Beberapa hari dulu, HBKL talipon bagi tahu, 7 Jan masuk wad dan 9 Jan buat operation. Sebelum tu, HBKL bagi tahu, 9 Jan kena x-ray. Tengahari tadi, pakar urologi HBKL bagi tahu, 5 Jan masuk wad dan 7 Jan operation. Petang tadi, pakar tu talipon lagi. Maksudnya, HBKL ni agak kelam kabut sikit dari aspek buat catatan dan orang yang bertanggungjawab. Namun, saya akan ikut maklumat dari pakar. Sebab, dia sendiri yang talipon saya dan dua kali buat panggilan.
Begitu concern dia pada pesakit.
Malam ini ayah dan makcik datang ke rumah dan bermalam di sini. Memang begitu jadual bulanan. Besok, awal pagi, saya akan ke Perak hantar Wah dan Anas. Kena tinggallah ayah dan makcik di rumah. Tapi tak mengapa, kerana ayah amat mementingkan pelajaran anak-anak. Ayah dan marhumah emak bergadai bergolok menyekolahkan kami adik-adik.
2 comments:
selamat semuanya Dr..insyaallah! Anak teman pun dah 5 hari di wad ni..sesak nafas..
Salam LKS,
Mudah-mudahan dia akan sehat sejahtera. Lagipun, dia masih suci bersih tanpa sebarang salah dan dosa.
Allah sayangkan dia, bagi ujian pada emak dan ayahnya. Sabar dan redha adalah sebahagian daripada Iman.
Post a Comment