012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Mari Ke Disko Bersama Dr. Asri

>> 6.12.09

"Berdakwah" atau "menjemput manusia kepada kebaikan serta menegur mereka dari keburukan" boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Asal sahaja ada perancangan yang rapi serta strategi yang licik. Sedangkan, burung-burung boleh diajak untuk berbahasa dan harimau pula boleh dihalang dari menerkam.

Dalam gerakan Ikhwani l-Muslimin, imam Hasan Albanna pernah berdakwah di berbagai tempat atau lokasi. Dalam mesjid sudah biasa dan dalam al-kalabu l-malami juga selalu. Natijahnya, gerakan Ikhwan berpengaruh di seluruh dunia. Dari timur tengah bersayap ke barat dan berkepak juga di timur. Diterima oleh berbagai kaum serta berbilang generasi.

Barangkali itulah yang mempengaruhi Dr. Asri, bekas mufti Perlis. Beliau akan berdakwah ke dalam pusat-pusat hiburan selain dari tempat-tempat biasanya. Beliau dituduh sebagai wahabi, tetapi mampu menjalankan amanah Allah ke setiap inci muka bumi ini. Kepada yang anti-wahabi, eloklah mendahului beliau sebelum para pengunjung disko turut menjadi wahabi; atau, bekukan sahaja pentauliahan kepada pusat-pusat hiburan.

Sumber berkaitan di sini.

2 comments:

Unknown December 7, 2009 at 4:13 AM  

Salam Dr.
Saya juga menyokong tindakan Dr.Asri,
Tak ramai ulama' malaysia yg berani berdakwah di tempat-tempat macam tu.

Apa kata lepas ni kita hantar org berdakwah pada "Along-along"
Ceti haram yang samseng tu.ada ke yg berani?

pencatat December 7, 2009 at 5:03 AM  

Bahaya tu, kalau menurut ust othman muhamady abis rosak akidah pengunjung2 kelab mlm dgn fahaman rububiyyah uluhiyyah dan asma wa sifat tu, kena seru diorg kpd sifat 20 aja.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP