Majlis pertunangan
>> 21.1.13
Rombongan dari Muar sampai kira-kira jam 2.45 petang.
Majlis merisik dan bertunang berjalan lancar. Amat mudah
dan sederhana. Tiada yang dijunjung atau dikelek seperti
dilakukan sesetengah orang Melayu merisik atau melamar.
Pihak lelaki hanya membawa hadiah sebentuk cincin untuk
disarungkan ke jari manis si gadis. Benar-benar menepati
nasihat dan saranan Rasulullah s.a.w. Adik saya pula,
tiada apa-apa permintaan selain mahar yang diarahkan
oleh Allah s.w.t. Alhamdulillah, semoga semua pihak
mendapat barakah serta kebahagiaan.
Farah disarung cincin oleh ibu-sedara si jejaka.
4 comments:
Salam Tn Prop,
Kadak basaruan kah?
kulaan mahadangi......
W'salam TokGajah,
Lawas lagi arohnyak. Luman talah mangaji kahai ...
tahniah kepada Farah... moga sampai jodohnya
Salam IbuIntan,
Terima kasih kerana mendoakan kebaikan untuk kita semua ...
Post a Comment