Khasiat Buah Delima.
Hari ini, lepas sarapan, periksa benih pokok
delima. Insya Allah, Isnin depan boleh disemai.
Tengahari, nak bergerak ke SDR. Banyak jenis
semaian yang perlu dipantau. Petang, nak beli
buah-tangan untuk besan-besan di Kelantan.
Lusa nak ke sana ziarah cucu dan bawa
pulang barang-barang Fawzan. Syukur
dia telah lulus peperiksaan tahun
ke-3 ke tahun ke-4.
Read more...
Gambar hiasan. Google.
Semalam, ganti timing belt kereta Persona.
Hari ini, ganti timing belt kereta Viva pula.
In sya Allah, minggu depan, ganti timing belt
kereta antik Kembara. Memang time ganti
Timing Belt.
Read more...
Semalam, SDR. Isteri mengubah cambah benih
kiwi ke dalam bekas-bekas kecil berasingan.
Saya mengemaskini pokok-pokok yang dipesan
oleh para peminat tumbuhan. Sebelum pulang
sempat cabut sebatang pokok tin dan dimasuk
ke dalam pasu (gambar atas). Nak jadi apa?
WaLLAHU A'lam. Ya Rabb! Yassir li ...
Read more...
Semalam Jumaat, berada di SDR. Pagi, menyemai
68 benih kurma 'Ajwah. Selepas berJumaat di masjid
Sekinchan, pindahkan semaian pohon anggur Alphonse
la Valle ke dalam pasu plastik.
Info mengenai kurma 'Ajwah ...
Read more...
Siang tadi, berakhir sudah peperiksaan tahun
tiga Fawzan. Minggu depan dapat result. Mudah-
mudahan dapat cemerlang dan masuk tahun-4.
25 Mei nanti akan hantar Anas mendaftar
pre-medic di UiTM Sungai Buloh, untuk enam
minggu. Semoga terus masuk tahun-1 selepas
itu. Rasanya tak perlu belajar jauh-jauh
macam abang-abangnya.
Read more...
4 Februari 2005
Read more...
Semalam ke SDR. Hari ini pun ke sana. Belum
pernah ke sana dua hari berturut-turut.
Akhir-akhir ini amat sibuk mengemaskini berbagai
anak pokok. Semakin hari semakin ramai peminat
pokok-pokok atau pertanian. Yang tinggal di
rumah flet pun ada berPTL. Wow, hebat ooo.
Di SDR hari ini sempat mengubah semaian pohon
anggur ke dalam pasu. Kemudian, mengubah
anak pokok delima dan anak pokok kurma
Ajwah (gambar atas).
Read more...
23 February, 2003
Read more...
Petang tadi, tiba-tiba teringat nak buat teh
dari pucuk pokok Tin (Fig) dan daun pokok Zaitun
(Olive). Bahan-bahan semua ada. Insya Allah,
besok atau lusa akan buat. Sambil minum,
makan roti Arab, buah Zaitun, buah Tin
dan madu lebah. SubhanALLAH ...!
"Wa t-Tini wa z-Zaituni ..."
Antara khasiat:
teh daun Zaitun dan teh pucuk Tin ...
Read more...
Pagi Khamis minggu lepas saya ziarahi seorang
sahabat di Gemenchih, Negeri Sembilan. Wow, pokok
Asam Renda di depan rumahnya sedang berbuah lebat.
Sungguh cantik pada pandangan mata. Semasa pulang
dia bekalkan lima anak pokok. Insya Allah, saya
akan tanam di SDR. Kata dia: Pokok ini adalah
benih dari Makkah.
Read more...
Hari ini, berJumaat di masjid Kuala Selangor.
Lepas solat terus ke SDR. Menyiram semaian dan
memantau suasana secara umum. Sebelum pulang,
sempat kemaskini anak-anak tujuh jenis pokok
kurma yang disemai.
Read more...
Minggu ini, ada sedikit perubahan dari aspek
penyusunan pasu-pasu di PTL. Induk lama pokok
zaitun digabungkan dengan induk baru pokok
zaitun. Rawatan dan layanan kepada mereka
dalam minggu ini dijangka sama sahaja.
Sedikit baja, hormon dan vitamin.
Read more...
Pagi ini, isteri uruskan cambah semaian
pokok kiwi di PTL. Semalam, dia uruskannya
di SDR. Insya Allah, tak lama lagi, pohon
kiwi akan menemui para peminat.
Tengahari, tonton beberapa video mengenai
hal-ehwal pokok kiwi. Antaranya:
Selamat menonton ...!
Read more...
Atas ialah pemandangan dua sudut di PTL pada
pagi Jumaat. Banyak anak-anak pokok dalam pasu.
Biasanya, pada hari Sabtu dan Ahad pasu-pasu itu
akan berkurangan atau langsung tiada. Dibeli oleh
para peminat pokok. Namun, pada pagi Selasa
pasu-pasu akan memenuhi semula sudut-sudut
itu. Saya akan membawa pulang pokok-pokok
baru dari kebun pada petang Isnin dan
petang Khamis.
Read more...
Pasu macam dalam gambar tu banyak dijual
di kedai 2ringgit. Saya dah beli tiga buah.
Sebuah, tanam pokok pudina. Sebuah, tanam
pokok ulam jarjir. Sebuah lagi, untuk pokok
tin dwarf. Mudah-mudahan menjadi.
Read more...
Atas ialah gambar pokok zaitun yang tertua
di PTL. Padanya ada satu cangkukan yang belum
berakar. Cangkukan itu adalah yang terakhir
sebelum pokok ini dijadikan bonzai.
Sepohon bonzai pokok tin dan sepohon
bonzai pokok zaitun menambah kepadatan
PTL yang serba sederhana.
SubhanALLAH ..!!!
Read more...
Pagi ini, di suatu sudut di PTL. Lepak
bersama anak pokok-pokok Tin dan Zaitun.
Sambil memikirkan apa yang Allah sebut
dalam al-Qur^an. SubhanALLAH ...!!!
Read more...
Secara secular, hari ini 01/05/14, cuti umum.
Saya, seperti biasa, ke SDR. Memantau beberapa
semaian, termasuk pokok anggur. Kemaskini anak-
anak pokok tin (fig). Kemudian, akan bawa balik
beberapa pokok untuk mereka yang telah
membuat tempahan. Sehari-dua lagi
mereka akan mengambilnya.
Read more...