan hidayah NYA untuk Prof terus berbakti kepada manusia lainnya.

Didoakan semoga Prof akan terus berada dalam peliharaan ALLAH dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang diberkati NYA.

Mohon Prof doakan rahmat dan hidayah ALLAH jua buat saya dan keluarga.

Salam takzim
Sofi

kulupSakah January 2, 2009 at 11:54 PM  

ajalmautku tak tahu..tapi kalau saye dipanjangkan umur seperti umur Dr saya juga berdoa saye akan sehat dan berupaya berfikir seperti Dr..tentu banyak 'kehilangan' yang kita lalui untuk mencapai 61 kan Dr?..pedihnye usah ditanye..tapi lebih banyak yang kita 'perolehi' di usia begitu walaupun ia masih tak mencukupi sebagai bekalankan?
maaf Dr..anakanda macam nak ajar itik berenang pulak..salam!

Pengasas January 3, 2009 at 12:45 AM  

Salam KerajaanRakyat dan LKS,
Terima kasih kerana berkunjung dan mendoakan kebaikan.
Sebenarnya doa harian saya samalah dengan doa anda semua. Iaitu semoga Allah ampunkan segala dosa ibu-bapa, datuk-nenek, guru-guru, mereka yang mewariskan Islam kepada kita, anak-cucu-cicit serta seluruh muslimin dan muslimat, khususnya yang telah mendahului kita menemui Allah.
Pada 1.1.2002 saya bersara awal dengan tujuan meninggalkan pangkat dan kemewahan yang mungkin membahayakan jiwa saya. Sejak itu, saya meneruskan hidup sederhana saya supaya sentiasa insaf dan ingatkan Allah dan tempat yang saya tujui. AlhamduliLLAH, saya seronok begitu.
Semoga kita semua tergolong dalam "husnil-khatimah", Amin!!!

Anonymous,  January 3, 2009 at 1:00 AM  

Selamat Hari Jadi yg ke 61 Prof..maaf terlambat dgn ucapan semuga panjng umur, murah rezeki,diberi kesihatan yg baik dn kebahgian bersama keluarga tersayang.

Mamamat January 3, 2009 at 1:06 AM  

Salam Pengasas .. salam semua
Teman duk amin jer doa yang ditulih oleh pengasas tadi.
Semoga kesederhanaan Pengasas menjadi ikutan teladan kepada kami yang nak kata muda tak juga muda, nak kata tua tak juga tua. Tahap sedangler.
Semoga kita terus dilimpahi hidayah Allah.

Anonymous,  January 3, 2009 at 6:01 AM  

Salam Dr..
Masih ada baki lagi DR.. kalau mengikut jejak Rasul, beliau wafat 63 tahun.. jadi Dr ada 2 tahun lagi.. lama lagi... he heh Maaf Dr saja nak seloroh..ajal maut mana kita tau bila...ingtan dari Dr tu harapnya saya dapat ikut serta...

Pengasas January 3, 2009 at 12:31 PM  

Salam Semua Kawan,
Terima kasih tak terhingga kepada semua. Terima kasih atas ucapan dan doa baik anda semua. Kebaikan anda telah dicatat oleh Malaikat.
Semoga kita semua diberi Allah kebaikan di dunia dan di akhirat.

zul mamak png January 3, 2009 at 9:03 PM  

salam.......

semoga dr di panjangkan umur untuk bersama2 kita berjuang di jalan Allah...dan semoga di murahkan lagi rezeki....

Bagi kami anak2 muda amat memerlukan tunjuk ajar dan nasihat dari dr....

kami juga doakan agar dr sihat selalu....

Pengasas January 3, 2009 at 9:18 PM  

Wa'alaikumussalam Zul,
Terima kasih atas doa Zul tu. Tadi HBKL bagi tarikh baru masuk wad dan operation. Dicepatkan, masuk wad 5 Jan dan operation 7 Jan.
Zul bawa ayah Zul tu 7 Jan kan?

Anonymous,  January 3, 2009 at 11:49 PM  

Assalamu'alaykum wbt pakcik...
Selamat hari lahir. Semoga pakcik selamat menjalani pembedahan dan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi kehidupan ini.

zul mamak png January 4, 2009 at 11:13 PM  

Dr.insyaallah sy mkin akan sampai kat klang pada 6 hb malam.. mungkin 7 hb lepas selesai ayah buat pemeriksaan kat PPUM kami akan terus balik penang kerana ade beberapa masaalah...

insyaallah jika terdapat sedikit kelapangan kita bersua...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP