012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Batang Keladi Dan Ilmu Persenjataan Melayu

>> 31.12.09

Semalam, saya makan satu hidangan dengan pengantin di Felda Cini 5, Pahang. Kenduri di rumah pengantin lelaki.

Selain ada lauk daging, paru-paru, ayam, dll, ada juga sayur batang keladi. Yang pertama saya capai ialah sayur batang keladi. Kerana, itu adalah sayur yang paling saya minati.

Semasa makan, saya terfikir, ada sayur batang keladi? Bukan masalah janggal di kalangan lauk-lauk, tapi pasal ia adalah pantang larang orang Melayu. Orang Melayu larang orang lelaki makan sayur batang keladi, terutama pengantin baru.

Menurut tradisi orang Melayu, batang keladi baik untuk pukul ular. Baik juga untuk pukul orang kebal; dan macam-macam lagi. Kalau dibuat sayur dan dimakan oleh orang lelaki, maka lelaki itu akan kalah berjuang di bilik tidur. Ada juga mazhab Melayu yang kata, kalau selalu makan sayur keladi tak boleh dapat anak lelaki.

Banyak lagi persoalan dalam kepala saya ketika makan itu. Adakah sayur batang keladi ini suatu taktik khas keluarga pengantin. Adakah keluarga pengantin lelaki nak sudi rombongan pengantin perempuan. Dan macam-macam persoalan lagi.

Apa-apa pun, saya seorang sahaja yang jamah sayur batang keladi. Hampir habis saya sental. Saya tinggalkan sedikit sisa untuk sesiapa yang berkenaan, jika ada. Saya memang perasaan ada beberapa orang tua yang perhatikan saya makan. Aaahhhhhhhhhh, peduli apa? Sayur kegemaran saya. Anak saya 100% lelaki. Saya tak ada anak perempuan. Saya bukan ular dan saya bukan kebal. Saya tiada ilmu pantang. Yang ada hanya pantang jumpa, kebas dan sental sampai kenyang.

Read more...

Gambar Akhir Tahun: Lucu Tapi Benar

Khabarnya, gambar seorang politikus sebuah negara di utara dunia?

Read more...

Gambar SeEkor Seniman

>> 30.12.09

Kerana karya seorang seniman, tertipu seekor seniman. Inilah dikatakan Jenayah Karya Seni.

Read more...

Ingat Waktu Lapang

>> 29.12.09

Sepanjang bulan Disember 2009 adalah waktu sibuk. Sungguh sibuk. Macam-macam hal terpaksa sibuk. Ada yang menyebabkan sibuk itu bukanlah hal besar. Tapi memerlukan masa dan tenaga. Menghabis hari dan usia. Umpamanya, jemputan kenduri berkhatan. Ade ke kenduri berkhatan macam kenduri kawin. Kalau kita tak pergi, tak patut. Tak rai keluarga atau tak rai masyarakat.

Setiap hari Sabtu dan Ahad dalam bulan Disember dipenuhi jemputan kenduri kawin. Minggu lepas, adik sendiri buat kenduri kawin anaknya pada hari Sabtu. Biras, mufti Selangor, buat kenduri kawin anaknya pada hari Ahad. Sebelum itu, beberapa kawan lama buat kenduri kawin anak masing-masing. Dapat pergi sebahagian sahaja.

Selain hari Sabtu dan Ahad, hal-hal lain pula. Ada yang sakit di hospital-hospital. Adik sendiri sakit di hospital Sg. Buloh. Hospital Selayang. Ipar, sakit di hospital Sg. Buluh. Bapa sedara sakit di kampung dan bapa sedara-pupu sakit di sinun. Sedara di situ kenduri cukur kepala cucu baru lahir dan sedara di sinun kenduri syukur balik haji dan macam-macam.

Semalam, Isnin, dapatlah buat urusan bayar bil. Kirim duit pada anak dan basuh kereta. Hari ini, Selasa, lepas zuhur nak pergi Temerloh pula. Bermalam di sana. Besok, Rabu, ikut rombongan pengantin anak sedara ke Felda Cini. Lusa, Khamis, baru boleh balik. Jumaat, ziarah adik baru balik dari Mekah. Sabtu, membeli-belah untuk anak nak pergi asrama. Ahad, hantar dia ke MCKK.

Adusss!!! Terganggu masa pencen. Patutlah Rasulullah berpesan supaya "Beringat-ingat waktu lapang sebelum datang waktu sibuk".

Read more...

Dari BerPanas Lebih Baik BerRendam

>> 28.12.09

Dari BerPanas Lebih Baik BerRendam!

Read more...

Kesian Orang dalam gambar ni!

>> 27.12.09

Sesekali fikir, kesiannn pada orang dalam gambar ni. Dua kali fikir, orang ini bijak mengabadikan kenangan manisnya. Tiga-empat-lima kali fikir, apa dah jadi pada dia ni?

Read more...

Gambar Pelbagai Tajuk

>> 26.12.09

Dalam gambar atas ialah suami sayang isteri atau isteri sayang suami atau sayang suami-isteri atau kerjasama atau bla bla bla ... Saya nampak, macam kesiannnn pada isteri dia. Terpaksa memalingkan muka. Seluar tu busuk kut?.

Read more...

Artis Antara yang diserbu

"KUALA LUMPUR - Lima artis adalah antara 361 pengunjung pusat hiburan eksklusif Rootz Club di pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini yang terkedu apabila premis tersebut diserbu secara tiba-tiba oleh polis semalam.

Serbuan pada pukul 3 pagi itu dilakukan di tingkat lapan ruang bumbung pusat beli-belah Lot 10 yang menempatkan pub yang didakwa popular di kalangan artis dan orang kenamaan."

Sumber di sini.

Read more...

Sepapan Petai Untuk Seminggu

>> 25.12.09

Tengah malam tadi saya menyelinap masuk ke dalam blog Ijoks2009. Tuan blog mungkin sedang qiyamul-lail malam Juma'at. Saya tidak mahu mengganggu, cuma sempat mencuri petai dalam gambar di atas.

Saya minati petai itu kerana ia cukup dimakan untuk seminggu. Dari hari Sabtu hingga hari Khamis. Satu mata bagi setiap hari. Hari Jumaat, makruh makan petai. Nanti jamaah di masjid terhidu saya menguap semasa khatib bertauliah membaca khutbah.

Read more...

Seram Betul Tengok Gambar ni

>> 24.12.09

Adakah ini suatu bukti kemajuan atau simbol ketamakan?

Read more...

Gambar Berbicara Hari Ini

>> 23.12.09

Gambar atas sedang berbicara.

Read more...

Tak Geli Ke Begini?

>> 21.12.09

Fish Therapy? Macam-macam ada!
Selanjutnya di sini.

Read more...

Seluar Begini?

Pada poket belakang seluar ini tertulis Bismillah lengkap. Apakah suatu penghinaan atau emosional atau kebanggaan atau apa-apa?

Read more...

Gambar Minggu ini: Idea boleh digunapakai

>> 19.12.09

Idea ini boleh digunapakai. Boleh dikemaskini lagi, terutama, oleh mereka yang ke kebun dengan bermotosikal.

Read more...

Baju Kondom

Baju ini diperbuat daripada kondom. Ada banyak fesyen yang cantik dan berwarna-warni. Ia disusun dengan menggunakan gam dan bukan dengan jahitan. Ye lah, kalau dijahit maka bocorlah semua tu.

Read more...

Wanita simpanan Woods tuntut RM11 juta

>> 18.12.09

"LONDON - Seorang wanita, Theresa Rogers berumur 40-an yang didakwa mempunyai anak hasil hubungan dengan bintang golf No. 1, Tiger Woods (gambar) menuntut £2 juta (RM11.01 juta) sebagai syarat untuk mendiamkan diri, lapor sebuah akhbar semalam.

Rogers merupakan wanita paling tua dikaitkan dengan Woods berbanding 10 wanita lain.

Dia kini mengupah seorang peguam terkenal, Gloria Allred untuk membincangkan tuntutan tersebut."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Mudah Dapat dan Berkhasiat

"Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah."

"Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter)."

Sumber dan sepenuhnya di sini.

Read more...

Ish, ish, ish, apa la?

Ish, ish, ish! Siapa tak nampak, cepat buat cermin mata.

Read more...

Gatal Nyerrrrrr!!!

Ish, ish, ish, gatalnyerrr!!!

Read more...

Keistimewaan Buah Kurma

>> 17.12.09

"JIKA mempunyai pilihan antara air, buah anggur dan buah kurma untuk berbuka puasa, umat Islam disunatkan makan buah kurma terlebih dahulu.

Itu adalah mengikut Sunah Islam.

Ini kerana buah kurma dapat memberikan tenaga segera sekali gus mereka dapat melakukan beribadat dengan lebih bertenaga.

Buah kurma adalah buah yang cukup istimewa. Walaupun saiznya kecil, ia menyimpan banyak zat dan khasiat.

Antaranya, karbohidrat, protein, gula, serat, vitamin A dan C, asid folik, asid amino, riboflavin dan air."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Gesaan Supaya Bersuami Lebih Dari Seorang

>> 16.12.09

Nadin Al-Badir, penulis wanita keturunan Saudi, menyarankan agar digubal undang-undang negara atau tafsiran agama supaya membenarkan perempuan berkahwin lebih dari seorang suami. Umpamanya, dua, empat, malah lima atau sembilan, jika berkemampuan.
_______

Apa pendapat orang lelaki?
_______

Sepenuhnya di sini dan di sini.

Read more...

Gambar Mohamed Abukar direjam sampai mati

Mohamed Abukar Ibrahim didapati bersalah kerana berzina dan dihukum rejam sampai mati baru-baru ini.

Berita penuh di sini.

Read more...

Belajar Bahasa Arab Percuma

>> 15.12.09

Saya melayari beberapa rujukan Belajar Bahasa Arab secara Percuma tetapi tiada pendekatan yang amat menarik. Namun, yang terbaik ialah usaha penganjur mengadakan kursus secara percuma. Jazahumul-LAHu khairan kathiran.

Buat masa ini, saya senaraikan sembilan rujukan sahaja untuk sesiapa yang ingin belajar bahasa Arab secara percuma. Insya Allah, saya akan kemaskini atau ubahsuai pada masa akan datang. Link rujukan ada dalam Perpustakaan MayaKu.

Read more...

Pesta Sabung Anjing


Pesta Sabung Anjing di Afghanistan muncul kembali. Di bawah pemerintahan Taliban, pesta begini dilarang dan diharamkan.

Sumber akhbar al-Riyadh.

Read more...

Musik Berdosa, Fasiq dan Harus

>> 14.12.09

Suatu ketika dulu, ada orang kata: Kalau dengar lagu atau musik Inggeris, maka kita akan berdosa; kalau dengar lagu atau musik Melayu, maka kita jadi orang fasiq; dan kalau dengar lagu atau musik Arab, maka itu adalah harus. Ini adalah satu hal.

Hal lain, ada ulamak mengatakan musik itu haram dan ada juga yang mengatakan, asal hukum mengenai musik adalah harus. Setelah meneliti alasan semua pihak maka saya memihak kepada yang mengatakan asal hukum adalah harus.

Yang amat saya minati ialah musik serta lagu-lagu Arab klasik. Ia amat indah lagi menyentuh perasaan dan ingatan. Ia menyebabkan saya merasai dan mengingati suasana yang telah dilalui sejak berusia 15 tahun. Macam-macam perasaan dan ingatan muncul kembali.

Malam ini, berkali-kali saya mengulang dengar sebuah lagu Arab klasik. Saya dapat mengingati dan merasai semula beberapa peristiwa terpilih sehingga ke usia 15 tahun saya.

Subhanal-Lah dan Hamdan lil-Lah!

Read more...

Tom & Jerry

Semalam, hari Ahad, saya tak dapat buat apa-apa kerja mengenai Perpustakaan MayaKu. Namun, malam tadi sempat menyiapkan 15 link program Tom & Jerry untuk kanak-kanak.

Insya Allah, beberapa program kartun lain akan ditambah dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan, kanak-kanak juga dapat melayari Perpustakaan MayaKu.

Read more...

Pustakawan Maya

>> 12.12.09

Sejak setup blog Perpustakaan MayaKu pada 1 Desember lepas, banyak masa ditumpukan di situ. Letih juga merayau di maya mencari bahan-bahan untuk perpustakaan. Yang kirim email dan tinggal pesan dalam ruangan komen minta carikan sesuatu pun ada. Ini menyebabkan letih jadi seronok.

Sebagai orang yang tidak pernah sekolah IT dan Perpustakaan, saya terpaksa belajar sendiri mengenai kerja-kerja dalam perpustakaan. Kadang-kadang terfikir, patutlah gaji pustakawan itu lumayan. Patutlah ketua pustakawan universiti termasuk top-leaders di universiti.

Dalam Perpustakaan MayaKu, saya adalah seorang pustakawan. Oleh kerana perpustakaan ini milik sendiri maka saya lantik diri sendiri sebagai Pustakawan Maya. Hhmm, seronok dan tak susah pun masuk bakul, angkat sendiri?

Read more...

YouTube Dari Al-Madinah



Ada beberapa gambar dalam YouTube ini.
Sumber di sini.

Read more...

Bawang Putih Lebih Mahal Dari Emas Dan Hartanah

>> 10.12.09

Media ArabNet melaporkan, harga bawang putih di negera China telah naik sebanyak 40 kali dalam tahun 2009. Ini menyebabkan harga bawang putih lebih tinggi dari harga emas dan harga hartanah.

Kenaikan harga ini disebabkan kepercayaan penduduk bahawa bawang putih boleh mencegah jangkita H1N1.

Hasil kajian mengenai cili merah di sini

Read more...

Taman Dalam Al-Qur^an

Al-Qur^an menyebut berbagai ungkapan "taman" sebanyak 147 kali.
Antara yang selalu dibaca oleh orang Melayu ialah dalam surah Yaasin,
ayat 34. Sedarkah kita, jika kita sambung dengan ayat 35 maka ia menjadi
suatu projek Taman Pertanian yang besar.

وجعلنا فيها جنات من نخيل وأعناب وفجرنا فيها من العيون ـ ٣٤
ليأكلوا من ثمره وماعملته أيديهم أفلايشكرون ـ ٣٥

Terjemahan:
"Dan Kami telah jadikan padanya beberapa taman yang terdiri dari
pokok kurma dan pohon anggur, dan kami telah pancarkan padanya
daripada beberapa mata air. Supaya mereka semua dapat memakan
buahnya dan apa jua yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka.
Apakah mereka tidak bersyukur?" (34-35:36)

Kepadatan Taman:
AyatTermasuk Maksud
Pokok KurmaPokok berbatang
Pohon AnggurPohon Menjalar
Beberapa Mata AirWater Features (Still & Moving)

Objektif Taman:
AyatTermasuk Maksuk
Makan BuahProduk
Kerja TanganProduk Hiliran

Read more...

60% Minyak Wangi di Arab Saudi adalah Tiruan

Pasaran minyak wangi di Arab Saudi meningkat 40% berbanding tahun lepas. Harga jualan meningkat hingga RS 4billion. Harga tertinggi bagi sebotol yang standard RS70,000. Kira-kira 60% daripada minyak wangi tersebut adalah tiruan. Demikian lapor Ukaz dan beberapa akhbar lain.

Read more...

Gambar Pokok QAT

>> 9.12.09

Kajian terbaru mendapati bahawa pokok-pokok QAT menyumbang sebab-sebab berlaku kemarau di negara-negara Afrika, termasuk Yaman. Maklumat mengenai pokok ini dalam link berikut:

Link 1Link 2Link 3Link 4

Read more...

Gambar Fawzan Gembira

>> 8.12.09

Tepat jam 3.00 petang sampai SAS. Fawzan belum keluar dari dewan. 3.40 pm dia keluar bersama kawan-kawan. Semua mereka kelihatan gembira kerana habis peperiksaan SPM.

Lepas tu, kami solat asar di mesjid. Kemudian, menemui Pengetua, ucap terima kasih atas bimbingan dan pimpinan SAS terhadap Fawzan selama 5 tahun. Semasa makan dalam majlis Sirih Pulang Ke Gagang, Pengetua beri ucapan dan nasihat satu perkara sahaja iaitu "Kamu semua jangan tinggalkan solat walau di mana jua dalam dunia ini." Inilah nasihat terbaik dari Pengetua.

Sampai di rumah jam 7.15 malam.

Read more...

Gambar Pertanian Terpaling

Malam ini saya buat Pengembaraan Pertanian Maya. Macam-macam ditemui. Antaranya ialah Upside Down Gardening.
Klik pada link berikut:

Link 1Link 2Link 3
Link 4Link 5Link 6

Read more...

Gambar-Gambar Geleng Kepala

>> 7.12.09

Cerita penuh di sini.

Read more...

Lorong Kehidupan = Terowong Kematian


Gambar atas ialah sebuah lubang bawah tanah merentasi sempadan antara Palastin dengan negeri jiran. Melalui lubang inilah mereka membawa keluar masuk pelbagai barangan yang diperlukan.

Gambar bawah ialah bahagian-bahagian kenderaan yang diseludup melalui lubang tersebut. Bila mencukupi, bahagian-bahagian itu dicantumkan menjadi sebuah kenderaan yang lengkap. Tak perlu daftar dan tak payah bayar sebarang cukai.

Ini hanya satu contoh betapa penting lubang yang merentasi sempadan. Justeru, lubang ini dinamakan Lorong Kehidupan.

Namun, jika silap haribulan atau salah waktu, sesiapa yang menggunakan lubang ini akan ketangkapan atau mengalami kemalangan malah kematian. Kerana itu, lubang ini dinamakan juga sebagai Terowong Kematian.

Begitulah nasib penduduk Palastin!

Read more...

Mari Ke Disko Bersama Dr. Asri

>> 6.12.09

"Berdakwah" atau "menjemput manusia kepada kebaikan serta menegur mereka dari keburukan" boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Asal sahaja ada perancangan yang rapi serta strategi yang licik. Sedangkan, burung-burung boleh diajak untuk berbahasa dan harimau pula boleh dihalang dari menerkam.

Dalam gerakan Ikhwani l-Muslimin, imam Hasan Albanna pernah berdakwah di berbagai tempat atau lokasi. Dalam mesjid sudah biasa dan dalam al-kalabu l-malami juga selalu. Natijahnya, gerakan Ikhwan berpengaruh di seluruh dunia. Dari timur tengah bersayap ke barat dan berkepak juga di timur. Diterima oleh berbagai kaum serta berbilang generasi.

Barangkali itulah yang mempengaruhi Dr. Asri, bekas mufti Perlis. Beliau akan berdakwah ke dalam pusat-pusat hiburan selain dari tempat-tempat biasanya. Beliau dituduh sebagai wahabi, tetapi mampu menjalankan amanah Allah ke setiap inci muka bumi ini. Kepada yang anti-wahabi, eloklah mendahului beliau sebelum para pengunjung disko turut menjadi wahabi; atau, bekukan sahaja pentauliahan kepada pusat-pusat hiburan.

Sumber berkaitan di sini.

Read more...

Jeddah mungkin tenggelam

Pihak berkuasa Arab Saudi sedang berusaha keras untuk memantapkan Ampangan Buhairah supaya tidak rosak. Jika ia pecah, hanya dalam masa 6 hingga 9 jam, seluruh bandar Jeddah akan ditenggelami air.

Sumber akhbar Al-Masa^.

Read more...

Lucu Semasa Meminang

>> 5.12.09

Beberapa tahun lepas saya dan rombongan adik-beradik dan ipar-duai pergi ke Johor untuk melamar seorang gadis untuk pasangan anak sedara (anak adik) saya.

Pada asalnya, sayalah yang diminta jadi wakil untuk bercakap dan terus melamar. Almaklum, saya adalah yang sulung (semua panggil saya: Paklong) dan sudah berpengalaman dalam hal-hal melamar. Namun, semasa dalam perjalanan, saya minta ipar saya yang jadi wakil untuk bercakap dan melamar. Sebab, dia belum ada pengalaman.

Di rumah ayah gadis, ipar saya pun bercakap bagi pihak kami. Wakil keluarga gadis pun menyambut. Berlakulah perbincangan resmi antara dua wakil dan disaksikan dua buah keluarga. Yang lucunya, dalam berbincang itu, wakil sebelah gadis yang tanya "berapa hantarannya", "berapa maharnya" dan "bila nak dilangsungkan".

Yang hadir semua senyum dan berpandangan sesama sendiri.

Read more...

Kiamat Dalam Tahun 1696 Hijrah (2267M)

Hari ini sepanjang masa dalam Perpustakaan MayaKu. Sambil bekerja menambah bahan bacaan sempat juga belajar tafsir al-Qur^an.

Benarlah menggali al-Qur^an tidak akan selesai hingga sampai hari Kiamat. Justeru, tadi saya belajar ilmu huruf serta bilangannya. Menelaah kajian orang-orang terdahulu. Semasa belajar dan mutala'ah tadi, saya ketepikan isu-isu mazhab fiqah. Tumpu sepenuhnya pada ayat-ayat al-Qur^an.

Yang menarik ialah mengenai ramalan Tahun Kiamat. Ringkas kiraannya adalah sebagai berikut:

ق = 100
ن = 50
ص = 90
حم = 48
يس = 70
طه = 14
طس = 69
الم = 71
الر = 231
طسم = 109
عسق = 230
المص = 161
المر = 271
كهيعص = 195

1709 = Jumlah semua.

Maksudnya Tahun Kiamat ialah 1709 hijriah. Ditolak dengan 13 tahun Rasulullah di Makkah (sebelum hijrah), maka bakinya ialah 1696. Kesimpulannya: Tahun Kiamat yang diramalkan ialah pada atau dalam tahun 1696 Hijriah atau sekitar tahun 2267 Masihi.

Dari aspek masa, mungkin pada ulang tahun Maulidi r-Rasul, tarikh wafat baginda atau tarikh nuzuli l-Qur^an, bersamaan hari Juma'at di Kota Makkah.

Read more...

Gambar Seksi. Buat apa ni?

>> 3.12.09

Bila tatap gambar ini, apa yang terbayang dalam fikiran anda. Seksi? Benar! Tapi dia bua apa tu? Hmmm, kalau tak dapat teka, lihat jawapannya dalam ruangan Comment!

Read more...

Gambar Perkara Yang DiUsahakan

Kalau empat-lima bulan lepas bloggers RadenJowo, ISA dan Ramli tengok gambar ini entah apa yang terlintas dalam kepala mereka. Mungkin "Bla bla bla..."

Tapi, kalau sekarang ini mereka tengok, saya dapat agak apa yang ada dalam kepala mereka. Sebab, sejak 21hb. November lepas, mereka bertungkuslumus membersihkan kebun. Tujuannya untuk mendapatkan barang dan perkara seperti dalam gambar itu.

Saya percaya, kawan-kawan di luar sana faham apa yang para bloggers itu sedang buat. Cuma buat-buat tak faham atau pura-pura tak faham.

Read more...

Hujan Lebat Akan Melanda Arab Saudi

>> 2.12.09

Beberapa akhbar Arab hari ini, Rabu 2 Disember 2009, melaporkan bahawa Riyadh akan dilanda hujan lebat pada hari Juma'at dan Sabtu ini. Hujan lebat dijangka akan menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Read more...

Gambar Apa Ni?

Gambar ini saya ambil dari blog RadenJowo. Dia SMS saya malam tadi "Esok confirm gi ladang tuan."

Inilah yang sedang dikaji oleh bloggers RadenJowo, Ramli dan Ikut Suka Aku. Saya sekadar ikut-ikut saja. Insya Allah, RadenJowo akan bongkar rahsia mereka. Hintnya di sini.

Read more...

Berjaga Malam

>> 1.12.09

Malam tadi, berkali-kali cuba tidur. Tetapi tidak berjaya. Fikiran dan semangat tertumpu kepada blog baru. Blog tempat lepak terkini. Blog yang dinamakan sebagai:
Perpustakaan MayaKu

Blog baru itu patut dimajukan secara berterusan. Ia merupakan pelapis kepada perpustakaan lama. Di perpustakaan lama, bahan-bahan bacaan mulai berkurangan. Ratusan buku musnah dimakan anai-anai dan ada juga yang tidak dipulangkan oleh para peminjam.

Sesiapa yang ingin lepak sambil membaca boleh klik link di atas sana atau di bawah ini:

PerpustakanMayaKu

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP