Semua Manusia Seluruh Dunia Kenal Mereka Ini
>> 16.5.09
Kemudian, mengintip dalam blog IkutSukaAku. Lucu baca surat seorang isteri kepada suaminya.
Kemudian, lari ke dalam blog MountDweller. Seronok dengar cerita kambing jantan dengan ayam, yang juga jantan.
Pelik, macam berjanji dengan MountDweller. Sama-sama nak tulis pasal dua makhluk itu. Mungkin kami sama-sama orang pencen. Cuma aspek yang diceritakan berbeza.
Pada saya, dua makhluk ini memang istimewa. Keistimewaan mereka bukan pada kegagahan atau kekuatan. Bukan pada pangkat atau kekayaan. Bukan juga pada akademik atau kekuasaan. Cuba kita perhatikan:
Kesatu: Mereka istimewa kerana dikenali oleh seluruh manusia di dunia. Mereka lebih terkenal dari DS Najib, PM Malaysia. Lebih terkenal dari Bush, Ketua Penjahat Dunia. Lebih terkenal dari Setiausaha Agung PBB. Mana ada manusia yang tak kenal ayam dan kambing.
Kedua: Mereka istimewa kerana banyak nama. Di Malaysia, nama kambing ialah Kambing. Nama ayam ialah Ayam. Tapi, di Jepun, nama mereka dah lain. Di England, nama mereka jadi lain. Di Afrika, nama mereka dah berubah. Di Mesir, nama mereka lagi berubah. Nama mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir hanya satu. Seluruh dunia, orang menyebutnya hanya Mahathir. Tak berubah. Tak ada nama lain.
Ketiga: Mereka istimewa kerana hidup sederhana tapi cukup. Mereka tak perlu shopping memilih berbagai makanan. Tak perlu ada pelbagai fasilitas untuk diperagakan. Mereka hanya peragakan diri mereka sendiri. Ayam ada mahkota ibarat raja. Kambing ada janggut ibarat mufti.
Keempat: Mereka istimewa kerana beriman kepada qadhak dan qadar. Mereka tak pernah menyimpan makanan untuk besok. Mereka percaya, besok dan lusa masih ada dan boleh makan. Justeru, mereka tak pernah mengumpul harta untuk anak cucu. Meraka tak ada pelaburan pelbagai saham. Malah, mereka tak ada akaun dalam mana-mana bank.
Kelima: Mereka istimewa kerana diterima oleh semua penganut agama. Penganut Islam boleh makan ayam dan kambing. Penganut Hindu juga boleh makan ayam dan kambing. Berbeza dengan khinzir dan lembu.
Keenam: Mereka istimewa kerana tak akan masuk neraka dan syurga. Manusia dan jin, ada yang ke syurga dan ada yang ke neraka. Iblis dan syaitan semua dihumban ke dalam neraka. Malaikat semua masuk syurga.
Ketujuh dan keseterusnya: Fikirlah sendiri. He he he ….
7 comments:
salam Dr.
Juga kisah kambing dan ayam. Rupanya banyak versi cerita. Baik untuk percambahan minda.
Satu lagi istimewa mreka ialah berpoligami tanpa had bilangan. Meraka sama-sama gagah!
W'Salam MountDweller,
Kita ni macam seperguruan aje. Pasenteren mana ye?
Sama sepertimana bekas ketua singapura dulu di mana beliau telah belajar bahasa melayu, belajar tulisan jawi, bergaul dgn org melayu, mengambil hati org melayu hingga munculnya golongan melayu yg berpegang kepada prinsip semua bangsa samarata dan tiada hak yg istimewa untuk mana-mana kaum. Org melayu diberikan jawatan tinggi dan memegang jawatan no. satu dlm parti bukan melayu. Ye, utk 1 penggal org melayu beratas di atas. Tetapi lama kelamaan keadaan berubah dan janji –janji pun berubah hingga melayu tidak lagi di atas . bahkan kaum ketiga yg minoriti mempunyai kedudukan lebih tinggi dan diberi jawatan tinggi berbanding org melayu sendiri. Akhirnya melayu singapura melukut di tepi gantang. Apakah itu keadaannya akan berlaku di Tanah Melayu .Sejarah berulang kembali... Kita bangga kononnya cina2 pun dh pandai mengaji.. hehehe.. dh nama pun cina laknat, apa pun sanggup dibuat, asalkan hasrat tercapai.. yang tergadai masa depan, anak melayu sendiri..
Berani "KATA CINA LAKNAT"?
Rahmat membawa ke Syurga, LAKNAT MEMBAWA KE NERAKA! FAHAM TAK APA MAKSUD LAKNAT JANGAN MAIN IKUT SUKA CAKAP AJE? KENA TAU HUKUM HAKAM NAK KATA LAKNAT JAGAN IKUT SEDAP MULUT. CINA JUGA MAKHLUK ALLAH, DIJADIKAN PELBAGAI BANGSA MANUSIA AGAR KITA SALING BERKENALAN... ISLAM DI CHINA LEBIH RAMAI DARI DI MALAYSIA... NABI TAK MENGAKU UMAT ORANG YG BERJUANG ATAS DASAR BANGSA..ASABIAH. Tugas kita menyeru kpd islam. Dah berkawan lebih 50 tahun apa yg UMNO buat? Mengapa mereka masih belum mengenali Islam? Bila mereka tak menyokong kamu lagi lalu kamu marah pd mereka? Pergilah ke Mekah tanya bagaiman getirnya Cina Islam utk menunaikan haji..Bencikan Cina kamu bencikan Allah yg menjadikan mereka sebagai ujian kpd kamu. HARAM HUKUMNYA BERKATA AKU LAKNAT KAMU.. belajarlah akhlak islamiah bukan hanya tahu sivik/pendidikan moral
SIAPA YG SERAH DAN BEBASKAN SINGAPURA?
SIAPA YG TANDA TANGAN PERJANJIAN AIR DGN SINGAPURA?..
SIAPA YG NAK HAPUSKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU?
Jadi jangan banding Cina Malaysia dgn Cina Singapura..kerana Negara Singapura "ciptaan" siapa?
Salam Dr.
Saya rasa Dr. dan Ayahanda Mountdweller dah berjanji dalam mimpi nak buat tajuk artikel yang sama.
Sekurang2nya haiwan ini brmanfaat pada manusia, betul tak Dr.? Lebih mulia daripada manusia yang menindas sesama manusia.
W'Salam ISA,
Saya rasa ayahanda MountDweller yang kirim idea tu dlm mimpi. Dia tu tinggi ilmunya, bukan dlm masyarakat saja tapi juga dlm hal-hal lain.
Post a Comment