012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Orang Malaysia Ramai Yang Sakit

>> 28.5.09


1.15 tengah malam, kejutkan isteri ajak keluar makan. Sampai di restoran 24 jam order 2 roti canai, seketul daging rendang dipotong kecil-kecil dan segelas air buah.

Balik di rumah, saksikan perlawanan bola antara MU dengan Bacelona. 5 dari 7 anak adalah peminat bola. Semua peminat-tegar MU. Anis memilih dan belajar di Manchester University. Sewa rumah berhampiran kelab MU. Dia dan adik-adik ada baju MU ori punya. Puh, punya fanatik. Kata mereka hanya MU yang tak ada kaitan dengan Yahudi.

8.23 pagi bergerak ke Hospital Sg. Buloh, bawa isteri buat medical checkup. Sebenarnya, perjalanan ke sana dua kali ganda lebih jauh berbanding ke Hospital Klang. Cuma, ke Hospital Sg. Buloh tak banyak lampu isyarat dan di sana banyak ruang letak kereta. Sampai ke bilik pendaftaran jam 9.11 dan dapat nombor 4022.

Pada pengamatan saya, di sini, macam di Hospital Klang dan Hospital KL juga. Berduyun-duyun pesakit datang. Di Hospital Ipoh dan Putrajaya juga ramai pesakit. Memang penduduk Malaysia lebih ramai yang sakit. Dari sakit kepala dan mental sampailah kepada sakit kaki dan gout. Hari-hari di sepanjang tahun hospital dipenuhi pesakit. Ini tidak termasuk pesakit yang ke pusat-pusat kesihatan suwasta dan rumah-rumah tok bomoh di merata kampung. Huh, hebat. Kenapa terlalu ramai manusia yang sakit dari yang sehat?

Kami sampai di rumah jam 10.35.

5 comments:

Anonymous,  May 28, 2009 at 12:26 PM  

Anak anak saya pun minat MU juga. Cumanya saya bimbang bila mereka mengelarkan team mereka sebagai Red Devil Team. Lebih lebih lagi logo Team tu menyerupai syaitan berekor dan bertanduk. Mungkin prof boleh beri penjelasan yg lebih arif tentang hukum?Mungkinkah boleh melibatkan aqidah? Harap prof dapat beri penjelasan ?

Pengasas May 28, 2009 at 2:09 PM  

Salam Anon.12:26PM,
Syaitan memang ada disebut dalam Qur^an. Rupa wajah dan logo tidak ditunjukkan kepada manusia. Terpulanglah kepada kita membayangkannya dengan berbagai cara, bentuk atau lambang yang negatif dan jahat syaitan tersebut.
Mengenai anak-anak kita yang meminati team itu perlu kita terangkan atau nasihatkan tentang hal-hal aqidah. Kalau sekadar sukakan mereka (MU) beraksi sahaja tanpa memuja hingga ke tahap beraqidah tidaklah salah.

Saya sendiri bukan minat, tapi sekadar suka mengacau anak-anak sahaja. Setiap perlawanan dengan MU saya akan menyebelahi lawan. Dari situ kami sambil berdaialog. 2 dari 7 anak saya memilih tidak lagi meminati mana-mana pasukan bola.
Wallahu A'lamu bis-sowab.

IAD UPNM May 28, 2009 at 2:58 PM  

Kenapa terlalu ramai manusia yang sakit dari yang sehat?.....

Saya rasa la, ia sebagai ingatan kepada orang2 yang sehat. Maknanya disini tidak semestinya orang2 yang sehat akan senantiasa sehat.

Betul tak Dr? Mungkin Dr ade fakta penambahan berkenaan perkara ini..

P/S: Dr Wahab,saya shafie dari puchong. Saya pernah ambil pohon anggur dan pokok mulberi dari Dr..

Anonymous,  May 28, 2009 at 2:59 PM  

salam dr,

pada pendapat sy mereka sakit kerana banyak faktor yang kita boleh ambil kira.

faktor pemakanan
- roti canai, nasi lemak, teh tarik, kuih muih dan beberapa masakan lain yang berasaskan santan.

faktor cara hidup
- dr, kami rakyat malaysia yg susah tiada pilihan lain dengan hidup yang kesempitan maka terpaksalah bersengkang mata bersujud pada kerja 24 jam disamping gaji yang kecil , ini terkait dengan dasar kerajaan yang zalim.

faktor ilmu
- kurang kesedaran di kalangan rakyat malaysia, hakikatnya memang kita lihat sudah meningkat sedikit dengan lambakan produk kesihatan di seluruh malaysia,tapi nisbahnya masih lagi nafi dengan rakyat malaysia sendiri, nenek2,pakcik2 makcik, dan anak2 muda, mereka tidak fikir tentang kseihatan kerana kesedaran dari ilmu itu kurang

sekian dr - mr ayie

PG May 28, 2009 at 11:08 PM  

Salam Pakcik.
Semoga dirahmati Allah.
Sekarang bisnis yang paling laku ialah bisnis ubat.Sebab ramai orang sakit yang memerlukan ubat.
Sebab itu banyak syarikat MLM banyak membuat dan memasarkan produk kesihatan..

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP