Jadual Hari Raya
>> 27.7.14
Isnin. Kami berpuasa awal sehari dari kerajaan
Malaysia. Alhamdulillah, cukup 30 hari.
Hari pertama raya, saya dan isteri akan ziarah
makcik (isteri almarhum ayah), pakcik Samah dan
makanjang Satariah (adik-adik almarhumah ibu) dan
abang-abang serta kakak-kakak ipar sebelah isteri.
Petang, in sya Allah, berehat sebentar di SDR.
Hari kedua dan ketiga raya, kami hanya dirumah.
Almaklum, sebagai warga emas hanya menunggu jika
ada sesiapa yang akan datang ziarah. Khabarnya,
beberapa peminat tanaman dan pokok-pokok akan
datang ke rumah untuk melihat pokok-pokok
tin dan zaitun yang ada di PTL.
Hari keempat raya, kami akan ke Melaka untuk
ziarah bakal besan. In sya Allah, dijangka, kami
akan bermenantukan orang Melaka lagi.
TaqabbalALLAHU minna wa minkum;
wa taqabbal yaa Kariim!!
0 comments:
Post a Comment