Batang Keladi Dan Ilmu Persenjataan Melayu
>> 31.12.09
Selain ada lauk daging, paru-paru, ayam, dll, ada juga sayur batang keladi. Yang pertama saya capai ialah sayur batang keladi. Kerana, itu adalah sayur yang paling saya minati.
Semasa makan, saya terfikir, ada sayur batang keladi? Bukan masalah janggal di kalangan lauk-lauk, tapi pasal ia adalah pantang larang orang Melayu. Orang Melayu larang orang lelaki makan sayur batang keladi, terutama pengantin baru.
Menurut tradisi orang Melayu, batang keladi baik untuk pukul ular. Baik juga untuk pukul orang kebal; dan macam-macam lagi. Kalau dibuat sayur dan dimakan oleh orang lelaki, maka lelaki itu akan kalah berjuang di bilik tidur. Ada juga mazhab Melayu yang kata, kalau selalu makan sayur keladi tak boleh dapat anak lelaki.
Banyak lagi persoalan dalam kepala saya ketika makan itu. Adakah sayur batang keladi ini suatu taktik khas keluarga pengantin. Adakah keluarga pengantin lelaki nak sudi rombongan pengantin perempuan. Dan macam-macam persoalan lagi.
Apa-apa pun, saya seorang sahaja yang jamah sayur batang keladi. Hampir habis saya sental. Saya tinggalkan sedikit sisa untuk sesiapa yang berkenaan, jika ada. Saya memang perasaan ada beberapa orang tua yang perhatikan saya makan. Aaahhhhhhhhhh, peduli apa? Sayur kegemaran saya. Anak saya 100% lelaki. Saya tak ada anak perempuan. Saya bukan ular dan saya bukan kebal. Saya tiada ilmu pantang. Yang ada hanya pantang jumpa, kebas dan sental sampai kenyang.
5 comments:
Saya baru tahu ada pantang makan keladi ni...
Saya rasa DR. Kebal dgn pantang larang org melayu sebab tu tak ada kesan walaupun mkn sayur batang keladi.
Salam Roslaini,
Orang-orang Melayu generasi lama, terutama para pahlawan dan pengamal ilmu Melayu, memang pantang makan sayur batang keladi. Maklumlah, nak jaga ilmu dan "persenjataan".
Salam Ijoks,
Saya ni anak peneroka hutan-belukar. Apa yang boleh dimakan, semua saya bedal. Keluarga saya tak pernah berpantang selagi tiada nas syarak.
salam Pak Wahab,
Memang orang kita banyak sangat pantang larangnya.
Satu lagi depa pantang keladi kerana takut jadi lembek macam keladi.Bila lembek bukan saja anak lelaki,anak pompuan pun tak dapat.
Post a Comment