012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Kepala Ikan Di England

>> 27.5.09

Tengahari tadi makan nasi dengan kari kepala ikan. Kepala ikan murah, kecil dan tak tau jenama. Tapi kepala ikan.

Peniaga ikan di pasar-pasar England tak jual kepala. Bila membersihkan ikan, kepala di letak pada tempat khas. Sapa-sapa nak, ambil dan percuma. Kebanyakan orang putih ambil buat makanan kucing.

Keadaan begitu diambil kesempatan oleh orang Melayu yang berkeluarga. Dapat tiga-empat kepala dah cukup seminggu. Ada sorang kawan (dari UM) sedang buat PhD dapat 20 kepala ikan berjenama. Dia buat kenduri makan nasi kari kepala ikan.

Gambar hiasan: Yang bawah ni betul-betul kari kepala. Cara makannya, jilat atau hisap tulang sahaja. Yang atas tu ada isi.

22 comments:

Anonymous,  May 27, 2009 at 5:24 PM  

Hmmmm sedapnya. tak der ke sapa sapa kawan nak ajak datang rumah untuk kenduri kepala ikan?

Hai ... nasib nasib.
Tapi ikan kat atas tu mata dia macam pandang Tuan je?

Wakakakak !!!

Unknown May 27, 2009 at 5:28 PM  

hello bang!

ana tak kisah anta mau makan kari kepala ikan atau kari kepala ayam. Tapi ingat le sikit, makan kepala ikan itu elok ke?

Apa kesannya kepada pertumbuhan otak kita. Cergas atau ...LEMBAP..!

ana sekarang dah takut nak makan kepala ikan. Berenti le...

Pengasas May 27, 2009 at 5:52 PM  

W'Salam WakRaden,
Saya tahu tempat kari kepala ikan yang sedap di PJ. DSAI pun selalu makan kat situ, semasa muda-muda dulu.

Pengasas May 27, 2009 at 6:01 PM  

Ramli Saripz,
Ramli Saripz,

Baik tak baik makan kepala ikan adalah perbezaan pendapat ahli-ahli nahu Arab zaman jahiliyah mengenai perkataan أكلت السمكة حتى رأسها

Anggapan "tidak baik makan kepala ikan" bercanggah dengan kaedah-kaedah Islam. Malah dengan beberapa hadith, antaranya البحر طهور ماؤها وحل ميتتها

Wallahu a'lam.

Anonymous,  May 27, 2009 at 6:12 PM  

Assalamu'alaikum tuan,
Ada ustaz-ustaz kata makroh makan kepala ikan.

kompius.

Pengasas May 27, 2009 at 6:39 PM  

Wa'alaikumussalam kompius,

Makruh, mesti ada dalil. Sama juga dengan haram.

Makruh, ada makruh liz-zat dan makruh lil-ghair.

Begitu juga ada makruh lit-tahrim dan makruh lit-tanzih.

Ustaz tu pilih makruh yang mana?

Hukum Islam tak boleh ikut suka hati sahaja atau ikut agak-agak sahaja.

Ustaz-ustaz? Tentu mereka tu bukan ustaz tahu hadith. Atau sengaja nak lawan hadith.

Unknown May 27, 2009 at 7:25 PM  

salam....gambar no.1 memang best. besok confirm beli kepala ikan. saya suka masak sup.

Hijat Panjang... May 27, 2009 at 7:28 PM  

Salam Dr.Wahab...

Hehehehe....dr.cam boleh bau nooo...?? kan usop ambek link dari blog Dr..??? hehehehe...yerlioq la jugak baca posting pasai kari pala ikan tu...hehehehe...mintak calon Bebas N.12 buat meniaga la kat Penanti 31hb Mei..hari ngundi N.12 Penanti....best oooo..ramai kata best kari pala ikan resipi dia....hehehehehe...depa la kataa...

Pengasas May 27, 2009 at 7:40 PM  

W'Salam Tonka,
Sup kepala ikan bagus juga untuk orang lepas demam. Tambah zat, tak perlu ambil vitamin.

Pengasas May 27, 2009 at 7:45 PM  

W'Salam Hijat,
Bukan terhidu. Saja merayau, terjumpa. Mula-mula ingatkan musuh, nampak Hijat lepak kat situ, baru tahu kawan.
Blog Hijat saya letak dalam senarai Pemaya E-J: FSS.

PG May 27, 2009 at 8:21 PM  

Salam Pakcik.
Kari kepala ikan..
Kalau kena ikan merah..sodapnya..hehe

Pengasas May 27, 2009 at 9:36 PM  

W'Salam Dr. PG,
Kepala ikan, dari aspek saintifiknya ada khasiat apa dr.?

NIk Fauziah Nik Hussin May 27, 2009 at 10:15 PM  

salam dr...
wa..bestnya! kari kepala ikan ni kalau masak jangan campur santan.. biar rempah dia banyak sket..cukup dengan air asam jawa je.. satu lagi tempat sedap makan kari kepala ikan di Jalan Kg Atap..
Teringat,saya pernah bincang pasal isu makan kepala ikan dengan bebal atau lembap.. jawab sorang panel tu, ada orang yang tkde otak masih lagi jd pelajar cemerlang di Australia. Cuma katanya mungkin kandungan kolesterol agak tinggi yang boleh memudaratkan kesihatan.

Pengasas May 27, 2009 at 10:30 PM  

W'Salam Nik,
Kalau dari aspek pertanian, kepala ikan adalah bahagian terbaik buat baja. Banyak mengandungi N dan traces yang lain, yang diperlukan oleh pokok.

KakAsma May 27, 2009 at 11:04 PM  

Salam Dr,
first time bg komen nie...
kari kepala ikan ni peberet suami
tapi tak leh beli selalu mahal.jadi berkhasiat atau idak tak jd hal yang jadi hal harga nya..
satu lg saya seronok baca post .dr. lucu ade..serious pun ade.bertambah ilmu saya.
salam kenal dari saya

ISA May 28, 2009 at 12:27 AM  

Salam Dr.

Dok cerita jer... jom pekena sekali... ajak wak raden tu.

Pengasas May 28, 2009 at 12:41 AM  

W'Salam ISA,
29 hb. atau 30 hb pagi nak ke Brickfield ke? Balik tu boleh pekena di PJ.

Pengasas May 28, 2009 at 12:43 AM  

W'Salam Kakasma,
Kepala ikan berjenama agak mahal. Saya beli yang tak berjenama aje. Cukuplah untuk lepas gian.

guru besar haneem kaydeen May 28, 2009 at 12:54 AM  

salam..saya pernah dengar sebuah kisah. kepala ikan ni selalunya mesti dihidang untuk ketua gengster.anak buah tak boleh sentuh sebagai tanda hormat. Tapi bila makan berhidang di tempat awam, ketua tidak akan sentuh, malah menawarkan kepada siapa2 yang tak disukainya. Supaya asasin ingat dia tu ketua gangster nye..hehe entah betul ke mitos saya pun kurang pasti tapi ada logiknya

Pengasas May 28, 2009 at 1:27 AM  

W'Salam Haneem,

Cerita itu memang ada logiknya.
Mungkin gengsters tak boleh dipisahkan dari kepala ikan?
Jadi, sesiapa makan kepala ikan, wah, hebatlah. Hmm.

Haneem! Selamat berpuasa dan bercuti rehat. Bila balik nanti jengoklah kawan2 di sini.

anaklaut May 28, 2009 at 1:30 AM  

salam..Dr,

wah..best nya makan kari kepala ikan..saya pernah rasa..best sangat..apapun tkasih sudi singgah di anaklaut

Dida... May 28, 2009 at 1:40 AM  

Salam..

Teringin nak makan kepala ikan.. tp x pandai cari isinya.. sebab pernah terkena yang hanyir.. jd smpai sekarang x lalu nak makan..

Jadi suami saya la yg dok perabiskan kepalanya.. saya mesti cop yg ekor.. hehe..

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP