Besok Mula Program Baru
>> 9.5.09
Petang, siram pokok-pokok depan rumah dan basuh kereta. Dah kotor, pasal ke kebun tadi. Semasa basuh kereta, hanya berkaki ayam. Terasa sakit tapi teruskan juga. Badan berpeluh hebat. Sampai basah rambut di kepala.
Lepas solat maghrib, berbaring. Sengal-sengal kaki dah pulih. Badan terasa letih tapi lebih sihat. Teringat berkaki ayam semasa basuh kereta. Teringat rawatan refleksologi. Dan teringat amalan akupunktur.
Sah! Berkaki ayam petang tadi membawa kesan. Justeru, insya Allah, mulai malam besok akan berjalan-jalan depan rumah secara berkaki ayam. Riyadhah baru untuk diri sendiri. Semoga hidup sihat dan bermanfaat.
2 comments:
Salam Pakcik.
Betul pakcik.Dalam sehari kita digalakkan untuk memijak tanah dengan kaki kosong,sebab asal kita dari tanah.
Dengan memijak batu-batu yang tajam tu pun bagus,sebab dia boleh `stimulate` atau rangsangkan saraf-saraf kita.
Amboi pakcik..basuh kereta baru nampak..
W'Salam Dr PG,
Terima kasih atas maklumat yang sungguh bermanfaat, terutama untuk si pencen macam pakcik ni.
Petang tadi dah bermula program baru. Berkaki-ayam atas batu jalanraya sejauh 840' sebagai permulaan.
Post a Comment