012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Kiub Ais Meredakan Sakit Kepala

>> 29.5.09


Petang tadi isteri sakit kepala. Saya suruh dia tidur. Lepas maghrib, dia kata sakit sangat sampai ke mata. Macam nak pecah biji mata. Dia minta saya guna teknik akupunktur.

Saya dah lama tak amalkan akupunktur. Kalau guna pun mungkin tangan dah menggeletar. Jarum-jarum pun entah di mana. Saya belajar akupunktur, teorinya di England dan amalinya di Malaysia. Saya belajar dah selesai tujuan. Tujuan asal nak merawat ibu sahaja. Bila ibu dah meninggal, saya jarang amalkan. Siapa yang minta, saya buat.

Begitu juga tujuan belajar homeopati dan herbalogi. Belajar sampai dapat PhD in Homeopathic Medicine; dan MSc in Herbalism. Boleh buat ubatan sendiri dan boleh merawat pesakit. Tapi tujuan belajar hanya satu, iaitu nak merawat ibu. Bila ibu dah meninggal, homeopati dan herbalogi dah tak dihirau sangat. Ada yang datang minta, baru saya buatkan.

Kalau nak cari duit, buka pusat homeopati, herbalogi dan akupunktur pun boleh. Tapi bukan itu tujuan belajar dulu. Sekarang, hanya by appointment only.

Berbalik kepada sakit isteri tadi. Apa yang saya lakukan ialah dengan membuat tuaman kiub air-batu pada dahi dia dan menekan sedikit pada perut bahagian kanan. Itu teknik urutan. Alhamdulillah. Sekarang dah ok. Dah boleh tidur. Isteri biasa dengan urutan saya. Lepas bersalin pun saya yang urut. Tak perlu panggil bidan.

Sebentar tadi saya goreng kentang. Suruh dia makan. Kalau betul-betul sihat, pagi besok nak jalan-jalan ke Perak. Nak ziarah mengejut blogger Zaid di Telok Intan dan MSK di Kuala Kangsar.

13 comments:

Manjungmari May 29, 2009 at 7:46 AM  

Salam Dr..
Kalau dah terlanjur tu jemputlah singgah ke rumah saya... Lama tak ketemu...
MSK mana nak kat rumah... lusakan PRK penanti... jadi mai ke rumah saya...

PG May 29, 2009 at 7:47 AM  

Salam Pakcik.
Semoga dirahmati ALlah.
Hebat betul Pakcik.
Banyak betul ilmu Pakcik.
Pakcik dan Makcik ni macam pasangan dilamun cinta jer.
Cuba sekali sekala Pakcik tulis kisah cinta di blog ini.
Mesti ramai orang nak baca.

Yong May 29, 2009 at 9:56 AM  

Doc, tima kasih kerana respon pada email Yong. Nanti kita discus projek tu. Anyway, bila baca blog Doc terus Yong pergi ke peti ais. Kebetulan dah 3 hari Yong sakit kepala. Yong ade migrain yang kronik. Malangnya kiub ais dah habis. Anak sedara Yong belasah dan tak refill. Dah selalu buat begitu. Jenuh Yong nasihat bila ambil ais dalam peti ais ganti airnya. Bukan bayar pun. Tapi langsung tak masuk otak. Ini kes masalah remaja. Camne nak handle Doc? Kot anak sendiri Yong piat telinga je.

ISA May 29, 2009 at 12:18 PM  

Salam Dr.

Nampak gayanya projek Brickfield kita tak jadilah yea....

ZAID SAHLAN May 29, 2009 at 7:05 PM  

Berbanyak minta maaf kerana hari ni saya terlepas pandang SMS prof,Blog pulak tak buka, hand Phone pulak saya silent, petang baru tersedar Prof ada SMS... rasa terkilan tak terkata.

Tapi Insya Allah munggu depan kami akan ke Klang, kami akan cari Prof..

Leeza May 30, 2009 at 12:26 PM  

Salam DR...
saya baru pertama kali ziarah blog Dr. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. Nanti kalau pening kepala saya cuba teknik kiub ais.

Pengasas May 30, 2009 at 12:52 PM  

W'Salam Dr. PG,
Insya Allah, sedang difikirkan babak-babak awamnya sahaja. Yang lain, Allah suruh simpan dalam ingatan dan kenangan kami berdua sahaja.

Pengasas May 30, 2009 at 12:55 PM  

Salam Dr. Yong,
Tima kasih kembali. Saya orang pencen. Biasanya bila-bila boleh bincang. Tapi, saya bukan pakar. Setakat kacau daun, ok lah.

Pengasas May 30, 2009 at 12:56 PM  

W'Salam ISA,
Insya Allah, Brickfield tak kensel.

Pengasas May 30, 2009 at 12:58 PM  

W'Salam AnakPakUtuh,
Saya dah cerita dalam posting terbaru saya. Insya Allah, hari Khamis kita jumpa.

Pengasas May 30, 2009 at 1:04 PM  

W'Salam si comot VIP boy,
Terima kasih kerana sudi berkunjung. Saya dah senarai blog anda ke dalam blog ini.

Pengasas May 30, 2009 at 1:08 PM  

W'Salam LizaBujang,
Terima kasih kerana sudi berkunjung. Blog Liza disenaraikan dalam blog ini.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP