012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Tanam Labu - Sistem 3T - Dalam Semak

>> 5.7.08

Kerja-kerja utama di KPT ialah menyemai dan membiakkan
pokok-pokok temperate. Kerja sampingan ialah menanam sayur-sayuran di kawasan semak. Baru-baru ini tanam 64 pokok labu manis dalam polybags. Sistem yang digunakan ialah 3T (Tanam, Tengok-tengok dan Tuai).

Petang tadi sempat merakamkan gambar buah-buah labu muda
yang dihasilkan oleh sistem 3T. Hmm, cantik buahnya.
Tak kerepot macam kat pasar malam tu kan?

Dalam sebiji buah labu terdapat antara 445 - 580 biji benih yang baik untuk disemai. Kalau malas nak semai, jadikan sahaja sebagai bahan kudapan.

Baja organik yang diperlukan oleh sepokok (dari mula tumbuh hingga habis berbuah) ialah kira-kira 100 gram sahaja. Maksudnya, belanja untuk menghasilkan buah labu manis terlalu murah.

Insya ALLAH, saya aka menanam pokok-pokok labu yang baru minggu hadapan. Tanam dalam semak tiada atau kurang serangga. Percaya!?

GambarPeribadi

Read more...

Tuntut Rebat Tunai

>> 4.7.08

Lepas Jumaat ke Pejabat Pos Kapar nak tuntut rebat tunai kereta BBK 2209 dan BFV 145. Ambil nombor giliran pukul 14.34 siri 2366. Lepas isi borang, tunggu dan duduk di baris hadapan sekali. Hall berhawa dingin jadi panas. Terlalu ramai, melimpah sampai dekat jalanraya.

Pukul 17.04, seorang petugas di kaunter gamit saya. Saya ragu-ragu, kerana giliran belum sampai. Dia gamit lagi. Sayu bangun ke kaunter. Kami terus berurusan. Nombor giliran dah tak guna. Saya ucap terima kasih tak terhingga atas budi-bicara petugas itu. Saya terfikir, inilah nasib warga emas dengan petugas yang ada budi-bicara. Di belakang, masih ada kira-kira 70 orang muda lagi.

Read more...

Ilmu Baru

>> 3.7.08

Hari ini tidak ke KPT. Hujan lebat. Di rumah hanya belajar buat blog dalam bahasa Arab tanpa Software Arab. AlhamdulilLAH dah berjaya.

Nama blog tersebut ialah:

دونوا في المدونات


Nampaknya bertambah lagi kerja.
Begitulah. Bila Allah beri satu ilmu, kita mesti buat banyak kerja, sebagai tanda kesyukuran.

Read more...

Jadual Pertanian (Siri 2)

>> 2.7.08

Sambungan: Jadual Pertanian (Siri 1)

Perjalanan matahari dalam setahun dari khattul-istiwa^ ialah kira-kira 3 bulan naik ke utara, 3 bulan turun semula ke khattul-istiwa^, 3 bulan turun ke selatan dan 3 bulan naik semula ke khattul-istiwa^.

Dalam tahun ini, 2008, matahari berada di khattul-istiwa^ pada 20 Mac dan paling jauh ke utara pada 20 Jun. Akan sampai semula di khattul-istiwa^ pada 22 September dan turun paling jauh ke selatan pada 21 Disember. Perjalanan matahari ini menyebabkan perbezaan jumlah jam (dan minit) siang dan malam di sesuatu tempat. Justeru, jadual masuk waktu solat kita juga tidak sama dalam setahun.

Bagi pokok-pokok, ada jenis yang memerlukan waktu (pendek malam, pendek siang) untuk berbunga dan seterusnya berbuah. Dalam zaman moden ini, kita boleh menggunakan pelbagai bahan dan teknik untuk merangsang pembungaan atau pembuahan. Namun, penggunaan bahan-bahan atau teknik-teknik tersebut masih dipengaruhi oleh waktu tertentu bagi pokok-pokok tertentu. Jadi, kita perlu membuat perkiraan untuk mendapat kejayaan yang terbaik.

Dibawah ialah jadual perjalanan matahari bagi tahun 2008.

Jadual ini disiarkan juga dalam:
1. Pertanian Pokok Temperate
2. Pengurusan Pohon Anggur

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP