012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Lagi Biji Benih Zaitun Bertunas

>> 29.3.15

Subhanallah dan alhamdulillah.
Dengan berkat usaha, yakin tapi
sabar dan tawakkal maka sebiji lagi
benih zaitun yang disemai pada petang
2 Januari 2015 bertunas. Tarikh rasmi
pertunasan ialah 29 Mac 2015. Semoga
yang lain akan menyusul.

Read more...

Buah yang disebut oleh Allah

>> 27.3.15

Lepas Jumaat bergerak ke SDR. Jenguk
dan siram semaian. Sebelum pulang nampak
putik-putik buah delima. Teringat Allah menyebut
RUMMAN (delima) sebanyak tiga kali dalam dua surah.
In sya Allah tak lama lagi musim makan delima pula.
Subhanallah dan alhamdulillah ...

Read more...

Teh-Hijau Daun Zaitun

>> 26.3.15

Pagi ini, di PTL, petik sedikit daun
zaitun untuk dijadikan teh-hijau. Minuman
yang sungguh berkhasiat. Pokok induknya saya
semai dari benih biji dalam bulan April 2012
dan bertunas pada 12 Mac 2013. Alhamdulillah,
berkat semangat, sabar, tawakkal dan
bermohon limpah dari Allah.

Read more...

Biji Benih Zaitun Kalamata

>> 25.3.15

Alhamdulillah, hari ini sampai lagi biji benih
Zaitun Kalamata dari Italy. Usaha, jangan tak usaha.
Maksud firman Allah: Apabila kamu cukup semangat
('azam) maka berusaha-serahlah (tawakkal)
kepada Allah.

Read more...

Blackberry Original; Bukan Impot

>> 22.3.15

Hari ini aktif di PTL. Banyak kerja perlu
dibuat. Minggu depan program mengubah cambah
Blackberry yang disemai pada 17 Januari 2015.
Blackberry ini dilahirkan di Bukit Kapar.
Original; bukan impot.

Read more...

Wow, Ikan Sembilang ....

>> 18.3.15

Lepas solat zuhur terus ke sebuah warung di
Pantai Remis. Isteri tolong pilih ikan sembilang
yang menarik, timbang dan minta mereka masak asam
pedas. Lama juga menunggu. Semasa mereka hidangkan,
wow masih mendidih lagi. Set yang lain pun sampai.
Alhamdulillah. Berita mengenai warung ini ada
dalam akhbar beberapa hari lepas. Memang
best. Ingatkan tak kurang dari RM50.
Rupanya RM21.80 sahaja.

Read more...

Usah Renung Si Cucur Atap

Pagi ini sarapan cucur ori. Bukan cucur bid'ah
dan bukan cucur khurafat. Cucur ori ini ialah cucur
udang. Memang ada udang di dalamnya. Cucur udang, di
dalamnya ada udang kering atau udang basah. Itu sebab
ia ORI. Kalau cucur bid'ah, contohnya cucur kodok, tak ada
kodok di dalamnya. Itu sebab ia BID'AH. Begitu juga
cucur khurafat. Contohnya cucur badak, tak ada
badak di dalamnya. Itu sebab ia KHURAFAT.
Jom sarapan awal. Makanlah yang ori.
Usah renung si cucur atap.

Read more...

DiSampuk Hantu Merbah Kunyit?

>> 17.3.15

Gambar Google

Semalam, Isnin. Lepak sepanjang hari di SDR.
Sebelum beredar pulang sempat tangkap seekor
Merbah Kunyit. Sampai di rumah ketika azan maghrib.
Lepas solat, terus tertidur hingga jam 3.32 pagi.
Lepas solat 'isyak, sambung tidur. Sedar-sedar
jam 6.22 pagi. Kenapa terlalu letih? Adakah
disampuk oleh hantu Merbah Kuning? Kaahhh,
kah kah ... Kunyit punya khurapat ...

Read more...

Empat melahirkan Enam, jumlahnya sepuluh

>> 12.3.15

Hari ini semangat dah cukup kuat. Mulai beriyadhah
di PTL. Namun, tenaga fizikal masih kurang. Termengah-
mengah bila mengangkat empat pasu pokok zaitun ini.
Jika ada rezeki, empat pokok ini akan melahirkan
enam zaitun baru.

Read more...

Halia Kow dengan Madu Lebah

>> 11.3.15

Tiga hari demam dan selsema. Minum cukup air,
kurangkan makan dan cukupkan rehat serta tidur.
Tanpa ambil sebarang ubat, alhamdulillah, mulai
sembuh. In sya Allah, ketika mulai sembuh inilah
saya mulai minum air halia kow bersama madu lebah
(bukan madu kelulut). Halia ada disebut
dalam al-Qur^an dan al-Hadits.

Read more...

Sudut Penyemaian di PTL

>> 8.3.15

Ahad. Sepenuh pagi bertugas di PTL.
Termasuk kemaskini sudut penyemaian.
Wow, cukup letih. Perlu rehat.

Read more...

Allah Mustahil Pencen

>> 4.3.15

Setahun lagi, in sya Allah, pokok kurma ini
akan berbuah. Usah marahkan Allah kerana Dia
Maha Berkuasa. Mudah-mudahan tiada pula yang
menjadi syirik kerana Allah Membuahkan
pokok buah-buahan.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP