Rabu, pagi lagi dah macam pagi semalam.
Berada di pejabat pos. Kirim biji benih
zaitun kepada kawan-kawan. Dah suatu kerja
pulak. Masa balik, beli beg baru untuk ke
SDR mulai 3 Januari 2015. Beg lama dah
kira lupus. Banyak sangat tampalan dan
jahitan. Almaklum beg purba.
Read more...
Hari ini Ahad. Lepas kenduri di rumah ipar
saya ke SDR. Sayang, hujan amat lebat. Beberapa
minit kemudian, saya beredar pulang. Besok atau
lusa akan ke sana lagi.
(Gambar laluan ke Pondok SDR).
Read more...
Pagi ini cucu kembar kami mulai ke
Sek. Keb. Program suai-kenal. Semoga
menjadi insan yang beragama dan soleh.
Aamiin yaa Rabbal-'aalamiin!
Read more...
Alhamdulillah, pada 20 Disember 2014
kami dapat seorang lagi anak (menantu)
perempuan dari Melaka. Kini, kamai dah
dapat dua anak (menantu) perempuan dari
Kelantan dan dua anak (menantu) perempuan
dari Melaka. Akan datang dari ....
Read more...
Semalam petang hujan lebat. Petang ini
hujan renyai-renyai. Terasa lapar. Ngidam nak
makan macam-macam. Teringat ubi kayu rebus
dengan ikan belanak WADI (sepupu pekasam).
Read more...
AlhamduliLLAH, biji benih yg saya pesan dari
Canada sudah sampai. Menurut renungan ahli tafsir,
pokok ini yang terbaik ialah dari semaian biji.
Hidupnya tahan lama, pelbagai produk darinya
amat berkualiti. Namun, inilah benih yang
paling rumit untuk hidup. Mana-mana
muslim/ah yang memilikki pokok ini
mendapat barokah dalam hidupnya,
in sya Allah.
Read more...
Semalam, Isnin, 15 Dis. 2014.
Jam 11.08 hingga 1.36 berada di
ladang kambing Pak Faisal Ks. Belajar
banyak mengenai kambing dari beliau.
Kali pertama saya tengok kambing Shami.
Khabarnya, ia ada kaitan keturunan dengan
kambing di zaman para nabi. Malam tadi
terbayang senyuman mereka.
Read more...
PTL = Pertanian Tanpa Ladang
@ CG = Container Gardening.
Read more...
Jumaat, pagi di PTL. Cabut pokok-pokok
anggur yang dalam pasu untuk dipindah ke
SDR petang nanti. Kalau sempat, tanam semula
di sana. Jika tak sempat, lupuskan sahaja. Tempat
mereka di PTL diganti dengan 22 anak pokok Gold
Kiwi. Pokok-pokok Kiwi yang lepas-lepas tu
dah habis terjual. Ramai juga peminat
pokok-pokok kiwi ni...
Read more...
Hari ini cuti. Berehat di PTL sahaja.
Boleh sarapan berat. Roti Arab, jabnah
masin, 2 jenis zaitun jeruk dan
teh-o-kaw. AlhamduliLLAHI.
Read more...
Gambar Google
Selasa, subuh. Lepas solat, mulai gerimis.
Kemudian, terus melebat. Kensel jadual ke SDR.
Kensel semua jadual asal. Buat Jadual baru.
Menu utama, bantal oooo bantal.
Read more...
Ahad, pagi. Di PTL. Kemaskini pokok-
pokok Gold Kiwi (antaranya: gambar kat
atas). In sya Allah, dlm bulan Sept. -
Okt. 2015 mereka akan berbuah.
Nyam nyam nyam ...
Jam 11.00 - 4.00 banyak
jemputan kenduri ...
Read more...
Gambar Google
Minggu lepas makan daging landak
dan daging kijang. Minggu sebelum,
daging rusa dan burung wak-wak.
Minggu ini? Belum pasti.
Tengok menu dulu.
Selera Rimba ..
Read more...
Pagi, kemaskini anak-anak pokok Blackberry
di PTL. Tengahari, melawat jiran yang sakit
di hospital Klang. Petang, baring-baring
dan terus terlelap. Besok pagi, sambung
kemaskini anak-anak pokok kiwi pula.
Wow, syioq sendiri.
Read more...
Tadi ke SDR sekejap. Kira-kira dua jam
sahaja. Sebelum balik sempat petik pucuk
janggus, cili, pucuk ubi dan buah mulberry.
Sebelum itu mengubah anak pokok tin, kiwi,
terung dan ubi bemban (gambar).
Antara khasiat ubi bemban ...
Read more...
Lepas Juma'at, balik kampung. Terus ke
SK Parit 9. Melihat pokok tin yang mulai
berbuah (gambar atas). Rekod umumnya
sebagai berikut:
- Menyemai biji dalam bulan April 2014.
- Tanam di SK dalam bulan Ogos 2014.
- Mulai berbuah dalam bulan November 2014.
Subhan ALLAH!
Read more...
Juma'at, pagi. Pantau pokok-pokok
di PTL. Ubah 10 anak pokok kiwi emas
untuk dijual kepada para peminat
minggu ini.
Read more...
Semalam, Rabu. Bawa dua cucu ke SDR. Tak lama
di sana. Kira-kira setengah jam sahaja. Kemudiam,
bawa mereka balik kampung. Lama juga saya merenung
kawasan ini (gambar). Wow, dah dapat idea?
Read more...
Terjumpa gambar purba. Gambar Kereta dan Rusa
yang di rakam oleh seorang sahabat. Saya, isteri
dan tiga anak berada dalam kereta itu. Kalau tak
silap, gambar ini dirakam dalam tahun 1984 di
sebuah zoo di Birmingham, England.
Setelah tengok gambar ini saya terus terfikir nak
ronda kedai-kedai kereta terpakai, purba dan murah.
Kalau sesuai, van yang boleh dijadikan kenderaan dan
tempat bermalam. Boleh ronda Semenanjung beberapa
minggu dengan visi tertentu.
Read more...
Sumber gambar: Google.
Sabtu, pagi. Ronda di pasar besar. Ada
tulang lembu segar. Balik di rumah, lepak.
Tiba-tiba, terfikir daun sirih. In sya Allah,
minggu depan nak semai banyak-banyak
pokok ini. Antara khasiatnya ...
Read more...
Hari ini Juma'at. Pagi, di PTL sebagai doktor
kepada tumbuhan eksotik. Buat pemeriksaan menyeluruh
ke atas dua pokok zaitun (gambar atas); dan merancang
kesihatan mereka.
Selepas solat Jum'at, in sya Allah, akan ke SDR.
Meninjau suasana dan kesesuaian aktiviti riayadhah
dan pertanian untuk minggu hadapan. Semoga
semua bermanfaat.
Read more...
Pagi tadi ke SDR. Nak semai benih-benih
ulam dan sayur. Sampai di sana, semangat
menurun. Tak cukup power. Semua benih
ulam dan sayur tertinggal di rumah.
Semasa nak pulang sempat cekau anak-anak
pokok tin, pokok epal, pokok kiwi, ulam
kacang botor, cili tomyam, pegaga,
sambung nyawa (gambar) dan
pucuk janggus.
Read more...
Pagi di PTL. Kemaskini anak pokok kiwi
kuning. Dah ada yang tempah. Khabarnya,
nak datang kolek pukul 11.00 tengahari.
Namun, saya kurang yakin dengan janji
sebahagian orang Melayu. Cara saya,
tak datang kolek, terus melepas.
Read more...
Lepas sarapan aktif di PTL.
Mula-mula kemaskini pohon anggur;
kemudian tanam pohon gold kiwi
ke dalam lapan pasu.
Read more...
Alhamdulillah, semaian pokok anggur untuk
projek membuat daun teh dan daun jeruk mulai
menunjuk kemajuan yang pesat.
Selanjutnya ...
Read more...
Suatu Khazanah di SDR.
Read more...
Alhamdulillah, selesai menguncangkan teh Daun
Tin. Dapat 64 uncang sahaja. Buat sendiri memang
terjamin bersih lagi suci menurut hukum syara'.
Teh Daun Tin ini memang sedap, sihat dan
jimat. Petik daun dari pokok sendiri dan
tak perlu gula, susu atau madu.
Read more...
Hari ini, wow, enak kudap buah letup-letup
semasa di SDR. Khasiatnya di sini ...
Read more...
Dua minggu lepas, pokok Zaitun ini kritikal
layu dan amat tenat. Ia segera mendapat rawatan
di ICU-PTL. Alhamdulillah, kini mulai pulih dan
segar. Mulai hari ini ia ditempatkan bersama
pokok-pokok Zaitun lain. Alhamdulillah.
Read more...
Selasa. Aktif di PTL. Kemaskini suatu
sudut. Dulu dipenuhi dengan pasu-pasu pokok
blackberry, kemudian pasu-pasu pokok tin.
Kini diganti dengan 18 pasu pokok-pokok
anggur pula. Akan datang ....?
Read more...
Sebatang pokok Plum di tepi tiang
SDR. Pokok-pokok anggur akan menyusul.
In sya Allah.
Read more...
Gambar hiasan. Google.
Minggu depan (mulai besok) agak sibuk,
di SDR dan di PTL. Antaranya nak menyemai
sebanyak mungkin benih Aprikot (biji pahit
ubat kanser) dan benih epal Granny Smith.
Menyemai benih kurma jenis ke-18, ke-19
dan ke-20. Semoga Allah qabulkan.
Read more...
Alhamdulillah, biji aprikot (ubat kanser)
yang disemai minggu lepas mulai tumbuh, In
sya Allah, minggu depan tambah lagi jumlah
semaian.
Read more...
Semalam, di SDR. Isteri tunjuk kekuatan,
walau dah berusia 6 siri, dengan memesin
bersih semua semak di jalan masuk kebun.
Bukan perli tau!
Read more...
Aik? Gambar apa ni? Harta Qarun?
Wow, semakin selalu lepak di kebun
semakin banyak perkara yang boleh di
buat. Termasuk berbagai percubaan.
Read more...
Semalam di SDR. Kemaskini 60 anak pokok epal
Royal Gala. Atas ialah gambar sebahagian anak-
anak pokok tersebut. Alhamdulillah, stabil dan
kelihatan segar. Seminggu-dua lagi besarlah
mereka.
Read more...
SDR. 01 Oktober 2014. Jam 4.23 petang.
Gambar cambah benih epal Red Delicious,
Royal Gala dan Granny Smith. Tak lama
lagi berada dalam pasaran.
Read more...
Gambar suatu sudut di SDR,
hari ini, 01/10/14.
Read more...
Dalam al-Qur^an banyak doa untuk dan
semasa kita bercucuk-tanam. Ada doa umum
dan ada pula doa khusus. Umpamanya, yang
tertulis kat atas blog ini adalah doa umum.
Bila tanam pokok kurma ada doa khusus
untuk pokok kurma.
Sedihnya, pada 23/09/14, saya terlupa
berdoa yang umum dan yang khusus ketika
memindahkan anak pokok kurma ke dalam
pasu (gambar atas). In sya Allah, ia
akan dipindahkan ke tanah dengan
istighfar dan doa baru.
Read more...
SubhanaLLAH!!!
Read more...
SubhanaLLAH!!!
Read more...
Jam 11.43 ke SDR. Banyak perkara dapat
dilakukan. Sebelum pulang sempat kemas-
kini semaian-semaian terbiar. Antaranya
dua anak pokok epal dan sepokok pear.
Read more...
Suatu kehebatan ... Berimanlah !!!
Read more...
Kaahhh, kah kah. Yang dibuat ialah loteng
dalam rumah; tapi yang jadi ialah pondok-pondok
dalam rumah. Kaaahhhhh, kah kah ...
Read more...
Faham-fahamilah!!!
Read more...
SDR hari ini. Sedang dibersihkan semula
dari sebarang rumput, tumbuhan dan semak
untuk pengurusan dan projek baru. Semoga
lebih baik. Aamiinnnnn.
Read more...
Insaflah ...!!!
Read more...
Ni'matilah ... Lazatilah ...
Read more...
Atas: Gambar 46 keratan cabang pohon
anggur yang akan ditanam minggu esok.
Penanaman anggur kali ini ialah untuk
mendapatkan daun-daunnya bagi dijadikan
teh kesihatan dan pembuatan rempeyek.
Antara info di sini ... dan di sinun ...
Read more...
Gambar hiasan. Sumber ...
Subuh, hujan lebat. Pagi, dingin.
Lepas sarapan, lepak. Malas nak aktif di
luar rumah. Terfikir nak masak Nasi Minyak
resipi ciptaan semasa bujang dulu-dulu.
Semalam, harga ayam naik 80 sen.
Harga kangkung belum turun.
Read more...
Rabu semalam beli 200 uncang kosong teh
yang disahkan selamat untuk digunakan. Isi
teh daun pokok tin 59 uncang. Banyak lagi
bakinya. In sya Allah, minggu depan akan
diisi dengan teh daun sutera pula. Wow,
seronok ada pokok-pokok sendiri.
Read more...