012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Jenahak oh jenahak

>> 31.10.12

Hari ini balik awal dari kebun. Terpaksa.
Sebatang gigi reput telah patah; dan tunggulnya
ditimpa sakit. Faham-fahamlah, bila sakit gigi,
orang terbatuk pun kita marah.

Dalam perjalanan, singgah di pasar nelayan
Sungai Yu. Saya nak beli ikan A dan isteri nak beli
ikan B. Nak berkempen tak boleh. Gigi sedang sakit.
Jawabnya, beli ikan A dan ikan B.

Cerita lanjut ...

Read more...

Musim Tuai Ubi Kayu

>> 28.10.12

Sumber gambar ...

Minggu lepas, cabut sepokok ubi kayu merah (pikul)
dan sepokok ubi kayu putih. Semua sudah berubi dan
ada yang bersaiz besar. Maksudnya, pokok-pokok yang
lain patut dicabut sekarang. Jadi, minggu ini, mulai
besok ialah musim menuai ubi kayu.

Namun, ada beberapa hal yang perlu dirancang dengan
baik. Sebab, bila kita cabut pokok ubi maka pucuknya
juga kita petik. Banyak tu. Begitu juga batangnya.
Yang hendak ditanam semula tidak seberapa.

Insya Allah, sedara-mara dan kawan-kawan akan
dapat habuan masing-masing. Lepas tu nanti, nak
tuai buah pisang pula. Wow ... Alhamdulillah ...

Read more...

Wow ...!!! Makan Besau ...!!!

>> 26.10.12

Wow ...!!! Makan Besau ...!!!

Read more...

Anak Pokok Pear

>> 25.10.12

Hari ini, Khamis, ke SantaiD'Rimba bersama Anas.
Aktiviti utama ialah memindahkan anak pokok pear ke
dalam pasu plastik yang lebih besar (gambar bawah). Cara
begini, anak pokok cepat membesar dan segera berbuah.

Anak pokok pear dikelilingi oleh bunga lidah burung.
Ada 49 pokok (pasu) sahaja.

Read more...

Cis. Sungguh biadab ...?

>> 24.10.12

Cis. Sungguh biadab ...?
Rembat dari sini ...

Read more...

Gambaran kehidupan kini

Isnin dulu semalam hingga petang Selasa semalam
berehat sambil buat aktiviti kesihatan di SantaiD'Rimba.

Hari ini Rabu. 4.30 pagi, anak dan menantu balik beraya
di Kelantan. 3.00 petang, sorang lagi anak akan pergi
beraya di Kelantan. Itu baru dua orang menantu dari
Kelantan. Beberapa tahun lagi, mungkin sorang lagi
menantu dari Kelantan.

Lewat petang nanti anak bungsu akan sampai dari
asrama. Fawzan, di USM Kubang Kerian, tak balik.
Nak beraya di Kelantan.

Hari Sabtu nanti, adik di kampung buat qurban.
Ahad besoknya, adik di felda buat aqiqah. Tentunya
dah tiga hari tak ke kebun. Beberapa hari kemudian,
tetamu dari Sabah dijangka sampai ke SantaiD'Rimba.
Khabarnya, nak berunding mengenai penanaman pokok-
pokok temperate. Selain itu, seorang lagi usahawan-
tani nak datang berunding mengenai pembenihan
pokok zaitun.

Hhmm, kalau dah sibuk begini, macam
tak pencen lah jadinya.

Read more...

Mahkota ...? Kaahhh, kah kah ...?

>> 21.10.12

Ahad. Pagi, ke Sg. Buloh Kusta. Beli Tanah
Baik 50 kampit. Dari sana terus ke SantaiD'Rimba.
Baru kerja sikit-sikit, hujan turun lebat dan renyai-
renyai secara berselang-seli.

Lepas solat zuhur, bergerak balik. Singgah di jeti
nelayan yang terdekat dan terbaru. Ikan belum naik.
Singgah pula di pasar nelayan Sg. Yu. Alhamdulillah,
ada banyak ikan. Wow, borong lagi ikan-ikan di situ.
Murah dan segar. Amat murah berbanding harga
di pasar biasa.

Besok ke kebun lagi, insya Allah. Kalau tak hujan,
nak tanam pokok mahkota dewa.

Sumber gambar: Google.

Khasiat Mahkota Dewa ...

Read more...

Jeti Nelayan Kecil

>> 20.10.12

Gambar hiasan Google.

Minggu lepas, kami berehat dua hari di SantaiD'Rimba.
Dari pagi Selasa hingga petang Rabu. Pagi Rabu tu, kami
ke jeti nelayan di tepi laut. Hasil tangkapan mereka
semua fresh dan belum kena air batu. Murah-murah pulak
tu. Wow, seronok memborong. Orang ramai perhati muka
kami lalu bersenyuman. Mungkin mereka kesihankan kami.
Mereka tahu yang kami geraguk ikan fresh lagi murah.
Maha kaya Allah ...!

Read more...

Wow ...! Naik Semangat Tonton Video ni ...!

>> 18.10.12


Kaitannya di sini ...

Read more...

Dua Taman di SantaiD'Rimba (Edited)

Sumber gambar ...

Dari pagi Selasa hingga petang semalam, Rabu,
berehat di SantaiD'Rimba. Sempat tanam 11 lagi pohon
anggur. Insya Allah, akan tanam lagi beberapa pohon
dalam bulan-bulan hadapan

Pohon-pohon kiwi yang lama sudah dimusnahkan. Benih-
benih baru dalam proses penyediaan. Apabila tumbuh nanti
akan ditanam bersebelahan kumpulan pohon anggur. Maka,
akan jadilah apa yang difirmankan oleh Allah sebagai
dua taman, di sebelah kanan dan di sebelah kiri.
Aaaamiin, ya Rabb.

Read more...

Hah haaa, Gambar ni ...

>> 15.10.12

Hari ni, Isnin. Lepak kat rumah. Memang
boring. On computer, rayau rata-rata. Terjumpa
gambar kat bawah tu. Teliti dan banding dengan
gambar-gambar lain. Nampaknya gambar yang ini
lebih sesuai diteliti secara menyeluruh. Boleh
dijadikan idea camna nak buat Rimba Anggur.

Sumber gambar ...

Read more...

Maka bermulalah Proses Perimbaan Pohon Anggur

>> 14.10.12

Hari ni berehat di kebun. Sambil study dan design
beberapa perkara mengenai pertanian. Sebelah petang,
sempat dirikan tiga tiang untuk dijadikan trellis
pohon anggur. Kemudian, tanam dua anak pohon anggur.
Dengan itu, bermulalah proses perimbaan pohon anggur
di sekitar bangunan SantaiD'Rimba (gambar atas).

Read more...

Zon Burung

>> 13.10.12

Di kebun, banyak burung liar. Berbagai jenis. Ada
tekukur, merbuk, sintar, puyuh, merbah, murai dan lain-
lain. Di sekitarnya pula banyak burung wak-wak dan ada ayam
hutan. Itu menjadikan saya rasa seronok dan geram. Seronok
menonton dan geram nak memakannya.

Jadi, saya bercadang nak sediakan suatu kawasan
yang dinamakan sebagai Zon Burung.

Gambar Burung Sintar (Google)

Read more...

Rahsia SantaiD'Rimba - Utama 2

>> 12.10.12

Perkara Utama 2 ialah petunjuk Allah dalam surah
As-Saba', ayat 15:

لقد كان لسبأ فى مسكنهم آية جنتان عن يمين وشمال كلوا من رزق
ربكم واشكروا له بلدة طيبة ورب غفور

"Sesungguhnya bagi penduduk Saba', di negeri mereka ada
satu tanda kekuasaan Allah, iaitu dua taman, di sebelah kanan
dan di sebelah kiri. Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah
kepadaNya. Inilah kediaman yang bermutu lagi mendapat
keampunan Tuhan."


_________
Perkara Utama 1 ...
_________
Ayat-ayat mengenai perkara utama 3 akan disiarkan kemudian.

Read more...

Gambar lama

>> 10.10.12

Siang tadi berurusan di Klang. Kemudian ke pasar
raya. Lepas zuhur ke pejabat tanah di Kuala Selangor.

Petang, hujan lebat sampai malam. Jadi, lepak dalam rumah
sambil buka album tradisional. Tiba-tiba jumpa gambar-gambar
lama. Yang hitam-putih pun banyak. Kat bawah ni antara yang
ditemui. Gambar semasa bawa anak-anak ke Alton Tower, UK,
dalam tahun 1983.

Read more...

Nak Sangat Merasa

Semalam, Selasa. Pagi, teragak-agak sama ada
berehat di rumah atau bersantai di kebun? Jam 10.33
buat keputusan; dan 12.17 sampai di kebun.

Di kebun: Semua anak pear dan epal yang diubah dari
bekas semaian pada hari Ahad dah OK dan stabil. Tiada
satu pun mati atau layu. Alhamdulillah.

Isteri berkali-kali cakap nak cuba potong rumput guna
mesin. Saya kata, itu kerja berat dan merbahaya. Tapi
dia degil, nak juga guna mesin tu. Hah, amik ...

Nak sangat merasa kerja guna mesin. Tapi, OK la.
Bersih gak kat depan rumah tuh. Mekasih.

Read more...

Ladang Anggur

>> 9.10.12

Sumber ...

Semalam, Isnin, pagi. Lepak di rumah sambil jelajah
ke beberapa ladang anggur luar negara. Tujuan, cari idea
nak buat Rimba Anggur di Sekinchan. Sayangnya, hari ni
liputan internet kurang bagi kerjasama.

Petang, pergi pasaraya membeli-belah.

Read more...

Semaian Packham Pear

>> 7.10.12

Jumaat dan Sabtu berehat. Hari ini Ahad. Pergi
kebun dengan penuh semangat. Mengubah semaian epal
granny smith dan fuji, pokok tin (fig) dan 49 semaian
anak pokok packham pear (gambar bawah).

Read more...

Wow, dapat Cucu Perempuan ooooo

>> 6.10.12

Semalam Jumaat. Tak ke mana-mana. Cuti umum.
Rehat mega. Hari ini, Sabtu. Cadang nak ke kebun.
Tapi, malam (pagi) tadi, kira-kira jam 2.47, Anis
call dan bagitahu yang Lily telah melahirkan seorang
Puteri di Putrajaya. Wow, alhamdulillah, kami dapat
cucu perempuan pertama. Wow ...

Tengahari, kami melawat cucu perempuan di Putrajaya.
Semasa balik, singgah beli kanopi 3mx3m dengan harga
RM130.00. Tak tahulah, mahal atau murah. Cadang nak
bawa ke kebun. Insya Allah, besok.

Read more...

Rimba Anggur (Edited)

Khamis, di kebun, tak ada riyadhah fizikal
selain tanam dua keratan batang Munggai. Sepanjang
hari meninjau, membayang dan memikirkan hal-hal yang
berkaitan dengan rancangan nak setup Rimba Anggur.
Alhamdulillah, dah buat keputusan.

Sumber gambar ...

Read more...

Wow, bestnyeerrrrrr

>> 4.10.12

Semalam, Rabu. Pagi, ke Sg. Buloh beli 20 beg Tanah
Baik untuk buat beberapa semaian. Kemudian terus ke kebun.

Hari ni, lambat ke kebun. Isteri gi Tesco membeli-belah.
Dalam perjalanan ke kebun nanti nak menyinggah beberapa
tempat. Di Balai Polis nak bayar kompaun memandu melebihi
had laju. Di Pejabat Tenaga nak mohon masuk letrik untuk
rumah di kebun. Dan di pasar nak beli buah betik. Isinya
untuk dimakan dan bijinya untuk disemai.

Ceritanya di sini ... dan di sinun ...

Read more...

Fikir nak design loteng (attick)

>> 1.10.12

Gambar hiasan: Google.

Hari ini, Isnin.
Dah tiga hari tak ke kebun.
Insya Allah, besok akan ke sana.

Sekarang dah boleh fikir bentuk dan bajet
loteng yang hendak dibuat. Loteng ini akan
menjadi tempat tidur, ruang mencerap dan
pusat sumber.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP