012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Merombak sistem makan

>> 30.1.13

Gambar hiasan. Google

Hari ini Rabu. Full time bersidai di rumah. Demam belum
cukup kebah. Sambil itu, memikir hikmah dari demam yang
dianugerahkan oleh Allah. Alhamdulillah ...!!!

Insya Allah, sistem makan akan diubah. Antara perubahan
itu, makan pulut hanya sekali-sekala dan sikit sahaja;
kari ikan patut dikurangkan; usah banyak sentuh sambal
belacan; bla bla ....

Mungkin sup dan singgang ikan lebih berkhasiat.?

Read more...

Dendam pada Pulut (Edited)

>> 29.1.13


Hari Khamis, hari maulidir-Rasul, makan pulut kuning
dengan kambing bakar. Petang Jumaat, makan pulut biasa
dengan kari senangin. Pagi Sabtu, makan pulut lagi. Dan,
pagi Ahad, lagi makan pulut. Seolah-olah balas dendam
kerana dah lama tak makan pulut.

Akibatnya, malam Isnin, mulai rasa demam. Perut rasa
tak selesa. Mual dan muak. Sering buang air besar. Letih
lesu, kurang bertenaga. Akhirnya, hari ini, Selasa, saya
mengadu pada doktor pakar. Dia senyum sahaja.
Dia bagi sejenis ubat buang angin.

Read more...

Dah mulai OK. Stabil

>> 27.1.13


Jumaat lepas ke kebun. Anak pohon-pohon anggur yang
ditanam dah mulai OK. Stabil. Alhamdulillah ...!!!

Semalam Sabtu. Hari ini Ahad. Lepak-lepak di rumah.
Cucu-cucu dan menantu-menantu datang. Insya Allah,
besok akan jenguk kebun.

Read more...

Alhamdulillah! Sayur Meranti dan Ulam Jarjir

>> 25.1.13


Petak sebelah kiri (cambah yang dah tinggi) itu ialah
Ulam Jarjir. Petak sebelah kanan (cambah yang masih rendah)
ialah Sayur Meranti. Semua itu disemai pada 18 Jan. 2013 yang lalu.
Alhamdulillah ...!

Read more...

SubhaanaLLAAH ...!

>> 23.1.13

Hasil memancing di tepi kebun.

Sejak majukan kebun sendiri kira-kira
13 bulan lalu, kini dah dapat banyak hasilnya. Dari
aspek kesihatan, memang berpuluh kali ganda lebih baik.
Dari aspek makanan, kebanyakan bahan dah jadi percuma.
Sayuran dan ulaman tak perlu beli. Ikan untuk lauk
pun percuma. Hanya beras yang mesti dibeli.

SubhaanaLLAAH!
Dia memang Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Read more...

Anak pokok apricot

>> 22.1.13

Alhamdulillah, anak pokok apricot cepat naik. Belum
berbaja dan tiada layanan khusus. Beberapa hari lagi,
para peminat yang buat tempahan dalam tahun 2012 boleh
ambil. Yang buat tempahan awal 2013? Kena tengok dulu
keadaan. Kalau ada lebih, insya Allah, boleh dapat.

Read more...

Majlis pertunangan

>> 21.1.13

Ahad, pagi. Ke rumah adik di Temerluh, Pahang.
Rombongan dari Muar sampai kira-kira jam 2.45 petang.
Majlis merisik dan bertunang berjalan lancar. Amat mudah
dan sederhana. Tiada yang dijunjung atau dikelek seperti
dilakukan sesetengah orang Melayu merisik atau melamar.

Pihak lelaki hanya membawa hadiah sebentuk cincin untuk
disarungkan ke jari manis si gadis. Benar-benar menepati
nasihat dan saranan Rasulullah s.a.w. Adik saya pula,
tiada apa-apa permintaan selain mahar yang diarahkan
oleh Allah s.w.t. Alhamdulillah, semoga semua pihak
mendapat barakah serta kebahagiaan.

Farah disarung cincin oleh ibu-sedara si jejaka.

Read more...

Benih dan jus Raspberry

>> 19.1.13

Lepas solat zuhur, bawa kereta ke tempat basuh.
Lepas basuh dan cuci kereta, pergi ke Tesco membeli-
belah. Nampaknya harga banyak barang mulai naik (BN).

Lepas asar, proses benih pohon raspberry. Akan masuk
proses florigenisasi selama tiga bulan. Kemudian proses
mimik-cuaca beberapa minggu. Akhir sekali disemai.


Khasiat Jus Raspberry ....

Read more...

Tanam pokok Sutera (UpDated)

Petang semalam, tanam beberapa batang pokok
Sutera (Mulberry). Sebelum itu, tanam sebatang
pokok Tart Cherry.

Hari ini, lepak di rumah. Tunggu cucu kembar nak
datang. Pagi besok, nak ke rumah adik di Pahang.


Khasiat Daun Pokok Sutera ....

Read more...

Rebusan Apa ni ...?

>> 18.1.13

Semalam, Khamis. Seperti biasa berehat di kebun.
Sempat menyemai benih sayur meranti dan ulam jarjir.
Sembur daun pohon anggur dengan anti-serangga buatan
sendiri. (Lihat gambar bawah).


Bahan-bahan: Cili api, bawang putih, halia,
sedikit minyak masak, air dan serai wangi.

Read more...

Jus Apa ni ...?

>> 16.1.13

Hari ini tak keluar rumah. Seronok pula
lepak, tidur-tidur dan main internet. Sambil
tu berfikir nak melawat Pahang, Kelantan dan
Terengganu.

Besok, insya Allah, ke kebun. Antara aktiviti
akan dilakukan ialah menguruskan pokok pegaga.


Khasiat Pegaga ....

Read more...

Lepak Petang

>> 14.1.13


Hari ini bawa kereta tukar minyak enjin. Ganti penapis
minyak dan tukar spark plugs. Tambah air penyejok enjin
dan air wiper. Pergi basuh dan bersihkan sampah sarap.

Beli sekotak limau mandarin. Sampai di rumah, perah
beberapa biji untuk diminum cucu kembar. Bagus untuk
peringkat awal selsema dan baik juga untuk sembelit.

Petang, lepak-lepak sambil memikirkan jadual
besok hari. Insya Allah, ke kebun.

Khasiat Limau Mandarin ....

Read more...

Kiwi dan Apricot

>> 12.1.13

Antara kerja yang sempat dilakukan hari ini:

12 anak pohon kiwi

19 anak pokok bitter apricot.

Read more...

Wow ... SantaiD'Sahara ...? (Edited)

>> 11.1.13

SantaiD'Sahara sepupu SantaiD'Rimba

"“We go out to the desert frequently in these times
because we find a safe-haven and comfort and tranquility,
especially after a big effort at work, fatigue and the
headaches of the city. Many things make us run away to
the desert to enjoy a night or two quiet nights with
the desert’s calm, beauty and its cold winters,”
he said." Sedutan dari sini ....

Read more...

Keratan Cabang Zaitun

>> 10.1.13


Semalam tak ke kebun.
Hari ni, 12.53 dah sampai.
Memindahkan cambah semaian apricot.
Menyemai lima keratan cabang Zaitun.
3.20 petang, bergerak pulang.

Read more...

Pengaruh Cuaca terhadap Buahan dan Sayuran

>> 9.1.13


Pengaruh Cuaca ....

Read more...

Hah haa. Serai Wangi

Gambar hiasan. Google.

Semalam ke SantaiD'Rimba.
Cadang nak sambung experiment serai wangi.
Sejauh mana kesannya sebagai anti serangga.
Namun, bila asyik buat macam-macam kerja terlupa
kepada experiment. Insya Allah,
besok atau lusa boleh sambung.

Read more...

Keratan Pokok Zaitun

>> 7.1.13

Keratan dibuat pada 02 Jan. 2013.
Tadi, dah disemai (sebatang sahaja).

Keratan dibuat hari ini.
Akan disemai beberapa hari lagi.
(lima batang keratan).

Read more...

Wow, benih Bitter Apricot

>> 6.1.13


Minggu lepas saya menyemai beberapa benih apricot pahit.
Alhamdulillah, hari ini dah banyak yang bercambah. Dalam
gambar atas, enam benih yang mendahului benih-benih lain.

Menurut azam tahun 2013, bulan Januari ini ialah bulan
menyemai benih apricot. Mereka yang menempah benih dalam
tahun 2012 masih ramai yang menunggu. Bulan Februari pula
ialah bulan menyemai benih sweet cherries.

Read more...

Pisaanngg, pisang

>> 5.1.13

Hari ini ke kebun lagi. Ada kesan buah pisang
dicuri. Minggu lepas, pencuri ambil ubi dan lain-
lain. Hebat orang Melayu ni. Pekerjaan dia ialah
mencuri.

Hari ini juga kali pertama jual buah pisang. Jual
secara runcit. Minggu depan, insya Allah, pembeli
itu akan datang lagi.

Read more...

Mempasu Pokok Zaitun dan Menanam Pokok Pear

>> 4.1.13

Jam 10.34 pagi, dah sampai di kebun. Hari ini
dapat buat banyak kerja. Sebelum balik jam 5.53 petang,
sempat mempasu dua anak pokok zaitun dan menanam tiga
anak pokok pear. Insya Allah, besok nak tanam anak
pokok yang lain pula.

Read more...

Anak Sulung boleh kembar dengan Anak KeEnam?

>> 2.1.13

Malam tadi, merayau dalam facebook. Tiba-
tiba, terjumpa sekeping gambar anak-anak sendiri.
Gambar tu: Anis, anak sulung, satu pentas dengan
Fawzan, anak keenam. Yang menariknya, mereka tu
berpakaian cara yang sama. Macam pakaian orang-
orang kembar.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP