Pengalaman Dalam Wad
>> 8.1.09
Petang, sekali lagi rombongan doktor dan pakar datang dan berbincang. Ada beberapa pesakit lain yang perlu didahulukan. Jadual pembedahan terpaksa dipinda lagi. Dijangka 16 Januari pula. Jadi, terpaksa minta cuti dan balik rumah. Pagi tadi, Khamis, mereka buat keputusan boleh bercuti di rumah dengan beberapa syarat. Ringkasnya, 3.05 petang tadi sampai di rumah.
Sampai di rumah, berehat beberapa minit, kemudian tidur kerana terlalu letih. Bangun solat maghrib dan on komputer. Ada beberapa email ucap selamat dan doa kebaikan. Email pemaya Asrol pun ada. Sebenarnya, yang kirim sms pun ramai, termasuk Mamamat.
Semak blogroll cari berbagai berita. Melawat blog kawan-kawan seperti MSK, CiberBoron, Mamamat, ManjungMari, AhmadZawawi, PakKaramu, dan banyak lagi. Tapi tak tulis komen, kerana banyak lagi blog yang hendak dilayari.
Semasa dalam wad, hanya berehat saja. Rupanya, berehat penuh ni memang meletihkan. Tak seronok. Putus dengan dunia luar. Namun, banyak juga pengalaman. Antaranya, penghuni-penghuni wad, macam tak ada yang solat. Musalla, walaupun kecil, tapi tak ada siapa. Dah la kecil, musalla itu untuk lelaki dan perempuan. Waktu subuh, tempat wudhuk ditutup. Nasib baik sudah berwudhuk selepas mandi tadi.
Antara pertanyaan yang sering dari jururawat dan penghuni wad ialah: Kenapa pakcik tidur cara yang tak sama dengan orang lain? Kenapa katil pakcik tak ada kesan digunakan. Katil orang lain terpaksa dikemas sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Pakcik punya tak perlu dikemaskini? Hmmm, sehingga keluar meninggalkan wad, katil masih kemas.
Insya Allah, hari Rabu 14 Januari akan masuk wad semula. Pembedahan dijangka pada hari Jumaat, 16 Januari. Semoga berjaya dan selamat.
4 comments:
salam dr.wahab...
banyaklah bersabar dgn karenah staf di hospital tu...memang mereka di train utk bagi pressure serta tekanan kpd pesakit dan keluarga pesakit...saya pernah laluinya satu ketika dulu pernah menjaga abah saya di hospital pulau pinang...Harap Bersabar & Semoga Semuanya Selamat serta Sihat Walafiat selepas Pembedahan HendakNya.
Wa'alaikumussalam Hijat,
Terima kasih banyak atas rangsangan semangat. Saya pun tak rasa apa-apa terhadap mereka. Saya sendiri nampak yang datang dalam keadaan kritikal. Jadi, saya setuju mereka didahulukan. Saya tak lah seteruk mereka.
Asalamu'alaikum,
Paklong, Hafiz doakan agar Paklong cepat sihat dan kembali sihat wal'afiyat. Insyaalah.
Salam Dr...
Notebook tak boleh bawa masuk ka!!bolehkan... malam boleh on...ajak nurse-nurse yang dok panggil Dr Pakcik tu sekali... tunjuk blog sya-omel, ummi-aini.. lepas tu tunjuk blok albanjari... tentu teruja depa...
Post a Comment