012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Lepak sambil perhati gambar

>> 31.7.12

Hari ni berehat. Malam tadi kurang tidur.
Hampir pukul 2.00 pagi baru sampai di rumah
dari airpot. Ambil Fawzan balik bercuti.

Sambil lepak, perhati gambar kat atas tu. Dapat
beberapa idea. Antaranya, rumah tu belum dicat.
Kalbat yang terguling tu boleh dijadikan tempat
pelihara ikan. Lepas raya nanti, boleh besarkan
lagi rumah tu, etc ....

Petang ni giliran memasak. Hah haaa, ikan kukus
dan bakar mungkin best dan nyam-nyam.

Read more...

Sukalah Awek ni

>> 30.7.12


Semoga mendapat taufiq serta hidayah Allah
Sumber ...

Read more...

Amat terharu melihat Gambar ini

>> 28.7.12

Sesiapa merendah diri (tawadhu') pasti disanjung
tinggi oleh ramai manusia.
Sumber ...

Read more...

Petola dan Jarjir

>> 27.7.12

Semalam, Khamis. Lepak dan tidur sampai
tengahari. Buat beberapa kerja rumah. Fikir-fikir
nak berhari-raya di mana tahun ini. Kali pertama
berhari-raya tanpa emak dan ayah. Sekarang dah
jadi yatim-piatu.

Hari ini Jumaat. Lepas solat subuh dah bergerak ke
kebun. Tanam beberapa rumpun sayur petola. Sebelum
balik sempat menabur biji ulam Jarjir.

Tempat menyemai Jarjir.

Read more...

Hidupkan Ramadhan dengan BerJimat

>> 26.7.12

Sempena dengan program Islam supaya umatnya
berjimat di bulan Ramadhan maka menu makanan hari
ini ialah sayur labu masak tumis, ikan pekasam goreng,
kacang panjang celur dan sedikit sambal. Hhmm, sedap,
lebih jimat dan lebih mewah dari saudara-saudara kita
di Somalia yang tiada apa untuk dijadikan sahur dan
tiada apa untuk dijadikan iftor.

Insaflah dengan maksud Ramadhan ...
Jauhilah dari kenduri-kendara di surau mahupun
di masjid. Usah biarkan puasa dimusnah oleh
pembaziran dan bermewah-mewahan.

Gambar hiasan dari Google.

Read more...

Lebih BerTenaga: Ramadhan Best

>> 24.7.12

Isnin, pagi: Cuci kereta, bayar bil dan rehat.
Petang: Membeli-belah di Mahnaz, kedai Iran. Beli
barang-barang makanan orang-orang Farsi, Turki
dan Arab. Luar biasa ramai pelanggan di situ.

Selasa. Lepas solat subuh, bersama isteri, pergi
ke kebun. Buat kerja sampai jam lima petang. Tak
rehat kecuali berhenti untuk solat sahaja. Dari
suatu aspek, ibadat Puasa memang best dan amat
memberi tenaga. Alhamdulillah, syukurku kepada
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Perkasa.
Ramadhan Best ...!!!

Read more...

Hah haaa, selepas Subuh

>> 22.7.12

Sabtu. Selepas sahur, tunggu Subuh. Lepas solat
subuh terus ke kebun sorang diri. Wow, seronok musafir
pada waktu begini. Pengguna jalanraya tak ramai.

Sampai di Sekinchan, beli dua kg. ikan haruan. Dapat
sembilan ekor. Cadang nak dikeringkan. Kami suami-
isteri memang geraguk haruan kering sejak kecil.

Ahad. Lepas solat subuh, kami ke kebun lagi. Isteri
tinjau pokok-pokok yang ditanam. Saya menyemai kurma
mega. Cadang nak tanam lima pokok jenis ini.

Selepas solat zuhur, petik pucuk ubi kayu putih,
peria katak dan kacang panjang. Hhmmm, kami dah
dapat berjimat. Ramadhan adalah bulan berjimat.

Read more...

Hah ha ... Itu apa ...?

>> 20.7.12

Hari ini Jumaat. Cuti am dan awal Ramadhan. Berpuasa.
Muslim di negara-negara Arab mulai berpuasa hari ini.
Kecuali Syria yang menolak keputusan majlis agama
kebangsaannya sendiri. Ahli astronomi seluruh dunia
wajib memulakan puasa hari ini.

Malaysia? Malaysia,
seperti biasa. Perlu nampak anak bulan dengan mata
kepala sendiri. Seronok mencerap. Tak nampak anak
bulan, tapi nampak RM. Banyak habis duit ooo
tengok anak bulan ni. Lagi ramai yang ikut lagi
parah duit rakyat ...?

Hah ha ... Itu apa ...?

Read more...

Senduduk Putih sudah ditanam

>> 18.7.12

Petang tadi, tanam pokok ciku madu yang
telah berbuah. Tanam juga pokok cermai, pokok
geti, pokok limau nipis dan senduduk putih.

Antara Khasiat Senduduk Putih ...

Read more...

Tak cantik tapi tercapai maksud ...

>> 17.7.12

Ahad tadi gi kebun. Tengok ada kayu-kayu
pallet yang terbuang. Fikir-fikir, sukat-sukat,
potong-potong dan paku-paku maka jadilah macam
meja kecil. Hhmmmm, boleh letak dapur. Walaupun
tak cantik tapi boleh digunakan. Maksudnya,
tercapai maksud ... Kaaahhhhh, kah kah ...

Read more...

Pokok Geti atau Turi

>> 15.7.12

Minggu ini langsung tidak bercuti. Setiap hari
berada di kebun. Sedara-mara pun dah mula datang
ziarah. Ada juga yang hairan kerana saya tak mahu
tanam sawit untuk dapat hasil duit.

Tadi, saya pergi ke nurseri pokok-pokok. Cari pokok
cermai. Hampa. Kemudian, pergi ke rumah emak-sedara.
Cari pokok geti. Pun hampa.

Antara Khasiat Geti atau Turi ...

Read more...

Sayur Meranti

>> 13.7.12

Minggu depan mungkin sedikit sibuk dalam hal-hal
pertanian. Nak biakkan beberapa jenis sayur dan ulaman.
Antaranya sayur meranti.

Read more...

Nak cari Pokok Cermai

>> 12.7.12

Dalam bulan Ramadhan nanti nak ronda nurseri
pokok-pokok. Tujuan utama ialah nak cari idea mengenai
perkebunan. Termasuk nak cari anak pokok Cermai.
Pokok cermai di kampung dah lama mati.

Antara Khasiat Cermai ...

Read more...

Khasiat Ubi Keledek

>> 11.7.12

Pagi tadi balik kampung. Ada urusan. Tengahari,
singgah kebun dan tidur. Bestnya angin kebun dari
arah laut. Petang, sediakan tapak untuk tanam ubi
keledek. Isteri tanam dua jenis keledek. Tapi, tak
tahu nama dan asal usulnya.

Antara khasiat Ubi Keledek di sini ... dan di sinun ...

Read more...

Tapak ulam Jarjir Mesir (Edited)

>> 10.7.12

Fadhilah, anak sedara saya, yang belajar di Mesir
dah balik bercuti. Dia ada belikan biji ulam Jarjir.
Banyak. Mungkin lebih dari setengah kilo.

Sebagai menghargai susah payah Dhilah, paklong
akan tanam dan uruskannya sebaik mungkin. Gambar
bawah ialah tapak untuk Jarjir di SantaiD'Rimba.

Antara khasiat Jarjir English ... dan Arabic ...

Read more...

Waaawww, dah berjanggut ...?

>> 9.7.12

Alhamdulillah, beberapa pokok jangung yang
ditanam sudah berjanggut. Maksudnya, sudah berbuah.
Memang tidak sia-sia bercucuk tanam. Allah Maha
Kaya lagi Maha Pemberi.

Khasiat Buah Jagung ...

Read more...

Katak Puru ...?

>> 8.7.12

Jumaat dan Sabtu semalam, bekerja di kebun.
Kerja ganti kerana bercuti selama 6 hari pada
minggu lepas.

Antara kerja yang telah terlaksana ialah menanam 2 pokok
epal, 2 pokok acai, 2 pokok ciku, sepokok blackberry,
beberapa pokok pucuk manis dan 2 pokok namnam.


Khasiat Buah Namnam ...

Read more...

Delima Berbuah

>> 4.7.12

Pagi tadi ke nurseri pokok-pokok di Sekinchan.
Cadang nak beli anak pokok ciku. Wow, sepokok kecil
berharga RM38.00. Kalau pokok ciku biasa harganya dah
segitu, tentulah harga anak pokok ciku mega jauh lebih
mahal. Saya fikir, harga-harga itu tidak berpatutan.
Maksudnya, tak jadi beli anak pokok ciku.

Masa nak keluar dari situ, ternampak pokok delima yang
sudah berbuah. Harganya RM12.00 sahaja. Hmmm, beli
dan segera tanam (gambar atas).

Khasiat Buah Delima ...

Read more...

Khasiat Biji Labu

>> 3.7.12

Pagi, beli buah labu. Bersaiz kecil.
Isinya, nak dibuat lepat. Lepat Labu. Batal
cadangan awal, nak buat sayur.
Bijinya (gambar atas), dijadikan benih. Insya Allah,
akan disemaitanam pada Isnin depan.

Khasiat Biji Labu ...

Read more...

Makan Buah DiDahulukan ...

>> 2.7.12

Setelah enam hari ponteng, hari ini
ke kebun. Antara kerja yang sempat dilaksanakan ialah
membersih tapak untuk menyemaitanam biji benih labu manis.
Insya Allah, besok beli buah labu di pasar. Bijinya dijadikan
benih dan isinya dibuat sayur. Cara begini, makan buah
didahulukan dan tanam pokok dikemudiankan.
Kaaahhhhh, kah kah ...

Read more...

Masjid Terapung

>> 1.7.12

Rabu, 27 Jun. Pagi, ke selatan, Negeri Sembilan. Tengahari,
bergerak ke utara meredah Perak. Sampai ke Gorge Town, Pinang;
dan bermalam di situ.

Khamis, 28 Jun. Pagi, Ronda pasar Lorong Kulit. Tengahari,
bergerak ke Kedah dan bermalam di sana.

29 Jun, ronda Aloq Staq dan berjuma'at di Masjid Zahir.
Petang, solat maghrib di Masjid Terapung, Kuala
Perlis. Malam, menginap di Kangar.

Sabtu, 30 Jun. Pagi, ke Padang Besar. Saja meronda. Jam 1.20
tengahari bergerak pulang. Singgah solat di Masjid 'Ubudiah,
Kuala Kangsar. Hantar barang untuk Anas di MCKK.
Sampai di rumah, jam 9.08 malam.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP