Kecil Tapi Baru
>> 8.5.09
Tengahari tadi ke Putrajaya ambil Anis dan bawa dia ke Sek. Alam Shah. Tempat terdekat untuk berjuma'at. Lepas tu, bawa Fawzan balik ke rumah. Minggu lepas dia tak balik kerena ke Pulau Pinang.
Sampai di rumah kira-kira jam 15.30. Cadang nak tidur dalam 50 minit. Baru terlelap beberapa minit ProDua call suruh ambil yang dalam gambar di bawah. Terpaksa batal rancangan nak tidur dan terus ke sana. Sekarang, ViVa850 tu dah ada depan rumah. Oleh kerana dia itu besi dan dah dibayar RoadTax maka tempatnya ialah di tepi jalan. Dia nak masuk rumah? Sorry, halaman rumah pun tak boleh. Ingat RoadTax!!!
ViVa850 ni kecil dan rengan. Goyangnya pun kuat. Tapi OK laa. Sedap juga rasanya. Almaklum, baru.
9 comments:
Salam Dr
Wow Viva baru. Haah betuiler. Kite udah bayor road tax. Kalo jalan ataih jalanraya, parknyepun mesti dekat2 jalan tu juge. Lepaih ni yang park keter bawah pokok atau dalam garaj boleh mintak diskaun road tax.
Salam Pakcik..
Mantap..dalam diam dah pakai kereta baru.Cantik jugak yer.Janji jimat minyak.
W'Salam Mamamat,
Biarlah dia dijaga dek insuran. Buat apa dia menyesak rumah kita. Sedara tidak kawan pun tidak. Hanya alat keperluan di jalan.
Apa cerita pokok sutera dan pohon anggur? Dah lama tak dengar berita. Almaklum, masing-masing sebok.
W'Salam Dr.PG2U,
Alhamdulillah! Cukuplah untuk keperluan di jalanan. Yang penting, maksud tercapai. Pakcik memang tak kesah pasal kereta. Banyak hal lain yang lebih penting.
Pakcik takut, kereta cantik tapi hati berkarat.
Pakcik masih ada motosikal kapcai. Kalau setakat ke P.Pinang, rasanya masih sampai.
Salam Dr
Dua pokok sutera telah ditanam atas tanah di taman herba sebuah sekolah. Beberapa pokok sutera lagi akan ditanam di tapak CERIA seluas 60'x 250' minggu depan. Tapak Dango CERIA telah diratakan. Pokok anggur tinggal dua pokok jer yang masih idup. Semua pokok baru pulih setelah abih daunnya terbakar akibat lebih baja. Iniler ghupernye bile udah tak gheti berkebun ...
Yang mudah guna baja organik. kalau terlebih guna pun tak apa... kesilapan yang tidak mendatangkan mudharat. Macam naik motor ER650 saya tu dia mudah memaafkan kesilapan penunggang dan mudah dikendalikan.
salam dr.
alhamdulillah, dah tukar yang baru. Senang tak meragam. Ni lar yang dikatakan harta tu alat..bukan matlamat! hehe
Salam Dr.
Tahniah dah dapat dah, baru jer bercerita hari tu...
Pakcik takut, kereta cantik tapi hati berkarat...
.AYAT PAKCIK MEMANG BETUL DAN BERBISA..HEHEHE
Post a Comment