Selasa. 8.30 pagi, bersama isteri bergerak ke SantaiD'Rimba.
Di sana, kami bersihkan dan kemaskini dalaman Chalet. Pasang
cermin tingkap dan beli barangan perlu. Alhamdulillah, dah
selesai.
Oleh kerana chalet dah boleh ditiduri (eh, betul ker bahasa tu)
maka kami akan menginap di sana pada malam esok. Hah ha, besok
kami akan beli pelita minyak, periuk tanah dan kipas tangan.
Hmm, first time di zaman moden, nak masak dengan dapur kayu
dan makan berpinggankan daun pisang. Tak ada paip air dan
tak ada letrik.
Read more...
Ahad. 10.00 pagi, beberapa rakan jemput borak-borak sambil
minum. Mereka minta pandangan serta komen mengenai beberapa
perkara. Lepas zuhur ke SantaiD'Rimba. Sempat ambil gambar
Chalet Abu Nawas.

Takrifan Chalet bukan dari sudut fizikal, tetapi dari aspek fungsi.
Abu Nawas, merujuk kepada beberapa perkara tertentu mengenainya.
Chalet ini mengandungi loteng sebagai stor barangan dan ruang tidur.
Ini merupakan bangunan ibu. Masa hadapan, akan menyusul beberapa
ruang tambahan. Insya Allah, dalam masa tiga tahun,
ia akan disempurnakan.
Read more...
Al-kesah. Sebenarnya isteri tidak begitu happy bila saya set up
kebun di Sekinchan. Antara sebabnya ialah terlalu jauh dari rumah,
iaitu kira-kira 69km sehala. Biasanya, saya sampai ke kebun pada
pukul 3.00 - 4.00 petang. Pukul 6.00 petang bergerak pulang.
Kata isteri: Tak berbaloi.
Begitulah sejak Oktober 2011. Namun, mulai Mac 2012, pendiriannya
itu berubah. Kini, dialah yang lebih bersemangat untuk ke sana.
Tadi, cucu ada di rumah pun dia tak perduli. Dia ajak saya ke kebun.
Nak tanam ubi katanya. Lihatlah kat dalam gambar di atas tu.
Pada hal, Sabtu dan Ahad, adalah hari-hari anak-cucu.
Cuti dari berkebun.
Begitulah Kisah Isteriku adanya. Kaaahhhhh, kah kah ...!
Read more...
Sumber gambar.
Blogger Wak-Labu tulis dalam ruangan comments:
Salam Prop, Wak boleh datang bila2 saja pun, tapi mau tau juge hari nye dan tempat nye. Oh ye, sebagai tanda penghargaan, Wak juge mau kasi sama Prop beberapa ekor ayam belanda. Haraf Prop sediakan tempat penginapan nye dulu.
Jawapan saya:
W'salam Wak-Labu, Terima kasih banyak2 kerana nak beri beberapa ekor ayam belanda. Saya juga rasa macam mimpi. Minggu lepas saya bincang dengan isteri nak beli anak ayam tu. Bila Wak bagitahu nak hadiahkannya, betul-betul macam bulan jatuh ke riba.
Jadinya, cadangan saya, kalau Wak setuju, anak pokok zaitun tu biar saya jaga dahulu dalam sebulan-dua sementara nak siapkan pondok ayam-ayam tu. Sekarang ni, Chalet Abu Nawas saya tu belum siap. Tukang hanya sorang diri.
Read more...