Gambaran kehidupan kini
>> 24.10.12
berehat sambil buat aktiviti kesihatan di SantaiD'Rimba.
Hari ini Rabu. 4.30 pagi, anak dan menantu balik beraya
di Kelantan. 3.00 petang, sorang lagi anak akan pergi
beraya di Kelantan. Itu baru dua orang menantu dari
Kelantan. Beberapa tahun lagi, mungkin sorang lagi
menantu dari Kelantan.
Lewat petang nanti anak bungsu akan sampai dari
asrama. Fawzan, di USM Kubang Kerian, tak balik.
Nak beraya di Kelantan.
Hari Sabtu nanti, adik di kampung buat qurban.
Ahad besoknya, adik di felda buat aqiqah. Tentunya
dah tiga hari tak ke kebun. Beberapa hari kemudian,
tetamu dari Sabah dijangka sampai ke SantaiD'Rimba.
Khabarnya, nak berunding mengenai penanaman pokok-
pokok temperate. Selain itu, seorang lagi usahawan-
tani nak datang berunding mengenai pembenihan
pokok zaitun.
Hhmm, kalau dah sibuk begini, macam
tak pencen lah jadinya.
4 comments:
Sempena AidilAdha... terpaksalah korbankan masa.
Sabtu nanti kita beraya di Kebun.. insyallah..
boleh bukak kebun baru kat Kelantan ni...hehehe
Salam ISA,
Saya ke rumah adik buat qurban ...
Mungkin singgah sebentar ke kebun ...
Salam smRose,
Ada juga yang cadang buka cawangan di sana ...
he he he ...
Post a Comment