Tak Pernah Bayang Dapat Anugerah
>> 17.5.09
Hari ini, Ahad 17 Mei 2009, ayah saya Arbain Hassan, yang lebih dikenali sebagai Tuan Guru Hj. Saleh Hassan, telah dianugerah Tokoh Dewan Ulamak PAS Selangor.
Majlis penganugerahan dilakukan dalam Majlis Muktamar Sanawi Dewan Ulamak PAS Selangor, di Shah Alam. Sijil dan lain-lain iringan disampaikan oleh Timbalam MB Kelantan, yang juga meresmikan Muktamar Sanawi tersebut.
Ayah, semasa berehat di rumah kami sebentar tadi, merasa amat terharu dengan penganugerahan tersebut. "Ayah tak pernah bayangkan dapat apa-apa daripada PAS. Pada mulanya, ayah menolak anugerah tersebut, tapi Dewan Ulamak datang ke rumah dan ambil ayah serta dibawa ke Shah Alam. Mereka marah kalau tak ikut," ujar ayah.
Saya bagi pihak ayah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dewan Ulamak PAS Selangor.
10 comments:
Tahniah.. ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.
W'Salam Cikgu,
Terima kasih.
Ayah saya ikuti PAS sejak awal.
Mana boleh ikut dia. Kita zaman senang saja. Angkatan dulu zaman mengasas. Kita zaman menuai saja.
Biji kuinin dah ada, kami sedang keringkan, nanti insya allah masa cuti kami ke klang,atau kalau tak sempat kami akan pos
Salam Pakcik.
Apa khabar Pakcik.Semoga dirahmati Allah.
Hebat betul ayah Pakcik.Seorang Ulama yang tawaduk dan disenangi ramai.
Zaman sekarang ni ramai ulama yang dah menjadi `ulam`.
Ilmu yang ada digunakan untuk mendapat tempat,nama serta harta.Bukannya utk medekatkan Masyarakat kepada Penciptanya..
salam Dr..
alhamdulillah... jasa yang baik walau tidak minta dikenang, tetap ada yang tak lupa.
Teringat satu nasyid.. katanya
"di akhir zaman yang paling jahat ulama yang memandang dunia, tabiatnya busuk bak bau bangkai, siapa tercium kan mati jiwanya"
Semoga kita dilindungi daripada ulama sebegini.
Salam Dr.
Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada ayahanda Dr.
Kalau tiada jasa sudah tentu tiada penghargaan. Jasa dan penghargaan memang seiring.
W'Salam PT,
Terima kasih kerana dapatkan biji kuinin. Saya kena belajar pada Cikgu cara menyemai dan menanamnya. Insya Allah saya akan call Cikgu.
W'Salam Dr. PG,
Ayah saya orang biasa saja. Cara orang dulu-dulu, kalau tahu sepatah-dua dikongsi bersama dengan orang-orang kampung. Itu sahaja.
W'Salam Nik,
Ayah saya bukan ulamak besar. Hanya mengajar orang-orang kampung sahaja, sejak dia masih muda-muda dulu. Itulah sahaja.
W'Salam sdra. MountDweller,
Terima kasih kerana tahniah pada ayah saya. Dia hanya mengajar di kampung2, surau2, mesjid2 dll. Mangajar cara lama. Maklumlah bekas pengajian cara pondok. Tak ada tauliah pun. Tapi JAIS tak tangkap pulak!
Post a Comment