012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Anak Pokok Zaitun keLima 2014

>> 31.1.14

Hari ini cuti am. Lepas solat subuh terus ke
PTL. Rehat-rehat, fikir-fikir sambil bersyukur
kepada Allah. Kemudian, mengubah sebatang lagi
anak Pokok Zaitun (gambar). Ini ialah anak
Pokok Zaitun ke-5 dalam tahun 2014.
Alhamdulillahil-Ghaniyir-Razzaq.

Read more...

Alhamdulillah. Anak Pokok Zaitun ke-Empat 2014

>> 30.1.14

Alhamdulillah, pagi ini, aktif di PTL.
Selain memeriksa kesihatan semua pokok,
mengubah anak pokok zaitun ke dalam pasu
(gambar atas). Ini ialah anak Pokok Zaitun
ke-4 dalam tahun 2014. Alhamdulillah!

Read more...

Wow ... Semangat tonton video-video ini

>> 29.1.14







Sumber ...

Read more...

Anak Pokok Tin Asli

>> 26.1.14

Keterangan gambar: Antara ratusan anak pokok tin asli
yang telah disesuaikan dengan keadaan di Lembah Klang.
Sesuai juga dengan keadaan seluruh Semenanjung. Baka
asli dari negara Iran. Tiada sebarang unsur kacukan
dengan pokok ara atau lainnya.

Read more...

Tafsirlah Gambar ini

>> 25.1.14

Tafsirlah gambar ini dengan tenang, jujur
dan berhati-hati. Semoga dapat manfaat dan
tidak mendatangkan dosa. Amin ya Rabb.

Sumber gambar ...

Read more...

Apple dan Plum diKetotkan

>> 23.1.14

Atas: Yang bercabang itu ialah pokok
apple dan yang satu lagi ialah pokok plum.
Kedua-duanya untuk diketotkan bersama
dengan pokok pear dan pokok cherry.

Read more...

DiKetotkan ...?

>> 22.1.14

Atas ialah gambar pohon delima madu yang hidup
sejak September 2012. Ia sengaja diketotkan untuk
beberapa tujuan. Termasuk tujuan mengkaji cara-
cara mempercepatkan pokok kurma berbuah. Idea
ini ada kaitan dengan 299 pokok kurma yang
ditanam oleh Rasulullah berbuah sebelum
berusia 12 bulan.


Read more...

Wow, nyawa pun boleh sambung ...?

>> 21.1.14

Gambar hiasan. Google.

Hari ini sepagi di PTL. Mula-mula semai benih
ulam Selom. Lepas itu, pindahkan sepohon anak
anggur Flame seedless ke dalam pasu. Kemudian,
musnahkan sepasu pokok Sambung Nyawa. Tanam
semula dua pasu. Merawat pokok-pokok yang
kurang segar. Membaja pokok-pokok kiwi
dan zaitun. Itulah sahaja adanya.

Read more...

Anak Pokok Pisang Kaki

>> 20.1.14

Hari ini di SDR. Uruskan beberapa semaian baru.
Sempat juga urus dan kemaskini anak pokok Pisang
Kaki yang terbiar dalam semak. Tinjau tanaman
anak pokok kurma. Ada sehelai-dua daunnya
yang menjadi kuning. Mungkin terlebih
baja di minggu tanpa hujan?

Read more...

Menyemai Benih Empat Jenis Kurma

>> 19.1.14

Sumber dan maklumat

Benih kurma yang disemai ialah:
Anbara = 15/01/14, An-Nur = 16/01/14,
Mabrum = 17/01/14 dan Safawi = 19/01/14.
Setiap jenis sebanyak 12 butir dan akan
ditanam, setiap jenis, sebanyak tujuh
pokok. Insya Allah!!!

Read more...

Pokok Zaitun keTiga Tahun 2014 (Edited)

>> 17.1.14

Alhamdulillah, pagi ini, satu lagi cabang pokok
zaitun ditemui berakar. Dipotong dan ditanam dalam
pasu berasingan (gambar atas). Maka jadilah ia
pokok zaitun ketiga dalam tahun 2014.

Gambar tiga anak pokok zaitun tahun 2014.

Anak pokok zaitun keSatu 2014 ...
Anak pokok zaitun keDua 2014 ...

Read more...

Rasulullah Sendiri Tanam 300 Pokok Kurma (Edited)

>> 16.1.14





Antara syarat untuk memerdekakan Salman al-Farisi r.a.
ialah Rasulullah sendiri dikehendakki menanam 300 pokok
kurma di ladang seorang Yahudi. Alhamdulillah, semua
pokok kurma tersebut berbuah lebih awal dari pokok-
pokok kurma yang lain. Selanjutnya:
Ladang Kurma Tanaman Rasulullah ....

Read more...

Dapat sepohon lagi

>> 15.1.14

Lepas subuh, aktif di PTL. Jenguk pasu
itu, jenguk pasu sana-sini, wow, ternampak
cangkukan cabang pokok zaitun sudah berakar.
Syukur yang amat sangat. Maka bertambah
sepohon lagi dalam koleksi. Syukur!!!

Read more...

Alhamdulillah. Dah tahu rahsia ...? (Updated)

>> 14.1.14







Alhamdulillah. Dah tahu rahsia nak bagi
pokok kurma cepat berbuah. Atau berbuah sebelum
berusia empat tahun. Subhanallaaahhhhh!!!

Read more...

Kurma Mariami

Semalam ke SDR. Kemaskini kawasan menyemai.
Lepas zuhur tanam tujuh anak pokok kurma Mariami.
Insya Allah, dua-tiga bulan lagi, tanam kurma
jenis-jenis Safawi, Mabrum, Anbara, Madjol
dan An-Nur. Tidak ketinggalan kurma Susu.
Setiap jenis sebanyak tujuh pokok.
Semoga Allah maqbulkan!!!

Read more...

Wow, Crimson Ku

>> 10.1.14

10.10 pagi bergerak ke SDR, bertiga dengan Wah.
Suasana di sana redup dan sesekali gerimis. Kerja utama
saya ialah memeriksa tujuh batang pohon anggur Crimson
yang dipasukan pada 06 Januari lepas. Alhamdulillah,
kelihatan amat ok dan sungguh stabil (gambar bawah).
Seminggu-dua lagi boleh disuntik beberapa jenis
hormon untuk perkembangan luar-biasa.


Selepas Jumaat, kami bertiga, tanam tujuh pokok Kurma
'Ajwa yang sepatutnya akan ditanam pada 14 Januari akan
datang. Dengan itu, pada tarikh tersebut, insya Allah,
saya akan tanam pokok Kurma Mariami sebagai ganti.

Read more...

Video-video ini amat mahal oooooo (Updated)

>> 9.1.14





Pada saya, video ini amat mahal
harganya. JazakumuLLAHU khairan kathiran.

Read more...

Pokok Syurga Pertama (diterkinikan)

Gambar hiasan. Google

Minggu depan, insya Allah, nak tanam pokok
Kurma 'Ajwa sebanyak tujuh batang. Pokok Kurma
disebut dalam al-Qur^an dan as-Sunnah sebagai
antara pokok-pokok dalam Syurga. Tujuh pokok
adalah sempena bilangan hari dalam seminggu
dan jumlah anak kami.

Khasiat Ajwa ....

Read more...

Wow ... Anggur Crimson Seedless

>> 6.1.14

Hari ini ke SDR. Sambung aktiviti
tertangguh minggu lepas. Tinjau pokok Blackberry
yang ditanam pada 02 Januari lalu. Nampak ok dan
stabil. Mudah-mudahan cepat membesar.

Tengahari, pindahkan tujuh semaian pokok anggur
Crimson Seedless ke dalam pasu plastik berasingan
(gambar atas). Insya Allah, sepuluh bulan lagi
ia akan berbuah (macam gambar bawah).

Read more...

Semaian Pokok Raspberry

>> 3.1.14

Buah Raspberry (Hiasan. Google)

Hari ini Jumaat, 03 Jan. Dari pagi hingga petang
aktif di PTL. Mengubah cambah semaian benih Raspberry
ke dalam bekas-bekas kecil. Insya Allah, minggu akhir
Januari atau minggu awal Februari 2014 akan ditanam
di kebun. 20 bulan kemudian ia akan mengeluarkan
buah seperti dalam gambar kat atas.

Read more...

Tanam Anak Pokok Blackberry

>> 2.1.14

02 Januari, berpuluh tahun dahulu saya dilahirkan.
Hari ini, 02 Januari 2014, pagi lagi saya sudah aktif di
PTL. Jam 10.00 bawa pesona ke bengkel servis.

11.36 bergerak ke SDR, bertiga dengan Wah. Di sana,
tinjau semaian beberapa jenis pokok temperate. Nampak
OK semua. Jam 3.00 petang, kami bertiga menanam lima anak
pokok Blackberry. Ini adalah upacara perasmian bagi
projek pertanian temperate 2014.

Read more...

Selamat Lahir Baby Zaitun (Edited)

>> 1.1.14

Hari ini Rabu, 01 Jan. 2014. Syukur
kepada Allah yang menganugerah ni'mat IMAN
serta semua ni'mat yang tidak terhingga.

Antara anugerah Allah pada hari ini ialah
kelahiran satu lagi baby pokok Zaitun atau
Olive ke dalam koleksi pokok-pokok Zaitun
yang saya milikki. SubhanaLLAH
walhamduliLLAH.

Baby pokok Zaitun 01012014.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP