012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Semalam dan hari ini

>> 27.2.13

Gambar hiasan. Google.

Semalam, Selasa. Lepas solat subuh ke Klang Sentral. Ambil
Fawzan balik dari USM, Kubang Kerian. Jam 10.45, di Tanjong
Karang. Urusan buat akaun Tabung Haji untuk Fawzan. Jam 11.10,
berbalik ke Kuala Selangor. Urusan tukar MyKad untuk kami
berempat (kami, Fawzan dan Anas). 11.55 dah siap semua.

Hari ini, Rabu. Jenguk kebun kira-kira 15 minit. Sempat
petik pucuk ubi, jantung pisang, pucuk janggus dan ulam
jarjir. Semua itu untuk santapan tengahari.

Read more...

Salam Tok Guru ...! Makan soto ker tuh ...?

>> 26.2.13

Makan soto ker tuh ...?
Eh ... Pernah ker saya makan soto di Kelantan ...?

Read more...

Banjir di Kebun

>> 25.2.13

Hari ini jenguk kebun setelah tiga hari melepak
di rumah. Aik? Seluruh kebun dalam banjir. Setelah ditinjau,
rupanya longkang dah tersumbat. Ada juga bahagian yang telah
terkambus. Hhmmm, terpaksa korek buat saluran. Dalam hujan
renyai terpaksa jadi boroh longkang. Alhamdulillah, kira
OK lah. Insya Allah, akan kering sebentar lagi.

Dah hampir kering.

Read more...

Parlimen dibubarkan

>> 22.2.13

Gambar hiasan. Google.

Semalam, Khamis, jenguk kebun setelah tiga hari tidak
ke sana. Aik? Lagi beberapa tandan pisang hilang. Ini
sudah melampau. Pencuri memang muka tak malu dan tiada
maruah. Pencuri ini peringkat kampung. Bagaimana pencuri
peringkat negara? Curi millions? Rompak billions?

Hari ini, Jumaat. Berehat di rumah. Tunggu kedatangan
para cucu petang nanti. Khabarnya, PM akan bubarkan
parlimen petang ini. Betul ke?

Read more...

Sistem Makan Baru (edited)

>> 20.2.13

Sekarang ini dah selesa dengan Sistem Makan Baru.
Pagi, makan lempeng oats cicah madu. Sedikit buahan, eg.
Pisang atau betik. Teh tanpa susu.

Tengahari, makan roti pita dengan ikan yang dimasak kari,
atau sup atau singgang. Sayuran dan ulaman. Sesekali, boleh
makan sedikit nasi dan daging.

Malam, sedikit roti pita atau lempeng, ulaman dan buahan.
Kudapan yang diamalkan oleh Rasulullah.

Adapun minuman ialah jus dari buahan dan sayuran, seperti
kurma, mangga, delima, oren, tembikai dan daun ketumbar.

Read more...

Ke Sungai Yu beli ikan-U

>> 18.2.13

Semalam, Ahad. Pergi kebun. Aik, lapan tandan pisang
kena cantas dan dicuri. Betul lah kata-kata orintalis yang
antara budaya sesetengah orang Melayu ialah mencuri. Anak
siapa lah agaknya yang jadi pencuri tu.

Lepas mencabut tiga rumpun ubi kayu, kami bergerak pulang.
Singgah di Sungai Yu beli ikan-U. Dah lama tak makan kari
ikan-U. Kalau dimakan dengan pulut gerenti best.

Gambar hiasan. Google

Read more...

Urus-Latih anak pokok Pear

>> 15.2.13

Petang Selasa, Rabu dan Khamis, hujan lebat di kebun.
Namun, sempat urus-latih anak-anak pokok pear. Tujuan-
nya untuk menaik-taraf anak-anak pokok dari gred C kepada
gred B. Kemudian nanti akan diurus-latih lagi supaya naik
ke taraf gred A.

Hari ini, Jumaat, bercuti dan lepak-lepak di rumah.
Insya Allah, besok berehat di kebun.

Read more...

Semai Benih Kumquat

>> 11.2.13

Lepas Zuhur, ke Tesco dan Giant. Agak lengang.
Beli beberapa jenis buah, termasuk buah-buah temperate.

Lepas Asar, menyemai 12 biji benih Kumquat.

Read more...

Kehendak hati

Sabtu dan Ahad hadiri adik kahwinkan anaknya. Hanya
duduk-duduk dan borak-borak sahaja. Tapi, letih melebihi
kerja kebun. Kehendak hati memang berbeza. Rasa hendak ke
kebun buat kerja dan rehat-rehat.

Hari ini, Isnin. Buat kerja-kerja depan rumah. Buat
experiment mengenai benih pokok-pokok temperate.
Besok, insya Allah, akan ke kebun.

Khasiat ...

Read more...

Kiwi Madu

>> 8.2.13

Besok, Sabtu. Adik kahwinkan anaknya. Lusa, Ahad,
kenduri. Besok juga, ipar kahwinkan anaknya dan kenduri,
di Pahang. Besok dan lusa juga, banyak jemputan kenduri
kahwin. Sedara-mara dan sahabat-handai. Hhmmm, benarlah
orang Melayu adalah bangsa yang amat banyak kenduri dan
bercuti. Selain itu, orang Melayu juga berpegang banyak
kepada khurafat dan bid'ah.

Siang tadi ke kebun. Sempat mengubah 71 cambah anak kiwi
madu ke dalam pasu plastik kecil. Rasanya badan dah cukup
sembuh dari demam bisul.

Read more...

Aik? Kenapa Gambar ni?

>> 6.2.13

Hari ini, buat kerja-kerja pertanian di depan rumah.
Kerja dari pagi hingga lewat petang. Terasa letih tapi
seronok. Antara kerja rumit hari ini ialah menyemai 50
biji benih bitter apricot. Mungkin dapat menampung
jumlah tempahan terhadap pokok-pokok ini.

Aik? Kenapa gambar ni?

Read more...

Benih Avocado

>> 5.2.13

Selasa. Belum cukup sembuh dari demam bisul. Pergi
kebun lepaskan rindu suasana di sana. Sesampai di sana,
nampak kesan-kesan pokok ubi yang dicabut dan dicuri.
Kemudian, pokok pisang yang telah dicuri buahnya.

Sebelum buat kerja-kerja ringan yang lain, menyemai
tiga butir biji Avocado (gambar bawah).

Avocado ...

Read more...

Demam, bisul dan menantu ...

>> 1.2.13

Gambar hiasan. Google.

Khamis. Jenguk kebun sebentar. Demam belum 100% kebah.
Dalam masa yang sama, bisul di tengkuk semakin membesar.

Jumaat, subuh, Fawzan sampai di Klang Sentral. Dia cuti
empat hari. Kemudian exam. Setiap bulan mesti ada exam.
Begitu nature kursus medic.

Saya terpaksa berehat di rumah. Bisul di tengkuk mulai
berdenyut-denyut. Sedang fikir sama ada akan ke klinik?
Besok? Tidak ke kebun lagi. Khabarnya, bakal menantu
nak datang berkenalan ...

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP