Ingat Waktu Lapang
>> 29.12.09
Setiap hari Sabtu dan Ahad dalam bulan Disember dipenuhi jemputan kenduri kawin. Minggu lepas, adik sendiri buat kenduri kawin anaknya pada hari Sabtu. Biras, mufti Selangor, buat kenduri kawin anaknya pada hari Ahad. Sebelum itu, beberapa kawan lama buat kenduri kawin anak masing-masing. Dapat pergi sebahagian sahaja.
Selain hari Sabtu dan Ahad, hal-hal lain pula. Ada yang sakit di hospital-hospital. Adik sendiri sakit di hospital Sg. Buloh. Hospital Selayang. Ipar, sakit di hospital Sg. Buluh. Bapa sedara sakit di kampung dan bapa sedara-pupu sakit di sinun. Sedara di situ kenduri cukur kepala cucu baru lahir dan sedara di sinun kenduri syukur balik haji dan macam-macam.
Semalam, Isnin, dapatlah buat urusan bayar bil. Kirim duit pada anak dan basuh kereta. Hari ini, Selasa, lepas zuhur nak pergi Temerloh pula. Bermalam di sana. Besok, Rabu, ikut rombongan pengantin anak sedara ke Felda Cini. Lusa, Khamis, baru boleh balik. Jumaat, ziarah adik baru balik dari Mekah. Sabtu, membeli-belah untuk anak nak pergi asrama. Ahad, hantar dia ke MCKK.
Adusss!!! Terganggu masa pencen. Patutlah Rasulullah berpesan supaya "Beringat-ingat waktu lapang sebelum datang waktu sibuk".
0 comments:
Post a Comment