Jadual Ahad, Isnin, Selasa Dan Rabu
>> 9.11.08
Hari ini seperti biasa pergi kebun keluarkan peluh. Memantau pokok-pokok dan tanam sepohon lagi pokok Red Delicious Apple.Besok, Isnin, pagi nak potong rambut. Pereksa kereta antik (Mazda dalam gambar tu) dari aspek keselamatan. Petang akan bertolak ke Teluk Intan, rumah adik. Dijangka bermalam di sana.
Selasa pagi, bergerak ke Kuala Kangsar. Nak temui raja blogger Perak (MatSamanKati) dan berbincang beberapa hal, termasuk mengenai Persidangan Komuniti Bloggers pada 22 November (lihat enteri dalam Fakulti Siyasah Syariyah, sebelah kanan). Kemudian, ke MCKK ambil Anas. Fawzan (Alam Shah) akan balik bersama Anis, sebelah petang.
Rabu ke HBKL buat stenting.
Padat juga jadual pencen ni!!!

