Mulai Minggu Yang Sebok
>> 25.5.09
Malam nanti, ada mesyuarat rukun tetangga. Dah ada beberapa rumah dipecah masuk dek pencuri. Harapkan polis? Faham aje lah jawapannya.
28 haribulan, akan ke Hospital Sungai Buloh, bawa mak datin buat medical checkup. 30 haribulan, akan ke Temerloh ziarah adik.
31 haribulan, akan ke Felda Kumai ziarah ipar buat kenduri kawin anak.
1 Jun, nak meracun rumput di kebun. 2 Jun, ada appointment dengan pakar urologi di HKL.
Huh, padat punya jadual. Itu belum jadi YB lagi. Kalau jadi MB pulak, kurus kering macam pesakit TB.
9 comments:
Salam Dr.
Kesibukan akan membuatkan kita segar. Orang lama macam kita mesti selalu mencari aktiviti berpeluh dan aktiviti meligatkan otak kalau tidak kita akan cepat dimakan tanah!
W'Salam MountDweller,
Patutlah Rasulullah berpesan supaya ingat waktu lapang sebelum waktu sebok.
Salam Pakcik..
Alamak.. pakcik bleh baca plak komen yg saya dah delete..
Sibuk betul pakcik ye..walau pun saya baru kenal pakcik diruangan maya ni.. saya dapat rasakan yg pakcik ni org yang agak terkenal..
Pakcik ni pensyarah universiti ke?
Maaf jika soalan saya mengganggu privasi pakcik..
W'Salam Dida,
Dulu prof. madya di uitm dan prof. di ihrm, etc. itu dulu. sekarang orang pencen. kalau ayam pencen harganya dah terlalu murah.
Tapi tandatangan masih laku lagi.
wakakakak !!!.
- raden -
Uish.. Prof madya.. segan plak nak panggil pakcik... tp mcm lebih mesra panggil pakcik.. Org lain panggil Dr.
Takpe pakcik.. walaupun dah pencen.. tp ilmu tu masih mahal lagi.. kongsi la segala ilmu yg ada diblog ini utk pengunjung2.. krn ilmu itu sebenarnya harta yg lebih bernilai dari segala harta yg ada..
Saya rasa terhormat kerana pakcik sudi singgah blog saya.. tegur lah apa2 sekiranya saya ada terlanjur kata di blog saya tu..
Saya bersedia menerima teguran... dan sentiasa mencari yang terbaik..
Ha..ha..ha.. tandatangan laku lagi... ok la tu...
Salam Dr.
Jadual dah padat... macam-mana nak pekena nasi kandaq di Brickfield.
Tauke ladang cili nak belanja...
Assalamulaikum Pakcik.
Semoga dirahmati Allah.
Aktiviti Pakcik amatlah seboknya.
Itulah dia Prof AW Arbain,yang tidak pernah duduk saja.Ilmu di dada penuh sentiasa.Marilah kita generasi muda menimbanya
W'Salam wahai sahabatmaya semua!
wak raden,
Sekali tandatangan 70% markah. Result akhir student tu dapat 94%.
Dida,
Betul ke, kalau nak lembutkan daging ayam pencen, semasa memasak kena campur dengan penadol atau daun betik?
ISA,
Jadi ke nak ke Brickfield tu. Minggu depan OK.
PG,
Sebok dengan menyebok jauh bezanya kan?
Post a Comment