Dendam pada Pulut (Edited)
>> 29.1.13
Hari Khamis, hari maulidir-Rasul, makan pulut kuning
dengan kambing bakar. Petang Jumaat, makan pulut biasa
dengan kari senangin. Pagi Sabtu, makan pulut lagi. Dan,
pagi Ahad, lagi makan pulut. Seolah-olah balas dendam
kerana dah lama tak makan pulut.
Akibatnya, malam Isnin, mulai rasa demam. Perut rasa
tak selesa. Mual dan muak. Sering buang air besar. Letih
lesu, kurang bertenaga. Akhirnya, hari ini, Selasa, saya
mengadu pada doktor pakar. Dia senyum sahaja.
Dia bagi sejenis ubat buang angin.
0 comments:
Post a Comment